Aku sudah mengalah kepada kamu. Aku menjadi trauma mahupun fobia pada apa-apa perkara yang aku lihat pasal kamu. Nama kamu. Bayang-bayang kamu. Apa-apa saja tentang kamu. Aku sudah nampak ‘maaf’ kamu, tapi aku sudah tidak mahu peduli apa-apa pun. Aku sudah keluar dari ruang itu. Aku sudah tidak mahu apa-apa lagi. Katalah apa saja tentang aku. Aku egois, aku mengjengkelkan kamu, aku membuat kamu marah semarah-marahnya dan apa-apa lagi sikap buruk yang ada pada aku.
Janganlah lakukan apa-apa lagi. Janganlah lagi buat sesuatu yang akan buat aku ‘nampak’ akan kamu. Jangan paksa untuk aku ‘terima’ apa-apa keadaan sekalipun. Apa saja kamu buat, akan jadi racun kepadaku. Bila sudah menjadi racun di dalam tubuhku, lama-kelamaan aku akan mati. Aku masih tidak mahu mati. Segala tutur kamu, yang telah aku butakan hati dari sejak ‘kepergian’ kamu (yang dulu) sudah terkumpul menjadi racun di dalam tubuhku. Aku semakin lemah, kerana tubuhku sudah habis maya untuk melawan ‘racun’ yang kamu beri secara tidak sedar. Aku memang sudah tidak bermaya.
Kesilapan yang aku buat membuktikan aku manusia biasa. Tiada kuasa supernatural yang mampu menggembirakan semua orang pada sepanjang masa. Tetapi kamu menganggap aku sebegitu rupa (anggapan-anggapan kamu) sehingga selayaknya aku dihina. Sedarlah, kamu juga manusia seperti aku.
Kita tidak pernah berjanji apa-apa. Jadi, jangan bimbang tentang apa pun. Janganlah dihina aku lagi. Aku semakin takut kepada kamu. Kalau aku punya kuasa sihir, aku akan sihir ‘ingatan-ingatan’ kamu terhadap aku. Aku juga tidak mahu kamu terbeban dengan masa lepas, yang mana punya watak aku di dalamnya. Sekarang ini, aku hanya berharap ada kuasa-kuasa dari langit supaya menjaga kehidupan kamu. Itu saja doaku.
Terima kasih untuk semua perkara-perkara kebaikan. Semoga bergembira selalu.
No comments:
Post a Comment