Thursday, March 25, 2010
RM300, RM60, RM120 bla bla bla..baki cikgu!!!!!!!
Siapa sini hendak masuk universiti
[ada kurang dari 10 tak angkat tangan]
Yang tak mahu masuk universiti, kamu nak buat apa lepas spm?
[mereka diam-diam]
Ok sekarang, cuba bayangkan kamu gagal dalam spm dan pergi kerja di bandar dengan gaji RM300 sebulan. Kerja jaga kedai baju ke, kerja dengan kedai makan ke? Cuba buat kira-kira ni.
[kelas diam]
Kira ya! Tambang dari Batu Sapi ke bandar berapa dan kemudian darab 2 sebab ianya meliputi pergi dan balik.
RM1.00 cikgu, jadi RM2.00 sehari cikgu !
Ok kemudian, kamu darab dengan 30 hari. Ini kira sebulanlah. Berapa?
RM60.00, cikgu!
Kemudian, sehari kamu hanya makan tengahari. Kira-kira berapa?
Kita makan yang paling murah cikgu. RM2.50 atau RM4.00 [mcm2 jawapan aku dapat]
Ok, purata RM3.00 sehari. Cuba darab dengan 30 hari? Dah berapa? Simpan dalam otak.
[aku tengok masing-masing sedang berkira-kira]
Lepas tu kamu tolak dengan belanja topap kamu, nak beli baju lagi..bla..bla..bla..bla...
Alamak!!! Baki pula cikgu!!!!! [satu kelas gelak]
Jadi, sekarang ni kamu dah nampak masa depan kamu macam mana kan? Itu sekiranya kamu bergaji RM300 sebulan. Lagi bernasib baik kalau kamu masih ada ibubapa. Boleh makan nasi lagi kat rumah. Ada sesiapa yang sudah tiada ibu atau bapa di sini?
[kurang dari 5 orang angkat tangan, suasana kelas menjadi suram]
Kamu..bangun. Nama kamu siapa? [aku pilih salah sorang tadi, lelaki.]
[aku lupa namanya siapa]
Asal mana?
Dari Pulau Timbang cikgu.
Oh, jadi duduk hostel la ni kan? Ayah kamu yang meninggal?
Ya, cikgu. [ Dia tunduk]
Adik- beradik ada berapa dan kamu nombor berapa? [aku soal dalam nada yang rendah]
Ada 12 orang cikgu. Saya tengah-tengah.
Jadi, sekarang kamu mahu bergaji RM300 sebulan atau tidak? [sengaja aku jump cerita]
Tidak, cikgu. [kelas masih diam, mungkin masing-masing sedang berfikir]
Kamu yang lain? Yang masih ada ibu bapa? Boleh bayangkan macamana keadaan kamu? Kawan kita ini hanya tinggal ibu saja. Dia terpaksa berjauhan dari adik beradik jauh di pulau.
[kelas masih diam, dan aku lihat pelajar lelaki tadi itu sudah menitiskan air matanya. Aku turut sebak]
Kamu tahu apa yang membezakan manusia lain dengan manusia yang lain selain daripada iman?
Tidak, cikgu ))))
Ilmu. Salah satunya, kamu kena lulus dalam sekolah. Kemudian masuk universiti. Kemudian dapat kerja yang bagus-bagus. Ada juga yang tak dapat masuk universiti tapi mereka juga boleh berjaya. Itu manusia bersungguh-sungguh namanya. Mungkin semasa remaja, mereka tak dapat bersekolah seperti kamu. Tapi mereka ada cita-cita yang tinggi. Jadi, kamu semua mahu berjaya atau tidak?
Mahuuuuuuuu ))))
________________________________________________________________
Mungkin bagi kita yang sudah dewasa ini merasakan masuk universiti cuma satu syarat biasa. Tapi mereka yang kecil ini harus dibimbing. Dulu masa aku naik tingkatan 1, tiada cikgu yang menceritakan hal sebegini kepada aku pun. Aku tidak mahu menyalahkan masa lepas, aku hanya mahu terus ke hadapan. Biar mereka tahu, masuk universiti adalah puncak kejayaan di hujung remaja. Aku hanya bagitahu asas kehidupan, salah satunya. Iya, aku sudah berbuat kebaikan semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
lu boleh jadi cikgu yang baik. Gua tau.
sape awek ni..cun plak
Post a Comment