Thursday, May 6, 2010

Tertanya-tanya.

Sejak penghujung umur 17 tahun, tak kurang dari 10 jenis kerja berbayar aku dah buat. Happy enjoy. Tapi bila dengan kerja baru ni, tahap happy dan kurang happy aku adalah bernisbah 6:4. Aku rasa aku kena balance kan nisbah tu. Tak bolehlah juga happy selalu dan paling nak mengelak kurang happy. Dulu aku penah cakap, aku tak mahu jadi cikgu. Tapi aku kata, aku nak back for good untuk berbakti dengan anak bangsa. Senangkan Tuhan nak putar hidup aku. Lengkap sangat pakej tu. DIA bagi apa aku tak nak, dan DIA bagi apa yang aku nak. Cuma dia datangkan keadaan ini dalam bentuk yang sangat mencabar.

Di tempat kerja, tak kira umur aku tak panggil nama, kakak atau abang (ke). Aku panggil semuanya skali dengan gelaran Cikgu. Bagi aku, aku memandang profesyen ini begitu tinggi. Hanya orang yang benar-benar berani dan kuat saja layak dipanggil cikgu. Dan, sampai hari ini, aku selalu rasa aku tak layak. Tapi dari sudut spiritual, kalau aku tak layak kenapa Tuhan bagi kat aku? Makin lama aku hidup, aku rasa makin dekat dengan jawapan-jawapan yang sepatutnya tentang Ketuhanan.

Semalam kursus pasal Pengurusan Disiplin. Kata penceramah, ada 3 pokok penting dalam kehidupan, iaitu Agama, Budaya dan Disiplin. Kalau semua ini seiring, maka akan lahirlah seorang orang yang bergelar manusia.

Dan, sampai hari ini aku belum terima hakikat bahawa aku dah kerja dalam bidang ini. Atau apakah Tuhan sedang memberi aku jalan yang benar?

2 comments:

Izz™ said...

d dunia ni...golongan yg masayarakat paling percaya adalah cikgu... so x kira siapa pun dia kalo dia adalah seorang cikgu gelaran itu akan terpahat sehingga ke akhir hayatnya...sy masi ingt 1 kjadian,tahun lepas kalo x silap sy..seorang pakcik dlm 50 lebih usianya memanggil seorang atuk yg usianya sy rasa dlm 80 lebih sebagi cikgu...sungguh tinggi nilai sanjungan gelaran CIKGU ni :-D

remaja klasik said...

selamat pagi chekgu.!!!