Saturday, July 25, 2009

Mesin Suling Perasaan.

Aku jumpa kitten ni kat salah sebuah restoren di Telupid. Aku bawa balik Si Mimau ni balik ke rumah aku di Sandakan. Oh, mereka bertiga berkawan baik, Piwi dan Bobo!


-----------------------------------------------------------------------------


Bercakap tentang hubungan dengan lelaki yang rapat dengan aku.

Dulu, aku memang takut kalau si kekasih sudah menunjukkan tanda-tanda macam menidakkan lagi hubungan kami. Oh, aku single sekarang. Aku sudah ada satu cara senang sekarang, tapi aku tak boleh pecaya sangat, walaupun benda ni dah terjadi berkali-kali (taklah banyak kali pon). Bila aku berpacaran (dulu), sekiranya aku termimpi bf aku tu, komfem 2, 3 minggu lepas tu kitorang akan putus. Mimpi maksud aku seperti keadaan berbual-bual tak pun, aku mmg mimpi muka bf tu la. Begitu juga, sekiranya aku mulai rapat dengan lelaki dalam konteks mahu berhubungan kekasih la kononnya, kalau aku termimpi saja, hubungan tu tak kan menjadi. Jadi, lama-lama aku takut akan mimpi.

Tapi kali ini, aku sudah tidak bimbang lagi kalau si lelaki menunjukkan ciri-ciri menidakkan hubungan kami. Sudah berkali-kali, sudah imun. Kau fikir aku ada mesin suling perasaan?

Ah.

p/s salah satu cabang ilmu adalah melalui MIMPI. semalam kamu mimpi apa?

Tuesday, July 21, 2009

Sikap keakuan.

Oh, mungkin saya sedikit mengambil berat. Jadi perkara begitu membuatkan saya berlesen untuk bercakap lepas pada sesetengah kawan saya. Saya sudah berbuat silap, dan saya meminta maaf. Ada satu perkara tentang diri saya yang sukar saya kawal. Tapi sebenarnya perkara itu merupakan benchmark peribadi saya tentang tanggapan saya terhadap sesuatu perkara itu.

Biasanya, jika kamu kali pertama berbual dengan saya dan saya mendapati ada perkara menjengkelkan pada pandangan saya, saya lebih suka membuat kamu sedikit terasa atau marah kepada saya. Dan membuatkan kamu berasa jengkel kepada saya. Saya akui sikap ini memang menyusahkan. Perihal benchmark yang saya katakan, saya pernah terbaca ayat ini, tetapi saya kurang pasti di mana. Mungkin saja saya sudah berusia.

Kata-kata itu; perhati ayat-ayatnya ketika dia sedang marah.

Apa yang kita katakan pada hari ini, menjadi pengukur siapa diri kita di masa depan.

Dan saya mengkhuatiri sikap saya ini, suka membuat orang jengkel dan perilaku itu saya jadikan benchmark peribadi saya sendiri. Benchmark siapa kamu, di mata hati saya. Mana-mana yang tenang dengan sikap saya ini, saya begitu mengkagumi. Dari sudut lain, saya berasa naif dan sangat rendah diri sekiranya orang yang saya jadikan benchmark sikap tadi itu tetap menerima saya sebagai kawan. Saya sedikit tamak dan kejam menjadikan orang-orang tadi itu sebegitu rupa. Tetapi kenapa?

Saya banyak terduduk oleh kawan-kawan bermulut manis dan meracun saya. Saya juga selalu menjadi sebahagian dari mereka yang bermulut manis. Dan saya menyesali perkara ini.

Kamu, kawan-kawan saya. Saya minta maaf.

Monday, July 20, 2009

Tolong aku.



Siapa rindu gambar-gambar hasil dari aku? Tiada? Tak apa. Aku takan jemu men-snap dan terus letak kat sini. Untuk pengetahuan korang, aku dah memang kekurangan 'tenaga dalaman' mahu pergi snap-snap ni. Semenjak kerja ni, begitula. Tapi sebenarnya aku ketandusan power aku sendiri. Susah nak jalan-jalan kat sini ni. Isu anjing la..sekarang ni pula, jarak masa dari selepas kerja pukul 5 ke pukul 6 petang tu sekejap saja. Maklumlah, kat sini kan cepat gelap. Dah tu nak masuk maghrib pun tak elok nak jalan-jalan kat sini. Hutan dara mengelilingi aku, biarpun aku duduk dalam pekan dow.

Jadi hujung atap rumah aku kat Telupid ni pun jadi idea aku juga. Aku memang serius sukakan bidang ni. Sambil aku terfikir-fikir hendak beli kamera baru. Sambil-sambil juga aku terfikir kan mahu mengambil lesen kereta. Hish, memang aku fobia sikit bab jalan raya. Ok lupa sedikit pasal lesen kereta tu. Aku jengkel.

Hari tu aku berpeluang menggunakan Nikon D80 dari salah seorang staff opis aku ni. Nikon D 80 tu kepunyaan pejabat kawan aku tu la. Bila aku ngetest ngetest, aku tak pasti aku yang masih belum pandai menggunakannya atau sebaliknya. Sudah tentu la ilmu aku dalam bidang ni masih amaaaaat lah kurang. Tapi bila aku tengok hasil dari ketikan Nikon D80 yang aku pinjam tu, hasilnya tak jauh beza dengan hasil ketikan dari Nikon D 40. Mungkin ada features baru dalam D80 tu (berbanding D40) yang aku tak tau lagi. Tapi semakin lama aku faham, apa yang aku mau sebenarnya dari gambar aku ada EMOSI. Aku harap kamu memahami apa yang aku maksudkan di sini.

Macam contoh, 2 keping gambar digital di atas. Apa yang kamu rasa? Boleh kamu berkongsi kepadaku. Sekiranya kamu meraih erti emosi dari gambar di atas, aku rasa kamu juga berjiwa sedikit seperti aku. Mudah tersentuh jiwanya. Tapi kalau kamu tidak meraih apa-apa emosi dari gambar di atas, tidak apa. Aku bersyukur kerana kamu memberi perhatian kepada aku, dan gambar-gambar aku.

2, 3 hari ini aku berasa sedikit tersentuh. Tapi sedikit terubat, bila orang atasan memberi peluang kepadaku menerajui satu kumpulan manusia yang banyak memeningkan kepala otak aku sebelum ini. Tidak semua, mungkin hanya 3 orang dari 13 sahaja. Tetapi sejumlah 13 itu juga cukup memeningkan. Jadi, doakan aku supaya aku bersabar dan boleh memberi teladan yang bagus kepada orang lain. Aku bukan manusia yang baik seperti kamu, mungkin, tetapi beri aku peluang untuk berubah. InsyaAllah.

Bercerita kepadaku, emosi kamu, apa yang kamu lihat dari gambar di atas. Aku sepi di lembah Trus Madi ini.

Monday, July 13, 2009

Ahmad Masrizal, kamu dah kembali!!!!!


Inilah dia Cikgu Ahmad Masrizal. Berlokasikan di Sepilok Laut, Sandakan. Jelita tak saya bila kurus? ahahahahaha...very the retro ok, gambar ni berusia lebih kurang 11 tahun.


Sang Rajuna said...

Assalamualaikum Mas,
Accidental i found yr blog- sandakan.
Are u ex SMK Sandakan? Btw...i was served in SMK SANDAKAN....
The school that i was a teacher before (1996-199). The school that im being a popular teacher for a form 6 students long time ago.
The school tht "told" me about the true colours of educationist.
The school that i met many brilliants.
The school that gave me a very sentimental value, till now.
Today i found yr blog and Im proud to say that actually ure very creative. I like yr photos, the angle, the creativity and i can feel the emotions behind all that. So, Keep it up and always keep cool. Be great Sandakanians!
Ikhlas,
"SENTIASALAH MENJIWAI KECMERLANGAN"

_____________________________________________________________________

serius weh. Aku memang tekejut kedatangan beliau dalam blog aku ni. Cikgu, please keep in touch dengan kitorang. JHampir 11 tahun tanpa kabar adalah satu perkara yang aneh. Aku tak jadi nak away-away gara-gara Accidental cikgu ni..hahaha...apa pun, betul cakap beliau, beliau mmg femes masa beliau bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan, Sandakan pada tahun 1996 - 1999. Aku tak nafikan, Cikgu Ahmad Masrizal merupakan pencabar aku, untuk aku mengubah hidup. Cikgu, saya kurang berjaya. Tetapi saya tak pernah lupa diri. Saya tinggalkan kehidupan di kota sana, dan kembali ke bandar kecil ini, untuk sekali lagi menyahut cabaran dari cikgu menjadi seorang Sandakanian yang berjaya. Kenapa tidak?

p/s aku tak sabar palu kompang, bagi tau orang2 kampung!

p/s/s Cikgu, kami mungkin mengadakan gathering semula untuk pelajar batch 1998/99 pada 11.11.2011. Sila kemaskini jadual cikgu ok. Pastikan cikgu datang. Lokasi, sudah tentu Sandakan.

Friday, July 10, 2009

Bye Bye Baby.


Aku hanya tahu diam, sambil berdiri di tepian
Melihat kamu..
Penuh cemburu.
Semoga kamu baik-baik saja
Sampai masa, cemburu ku ini akan pergi,
Jadi, biar aku diam-diam
Mengira waktu yang sudah terbuang.

Bye-bye.

Tuesday, July 7, 2009

Saya suka kambing.







Setiap hujung minggu, setakat ini saya akan kembali ke Sandakan. Saya masih tidak berani untuk tinggal di rumah saya di Telupid. Hari minggu yang lepas, saya dan emak saya pergi melihat-lihat pameran pertanian dan penternakan peringkat negeri Sabah. Hanya gambar-gambar haiwan hasil ternakan menarik perhatian saya. Gambar-gambar lain pun ada, nanti diupload. Lihat saja kambing-kambing di dalam gambar ini. Tiba-tiba saya teringin ingin memelihara kambing, sebab sebelum ini saya ada Piwi, Bobo dan Jantan sebagai haiwan peliharaan saya. Kalau kambing mungkin lagi comel kan?

p/s : saya mahu memberikan kambing warna biru laut kepada seorang teman, sebab dia setuju dengan pendapat saya; memberi hadiah hadiah kambing kepadanya adalah cara yang romantik. hahahaha..mana nak cari kambing warna biru laut ya? Dia yang rekues kaler macam tu.

p/s/s : Agaknya kalau saya pelihara kambing, apa nama yang sesuai? kepada kambing betina? kepada kambing jantan?

p/s/s/s : Kawan saya dah jadi tokeh kambing kat Sandakan. Haih.

Friday, July 3, 2009

Kamu patut mendengar lagu2 Brandi Carlile


The Story

(Sila download lagu ini kemudian imagine pula aku yang mendendangkan untuk kamu)

All of these lines across my face,
Tell you the story of who I am ,
So many stories of where I've been,
And how I got to where I am.
But these stories don't mean anything
When you've got no one to tell them to,
It's true...I was made for you.
I climbed across the mountain tops,
Swam all across the ocean blue,
I crossed all the lines and I broke all the rules,
But baby I broke them all for you.
Because even when I was flat broke,
You made me feel like a million bucks.
Yeah you do and I was made for you.
You see the smile that's on my mouth
Is hiding the words that don't come out
And all of my friends who think that I'm blessed
They don't know my head is a mess
No,
they don't know who I really am
And they don't know what I've been through like you do
And I was made for you...
All of these lines across my face
Tell you the story of who I am
So many stories of where I've been
And how I got to where I am
But these stories don't mean anything
When you've got no one to tell them to
It's true...I was made for you


Aku sudah lama tidak mendapat lagu-lagu yang menyentuh perasaan. Dan dari semalam, aku melayan lagu-lagu Brandi Carlile ini. Tanda protes aku terhadap tragedi yang berlaku di sekeliling aku. Semalam aku tidak peduli perasaan housemate aku, aku layan lagu-lagu dari Brandi Carlile, kemudian bertambah bingung dengan lagu-lagu dari Metallica, Nightwish, Stratovarious dan beberapa lagu dari band indie tempatan. Aku jeritkan emosi melalui woofer pink kesayangan aku sambil aku sendiri bersantai dengan bermain game Winlinez di bilik aku sendiri. Kemudian pagi tadi, seawal pukul 7 pagi, aku menyambung semula masa-masa keruh aku semula. Room mate aku komplen, dia kata aku hanya mahu lagu-lagu aku yang didengar. Kenapa tidak dia? Haih. Sila beli laptop sendiri dan putar sendiri lagu-lagu kegemaran kau.

Siapa yang tidak bengang, kalau awal pagi lagi aku dihidangkan dengan lagu-lagu mendayu dari laptop aku sendiri oleh room mate aku itu?

Credits : tak payah tayang url dia kat sini.

Thursday, July 2, 2009

Komfius, Brandi Carlile dan tsk.tsk.tsk


Lelaki ni, kalau sudah menjawab sepatah-patah kepadamu ataupun kedengaran dia sedang mendengar lagu-lagu berirama keras, kau jangan ganggu.

monolog dalaman: aku komfius bila terjadi keadaan macam ni. Jadi, mungkin lebih baik diam.

monolog luaran: rileks kemudian teruskan mendownload lagu-lagu Brandi Carlile.

monolog kurang jelas : tsk.tsk.tsk.

Wednesday, July 1, 2009

Beringat.


Menjelang saja tengah tahun 2009, ramai beberapa kenalan dan bukan kenalan tetapi dikenali telah pergi menghadap Illahi. Selamanya. Di kawasan tempat kerja aku sendiri, seorang pegawai antara yang tertinggi di sini meninggal pada usia 38 tahun pada Isnin minggu lepas. Mendiang berasal dari Kampung Bongkut, Ranau telah meninggal seorang isteri dan seorang anak perempuan yang berusia 12 tahun. Bapa mendiang memberitahu salah seorang staff pejabat ini, beliau tidak pernah melihat sejumlah manusia yang begitu ramai yang pernah datang ke kampung itu. Aku tak berapa pasti keadaan kampung itu, tetapi aku begitu pasti mungkin mendiang merupakan rakan dan saudara yang begitu disenangi. Aku hanya sempat mengenali mendiang selama lebih kurang 2 minggu, dari perihal menunjukkan tempat tinggal aku dan membelanja makan tengahari bersama 3 staff yang lain. Biarpun mendiang bukan seagama tetapi aku juga manusia, seperti dia yang sebelumnya. Jadi aku mendoakan perkara yang baik-baik saja untuk mendiang dan untuk sesiapa saja.

Mikaeel pun sudah meninggal dunia.

Aku pun turut bersimpati dengan keadaan begini. Memandang jauh ke luar tingkap, menghormati seluruh isi alam. Betapa singkatnya masa. Jadi kamu di luar sana, boleh bayarkan PTPTN ku? hahahaha..