Saturday, March 13, 2010

Garis.

Aku mengaku kadang-kadang aku terlalu ingin menjadi manusia yang berguna untuk orang lain. Aku mengaku kadang-kadang aku tidak mahu berfikir negatif walau sedikit pun. Aku juga mengaku aku suka membuang hal-hal tertentu yang kononnya aku tidak perlu sama sekali. Aku mengaku aku mencuba menutup deria untuk apa-apa perkara yang menyakitkan. Tetapi Tuhan tidak mengajar kita untuk membenci, apatah lagi memutuskan sillaturahim.

Aku jadi fobia.

Kenapa kamu memusnahkan hidupku? Jangan tidak pernah mengaku. Jangan fikir bila aku tidak bercakap, maknanya aku takut. Aku sentiasa memerhati kamu. Nampaknya perenggan pertama di atas bercanggah dengan perenggan ketiga ini. Aku memerhati kamu kerana sebelum ini aku menganggap kamu ialah dampinganku. Aku cuba ikhlas menjadi sebahagian kamu. Tapi kali ini, aku sudah nampak kamu bersorak riang kerana telah memusnahkan diriku. Aku sudah menjangkakan perkara ini berlaku. Dahulu, kamu memusnahkan orang lain tetapi aku menadah telinga untuk mendengar kebimbangan kamu. Aku fikir kamu tidak sesekali mengkhianatiku.
Perempuan, belajarlah menjadi seorang ‘perempuan lain’. Jangan begitu sundal memusnahkan hidup orang lain. Aku juga melihat cinta-cintamu sedang musnah. Itu balasan kepada kau yang dulu menjadi pemusnah. Silap, bukan dulu. Sekarang pun. Kau tahu, setiap air mata perempuan lain yang jatuh kerana perbuatan kau merupakan doa keterbalikkan.

Aku fikir sekarang aku harus melukis satu garisan sempadan. Aku tidak mahu ada apa-apa lagi perkara berkaitan. Perenggan pertama dan ketiga aku sudah tinggalkan. Selepas garisan di sebelah sini, aku menutup habis-habisan. Katalah saja aku egois. Ketawakan sajalah sikapku. Demi diriku sendiri, aku tidak mahu merasa bimbang lagi. Aku petik, aku cantas dan aku lambung. Jatuh ke lantai, aku pijak dan aku ludah. Itu maruahmu.

Jangan bimbang. Aku bukan Melayu, jadi pepatah menjilat ludah sendiri tidak sesuai untuk aku.

Tuhan, sekarang beri aku nafas yang baru. Aku hampir mati sebenarnya. Tetapi ,ada satu sudut di dalam hatiku yang sudah mati. Ku jelmakan dia menjadi susuk halus. Dia akan menangis merintih kerana telah kehilangan cintanya. Aku letak dia di sebelah dirimu, aku menyuruh dia berbisik kepadamu. Biar kamu takut.

Aku mahu pergi sekarang. Di balik garis ini. Aku tiada doa untuk kamu.

p/s Mas, bersabar.

No comments: