I tau Isnin you selalu birus (blues, hehehe). Tapi I suka hari Isnin. Kadang-kadang I rasa macam tak sabar nak pergi kerja (semenjak bekerja). I rasa I tak pernah bermalasan pada hari Isnin. Pagi ini I sunggu fruitful. Macam best sangat. Apatah lagi beberapa photographer idol I telah mengemaskini gambar-gambar di blog mereka. Melihatkan gambar yang sangat stunning, buat I rasa OWH, I MESTI JADI MACAM MEREKA ! Terinspirasikan dari manusia hebat yang lain, itu saja yang ada dalam diri I. I selalu perasan sendiri, rasa macam hebat.Bukan nak riak, tapi I rasa you akan faham bila you ambil gambar, you sukaaa sangat gambar tu dan ya, bonus pujian creditted by your audience. Hari Buruh lepas, I saja cuba perasan macam ada fan sendiri. I buka akaun facebook untuk kerja-kerja karya I. Sampai hari ini, dah ada 27 orang yang tekan LIKE kan page tu. Walau tak sampai 1000 orang LIKE, at least kerja I dah ada orang 'ambil tahu'. Rupanya I ni wujud juga di mata orang lain. Oh, inilah nikmat berkehidupan.
Dulu, you cakap I ni mcm band indie di Malaysia. Suka cakap besar dan sebenarnya tak ada apa pun. Kami memang suka cakap besar, tapi kami ada produk sendiri. Walau kecil-kecilan. Ini menunjukkan kami sebenarnya serius dalam bidang kami. You fikir senang ke Noh HUJAN nak cipta lagu yang mempunyai ribuan peminat yang mendengarnya. You fikir senang ke nak buat gambar mempunyai 27 orang yang tekan LIKE kat facebook you? Ceh, baru 27 orang. Belum 1000 kan. Ok tak apa. Mainstream atau tidak, pencapaian diukur dengan bahan kritikan dari audiens. You sebagai rakyat Malaysia, tak salah nak minat karya dari luar. Tapi I kesal, you menyamakan I dengan orang luar. Hebat sangatke I ni sampai you labelling I macam tu? Hehehehe.
Hari ini hari Isnin.
Nak cari audiens bukan senang. You tak faham semua itu melainkan you terjebak. Simpanlah karya you tu baik-baik dalam bilik. Biar you seorang saja tau. You kan kedekut nak berkongsi. Tak ada sejarah agung membuktikan karya disimpan di dalam bilik boleh terkenal kebaboom. Melainkan you bunuh diri, kemudian polis terjumpa kerja-kerja you tu. Hehehe. Jahatnya I. Oklah, I tak mahu kasik sakit hati you, sebagaimana you pernah sakiti hati dan malukan diri I. Tuhan itu Maha Adil, you tahu kan?
p/s entry ini sengaja dibuat untuk menyaiko diri I supaya terus menerus mencuba untuk merubah kehidupan. Kehidupan bukan boleh diubah dengan wang ringgit, tapi ianya bagaimana kita mencari jalan supaya kehidupan ini lebih bermakna. I tak mahu terlibat dalam zaman suram lagi. Ianya menyakitkan.
p/s/s please find facebook.com/KotakHitam Pictures.
1 comment:
Cikgu Ms Mas,
hehehe.. sorry lambat jawab, i p sarawak. anyway budak yang selalu cakap banyak tu dia ada masalah 'sosial' maksudnya social skill dia terhad atau memang dia ada masalah macam mana nak connect dengan orang sekeliling dia.
pengalaman saya masa masuk satu kelas ini pun sama, sorang budak baru tukar ke sekolah saya dia memang suka interrupt. Nak bagi lesson sikit pun susah. So apa yang saya praktikkan saya bagi dia jawab banyak soalan, saya tarik dia untuk berlakon di depan (bergantung pada teaching aids anda) saya suruh dia tolong saya carry laptop saya, saya puji dia sebab dia frendly (walaupun talkative) dan saya bagi dia satu note untuk encourage dia.
lepas itu dia macam suka saya tak pernah tak buat kerja sekolah suka membantu dan banyak lagi.
saya slow talk dengan dia menerangkan bahawa kalau orang bercakap kita kena diam supaya orang lain boleh dengar dan inject sikit unsur respecto. :)
bagi situasi dengan dia kalau dia cakap sesuatu yang penting, dan ada orang lain mencelah tanya dia dia sakit ati tak? buat dia fikir.
kadang2 punca mak dia mencelah bapak dia tengah bercakap pun memainkan peranan.
terbawa2 dari rumah.
:)
Post a Comment