Sunday, May 31, 2009

Selepas 12 hari. Hari ini.


Tiada apa-apa sajian untuk kamu di sini. Seperti yang kamu tahu, aku suka mengambil gambar. Tetapi entry kali ini, hanyalah gambar lama yang berusia sekitar 3 bulan lepas. Kucingku, Piwi. Aku pun asyik lupa mahu publishkan gambar ini, jadi ini santapan buat kamu selepas aku sudah lama tidak mengambil gambar...hampir 2 minggu lamanya. Ya, aku baru mulai mahu sembuh dari sakit. Ada yang sudah tahu kan? Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengambil berat semasa aku sakit hari tu. Dari panggilan telefon sehinggalah text-text sms mahupun berkirim salam, aku cukup senang dengan perhatian kamu. Dan, hari ini untuk pengetahuan kamu, aku rasa diri aku masih belum pulih sepenuhnya. Masih 'berat' keadaan ini, biarpun aku memang berat orangnya.

Doktor mengesahkan aku positif penyakit denggi berdarah.

Ini aku tahu bila aku nak discaj hari itu. Aku ditahan di wad separa kritikal Hospital Duchess of Kent, Sandakan selama 4 hari 3 malam. Ya Tuhan, macam-macam perkara yang aku alami dan memberi kesan kepada jiwa aku sehingga ke hari ini. Dan semoga dengan perubahan ini, aku masih terus menghargai apa itu kehidupan. Aku ditempatkan di dalam wad yang memerlukan perhatian khusus, cuba bayangkan hanya terdapat 9 pesakit di dalam wad itu dan hanya aku dan jiran aku yang masih waras keadaannya. Yang lain itu sedang mengalami lumpuh sepenuh badan dan di dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kronologi peristiwa.

18 Mei - Aku sudah mula diserang demam tanpa henti. Paracetamol, Actifast mahupun ubat Cap Kaki Tiga menjadi santapan harian selama 2 hari. Tetapi demam aku masih belum berkurangan. Aku sudah berhenti makan kerana sentiasa muntah. Biarpun aku rajin minum air, tetapi aku tetap muntah.

21 Mei - Bangun bersarapan dan berbual dengan jiran sebelah di bahagian ruang dapur rumah aku. Tak sampai seminit aku duduk, aku pengsan. Memang aku dah agak aku akan pengsan sebab aku dah pernah mengalami pengsan. Akibat hentakan yang kuat menujah ke depan, bahagian bawah hidung sebelah kanan pipi aku koyak, bibir sebelah kanan pun koyak besar..dan lebam di bahagian pangkal hidung dan kening sebelah kanan muka aku. Nasib baik jiran aku ada masa tu, tapi darah mengalir dengan deras dari luka-luka. Kalau kamu ada masa tu, mesti kamu nampak wajah aku macam Mike Tyson baru lepas bertinju...memang lebam gila. Oleh kerana aku sedar diri aku ni berat, aku masih sempat berfikir-fikir tindakan seterusnya. Pagi itu aku dihantar ke hospital lama Sandakan dan ditahan di dalam wad kecemasan selama 8 jam. 2 botol air @ Sodium Chloyride telah disuntik masuk ke dalam badan dan tak lupa darah aku diambil untuk dibuat ujikaji untuk mengesan penyakit. Sebelum aku discaj, doktor bagitau aku bahwasanya aku disyaki mendapat penyakit demam denggi dan kehilangan darah putih yang sangat maksimum. Ya Tuhan, macam aku tak percaya.


Mulai dari hari tu, aku dikehendaki untuk datang ke wad kecemasan setiap hari untuk diambil darah untuk tujuan pemantauan. So, aku datang setiap hari, setiap hari kena injek untuk diambil sample darah dan setiap hari kena tambah air ke dalam badan.

24 May - Hari ini aku begitu kritikal. Sampai pada satu takat, aku macam tidak boleh mengawal diri sendiri. Demam semakin kuat dan hampir 100% tidak menjamah makanan langsung. Asal makan mesti muntah, sakit usus aku. Apatah lagi aku nak makan ubat, komfem!

Aku muntah darah masa maghrib petang itu.

Petang tu juga, aku minta bapa aku panggilkan orang pengamal Al-Quran untuk datang ke rumah, minta-minta boleh meringankan sikit sakit yang aku tanggung tu. Sebelum itu aku ada berubat cara kampung, tapi lepas saja aku minum air dari doa pengamal tu, kepala aku terasa ringan sedikit. Tapi demam makin menggila.

25 May - Aku ke hospital dengan mak aku. Masa ni memang aku rasa maksimum tahap demam aku. Aku separuh sedar masa di wad kecemasan dan muntah darah lagi. Doktor perempuan di situ macam memperlekehkan keadaan aku, ingat aku main2 ke sakit. Aku minta untuk baring sementara menunggu blood test tu, dia lengah2kan lagi. Kesannya, aku menjadi separuh sedar. Mak memang menangis masa tu, tapi aku tak mampu buat apa-apa. Doktor arahkan staf untuk masukkan aku ke wad pesakit.. wad separa kritikal.

Bermula dari hari tu, setiap hari aku di cucuk dengan jarum untuk mengambil sample darah. Aku memang surrender bab jarum ni. Takut tu tak juga, tapi aku tak tahan kena injek. Untuk pengetahuan kamu, bila pesakit dihinggapi demam denggi, urat salur darah memang tenggelam. Jadi cuba bayangkan, nurse dan doktor di situ susah untuk menjumpai salur darah aku. Akibatnya selalu terjadi salah tempat cucuk, kadang-kadang 3 kali cucuk tak juga jumpa biarpun dorang kata dorg jumpa salur darah tu. Ada sekali tu, lepas 3 kali cucuk tak jumpa, mereka suruh aku rehat dulu sebelum cucuk lagi. Ya Tuhan, aku memang macam loser+gila+punya+muka menahan sakit kena cucuk jarum. Lengan dan tangan aku memang dah lebam-lebam akibat kesan kena cucuk jarum tu. Aku hazab masa kena cucuk saja, lepas darah dah kena ambil, aku biasa saja. Selain kena tambah Sodium Chloryde, dorang letak lain juga dalam badan aku. Malas aku nak ambil tahu, sebab aku tekanan dengan keadaan aku tu.

Meals dekat hospital jangan nak expected lebih-lebih lah. Aku memang dah sedia maklum, tapi aku masih bersyukur sebab aku masih boleh nak makan. Pesakit di sekitar aku hampir semuanya sudah hilang daya makan. Ada yang lumpuh dan memang tak sedarkan diri, makan hanya support oleh kabel-kabel khas. Kebanyakan pesakit yang memang tak sedarkan diri tu, ada yang tidak pernah dilawat oleh sesiapa pun. Memang sedih keadaaan macam tu, lagi-lagi bila aku dengar cerita keluarga si pesakit memang tak pernah datang sekali pun semenjak pesakit tu masuk hospital.

Ada salah sorang pesakit di situ yang memang sudah dianggap tidak berpeluang lagi untuk hidup. Ahli keluarga telah dipanggil untuk diberikan taklimat khas tentang keadaan si pesakit. Cuba kamu bayangkan bila si suami memanggil2 si pesakit, tiba-tiba kakak tu buka mata? Sedangkan doktor sudah memberi bayangan kakak tu sudah tiada peluang untuk hidup. Maha Suci Tuhan... lepas dari hari tu, keadaan kakak tu semakin ok, walaupun masih belum sedar.

Malam pertama ditahan di hospital aku sedikit sebanyak tertekan dengan keadaan aku. Akibatnya aku sakit sesak nafas subuh tu, mungkin juga aku tak bleh tidur dengan keadaan lampu yang terpasang. Tambah-tambah lagi dengan bunyi-bunyi mesin hayat pesakit yang lain. Setiap hari doktor akan datang lihat keadaan aku, yang aku tak bleh blah bila doktor cakap pasal darah putih aku. Dia pun macam sedikit kempius dengan keadaan aku..paras normal darah putih dalam badan adalah 200-300, tapi darah putih dalam badan aku makin menurun. Paling teruk sehingga mencapai 46 saja, memang di dalam paras bahaya. Keadaan ni memang buat aku tension menggila+tak+berapa+gila...hahahahhaa..

3 hari lepas, aku discaj dari hospital. Mula-mula aku agak ragu juga, sebab aku masih rasa pening2 lalat la..tapi bila doktor kata wad tu agak bahaya sedikit sebab terdapat jangkitan kuman dari pesakit lumpuh di situ, aku pun discaj la. Nasib baik tiada bayaran yang dikenakan sepanjang tempoh aku kena tahan di hospital. Okla, aku nak balik.

Kepada kawan-kawan yang telah datang melawat, aku mengucapkan terima kasih. Yang kirim text-text sms dan panggilan telefon, aku sangat-sangat hargai. Jangan lupa jaga kesihatan ok.

untuk Facet, terima kasih atas perhatian kamu .

10 comments:

♥andrea isabelle anne reston quiamco♥ said...

syukur alhamdullilah kamu sudah sihat...aku harap ko jaga kesihatan elok2 ok...panggilan telefon tidak dapat menggantikan nilai sebuah persahabatan yg kita jalinkan walaupun dlm jangka masa yg singkat...aku sayang kamu...muaxx...

Ron Veronicazo said...

kita semakin jauh, tapi kau dekat di hati ini.
im happy you're getting better.
i miss you, mas.

Yus Design said...

huh! mujurlah masih bisa bernapas....

Cikgu Metal said...

Salam,
Setiap penyakit yang dilimpahkan Allah terhadap hambanya, adalah sebahagian kifarat untuk kita. Moga cepat sembuh dan menjadi hamba yang lebih dekat dan lebih patuh kepada-Nya.

Nota tumit kaki :aku pernah juga menjadi penghuni DOK. So, wellcome to the club!

gopenghagen said...

serius, aku x tahu ko serius sampai mcm tu. mudah2an salamku sampai..mudah2an ko jumpa apa yg selama ini ko cari dalam sakitmu..take care

Unknown said...

aduh aku x tau punko saket harap2 cepat sembuh sepenuhnya...dan ku harap ko dapat capaiapa yg ko iginkan dlm idup mu

Miko Yamaguchi said...

cis, dia ni x macam orang sakit pun. sakit pecah bibir pun bole lagi buat lawak buduh. adess...

akak_ramlah said...

duii patutlah ko lama tak online adik..ripa ko sakit..baru akak tahu ini..syukurlah adik ko dah sembuh walaupun masih lemah...jgn lupa makan sup ketam adik...doa aka semoga ko cepat sembuh sepenuhnya

Nuruddin Abu Bakar said...

Betul tu miko. tengok, sempat lagi keluar membuat entri entah dimana dia online cari wailes.ish ish pigila rehat makan bubur dirumah.

Er banyaknya rindukan kamu, jadi kamu kena double-up kan motto 'be strong' tu okey.

Perempuan Pemimpi said...

andrea : ya, terima kasih.

madu beracun: aku rasa aku tak pernah berjauhan dari kamu. Kamu sentiasa dalam hati aku.

Yus : kata-kata kamu mendalam. Aku mudah tersalah tafsir. Mudah-mudahan kamu mendoakan kesejahteraan aku ya.

cikgu metal: tak boleh tafsir...macam2 perasaan masa tu.

haris : salammu paling awal aku terima dari si chi.

pert: terima kasih ah.

miko : aku tak mau orang lain merasa kesakitan aku melalui lisanku. Badan besar tapi tak tahan jarum suntikan, tak sheroes la macam tu..hahaha

kak Ram: apa kak ram, sup ketam? herm..macam menarik...nanti aku gugle.

facet: kamu tak rindukan aku? nyeh nyeh nyeh tipu....hahahahah