Sunday, June 8, 2008

MODE: Skaligus...

Review:

Pemilikan sah sebuah Nikon D40

Herm.. tanpa diduga, aku dah berjaya memiliki DSLR. Beli sekadar ikut kemampuan di salah satu kedai di Sungei Wang. Tak apala, biar aku merangkak sedikit demi sedikit nak belajar pasal DSLR ni. Lil Sony aku, aku still guna juga, terutama bila nak capture macro pica. Lil Sony aku banyak berjasa kat aku. Harga Lil Sony dan Big Nikon hampir sama. Erm.. tak apala, ada rezeki lebih, kita boleh upgrade lagi cammy-cammy tu. Aku hepi.


Istiadat Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA, Malaysia.

Aku tak dapat bayangkan kegembiraan aku masa hari konvokesyen aku hari tu. Biarpun aku terlambat beberapa sem, tp majlis konvo aku memang best gila. Even kawan kampus aku sorg pun tak ada, tapi aku ada ahli keluarga yang datang. Mak bapa, kakak-kakak aku dan keluarga mereka dan adik pmpuan aku. Tapi adik-adik lelaki aku tak dapat dtg. Apapun, aku mmg tak dapat tahan tangisan, masa keluar dari dewan istiadat @ Dewan Sri Budiman. Kebetulan, pintu tempat aku kluar tu, semua ahli keluarga aku ada kat situ. Oh! Tak dapat dilupakan buat kawan aku Ahmad Suffian, yang sudi meluangkan masa untuk datang berkampung di situ. Kesian, kawan aku tu baru 2 bulan mengalami eksiden. Apa pun, aku tetap sayang beliau. Hahahaha… tatkala aku begitu terkejut terima berjambak-jambak bunga dari keluarga aku. Tu yang buat aku rasa cam segan, bila mengendong bunga konvo aku. Penuh satu badan. Tiba-tiba cam artis glemer pulaks. Hahahaha… apa pun mmg aku nak merasa sekali lagi pakai jubah. insyaAllah, next year. Aku nak sambung belajar lagi ni.


Berjalan-jalan ke Aquaria

Hari Ahad – aku bawa Mak dan Bapa aku ke Aquaria KLCC. Memang hajat aku nak ajak dorg bila dorg datang ke sini. Hepiiiii gila… kakak 2nd dan anak-anak dia, adik pmpuan aku dan Ahmad Suffian pun ada sekali. Kitorang pergi dengan 2 kereta. Biarla kali ni aku belanja masuk, asalkan keluarga aku hepi. Dulu, aku pernah masuk kat sini, sehari selepas aku berhenti kerja masa kat kilang dulu. Aku sukakan hidupan lautan. Aku tengok keluarga aku pun hepi. Hahahaha…lepas dari Aquaria, aku dan keluarga aku berpisah arah. Aku minta tolong Ahmad Suffian hantar adik aku ke UPM, kemudian, aku ajak Ahmad Suffian ke Bukit Bintang untuk dinner… sesambil dengar live band kat bawah Bintang Plaza….


Outstation ke Port Dickson

Selama 5 hari 4 malam aku kat hotel aku. Ada function..herm.. penat juga la, nasib baik, makan minum dan tempat tinggal aku, hotel aku yang sapot. Cuma, aku bawa baju dalam kuantiti yang sikit. Apa lagi, side A side B la.. tp sib baik dalaman aku cukup.. ahahahah… segala bagai aku bawa termasuk laptop dan dslr aku bawa ke sana. Ala-ala melancong la kononnya. Ya la tu, balik KL, nak bengkok badan aku ni bawa bag packer aku. Huuhhhuuhuh… Bandar Port Dickson tak banyak berubah. Macam aku tak sangka pula, aku akan kerja kat hotel kat situ. Herm.. ketentuan yang aku lalui ni memang di luar pengetahuan aku. Syukur… sepanjang aku kat sana, banyak juga gambar yang aku ambil. Tapi aku stil tak pandai guna DSLR aku ni. Herm… tak pa, pujuk hati untuk bersabar. Nasib baikla, kat sana ada hotspot sendiri. Maxis broadband memang OUT la kat sini. 3G memang tak langsung. Terpaksa la aku berkampung kat bilik bistro, macam opis sendiri la. Aku malas nak masuk bilik Sales sendiri, sbb aku mmg tak suka staff dia pun. Hermm.. malas nak cerita.



oH! Akhinrya penderitaan sakit gigi aku telah berakhir. Sehari sebelum aku outstation ke Port Dickson, aku pergi membuat LAWATAN ke klinik gigi kat Bukit Bintang. Hampa belaka cam kesialan, bila doktor tu taknak buat tampalan atau pun nak cabut gigi aku. Hermm.. dia suruh aku buat rawatan akar gigi costed RM 700.00 hahahaha… aku just beli ubat RM 35.00. lepas tu, dia kata kalau nak doctor cek, kena tambah RM 15.00.. aku pun setuju. Hampa bila doctor tu hanya ketuk 2 kali gigi aku. Mestila sakit BODOH! Dah gigi aku sakit, ko ketuk lagi.. memang la aku rasa sakit. Hampeges, nak menipu!



Hari ke berapa tah aku kat PD, aku pergi ke Klinik Kerajaan untuk buat rawatan gigi. Petugas kat situ terkejut aku ni orang luar. Habis cerita, doctor gigi kat situ dah berjaya cabut gigi aku.. huhhuuh.. bila aku tgk gigi aku tu, takla rosak mana pun..boleh diselamatkan lagi… belum sampai ke dasarnya lagi..huhuhhuu…. agak-agak bole tanam balik tak gigi tu…hahahaha.. padan muka… malu gak aku gila doctor nasihat aku pasal gigi. Ok ok pas ni, aku akan rajin jumpa dentist ok!



Ni aku dah balik Serdang semula. Rasa lenguh satu badan. Semalam, balik rumah terus tidur sampai ke pagi. Bengang juga bila balik rumah, rumah sewa aku tu pula tak dibersihkan. Aku pun tak tau lagi nak cakap macamana.. istilah BUAT- MACAM – RUMAH – SENDIRI – memang aku tak amalkan, sbb mungkin rumah sendiri dah macam ni..hehehhe.. aku pun malas juga, tp kalau takat laman rumah tu, tak ada hal aku nak bersihkan. Hermm… tunggula aku rajin dulu. Aku masih ada penat yang belum habis ni.. aku nak praktis guna dslr ni dulu. Aku gembira. Anda bagaimana?

4 comments:

Anonymous said...

Kini baru kau rasa. Cheh tetiba teringat lagu nyanyian dewi Yull. Hei apa kene mengena lagu tu? Hehehe saja jak. Nah baru ko rasa dia punya gempak kan bila pakai itu mortar board. Hehee congrats sis. Akhirnya kau tamatkan jua perjuangan itu walau pun aku mendahuluimu. Hahaha akulah si NONG yang sulong!

Anonymous said...

eee...tolongla pernyataan di atas...xsuka dengan orang bangga diri...

Perempuan Pemimpi said...

@ nong : patient is all about

@anonymouse : i wrote and i thanks.

Anonymous said...

gigi mana ni Mas? takleh dah ko makan kepsi kan....