Monday, May 4, 2009

Obi-wan Kenobi dan satu khabar yang duka.



Seekor anak kucing berwarna hitam, berusia kurang dari 5 hari telah dibuang di hadapan rumah aku. Mula-mula aku tunggu-tunggu siapakah gerangan mak kucing yang menjelma di sebalik kotak asal anak kucing tu. Tapi, tak muncul pun. Lepas tu, aku letak dalam bakul merah ni. Memang agak payah mahu menjaga anak kucing yang baru lahir ni, tambah-tambah lagi kalau masih dari proses penyusuan.

Dinamakan sebagai Obi. Nama penuh Obi-Wan Kenobi. Kamu kenal pemilik asal nama tu, jiran sebelah rumah kamu dulu. Hahahaha..

Tapi mak aku bagitau sebenarnya anak kucing tu milik jiran kami. Anak jiran kami yang sungguh nakal telah membuang anak kucing ni di hadapan rumah aku. Marahlah aku kan. Jadi, nak taknak, terpaksa pula aku kembalikan pada mama kucing ni. Kesian.

Masa aku online dan buat entry ni, aku dikejutkan pada satu berita kematian. Salah seorang kawan chatter aku telah pun meninggal dunia. Rupa-rupanya sekembalinya beliau dari Australia hari itu merupakan hari-hari terakhir di Malaysia. Macam kata-kata majalah Mastika, saat-saat terakhir hanya sekadar untuk ucap selamat tinggal pada kawan-kawan. Sebenarnya aku tak pernah jumpa dia lagi pun. Tapi sudah berkira-kira untuk bersua macam kawan-kawan cyber yang lain.

Gini..

Dulu dia dihantar oleh World Health Organization (WHO) untuk berubat di Australia yang mengambil masa beberapa tahun. Dia cerita kat aku la pasal benda-benda ni. Mula-mula doktor Malaysia saspek dia dapat penyakit yang belum diketahui apa puncanya. Sampai di Australia, beliau disyaki mendapat polio entah jenis apa. 6 bulan sebelum beliau balik ke Malaysia, kedua-dua kaki beliau telah dipotong kerana 'memburuk'. Masa tu beliau disyaki menghidap penyakit AIDS pula. Mungkin sewaktu pemindahan darah, jangkitan boleh berlaku. Lepas tu, yang terkini selepas balik Malaysia, beliau disyaki mengalami kanser, tapi aku lupa kanser apa. Beliau dimestikan untuk membuat pemeriksaan di Kuala Lumpur pada setiap bulan. Seminggu sebelum pulang ke Malaysia, ibu beliau telah meninggal dunia di Jakarta. Yang menyedihkan, beliau hanya mengetahui kematian ibu beliau seminggu selepas pemergian ibu tersayang.

Kemudian, beberapa bulan selepas bertemu kawan-kawan di Tawau. Beliau kembali ke Australia. Dan itulah kali terakhir kami berchatting, sewaktu beliau masih berada di Malaysia. Itupun setelah 4 tahun kami tidak berchatting.

Aku tidak dapat meneruskan isi entry, kerana aku macam sedikit upset.

Kerana mungkin aku orang yang terakhir tahu pasal pemergian beliau.



Al-Fatihah.

9 comments:

Sara Jane Lulung said...

tabahkan hati menghadapi semua dugaan yang mendatang ...

dOn said...

Al - Fatihah

♥andrea isabelle anne reston quiamco♥ said...

comel kucing itu...sekali imbas seperti muka pelakun yg memgang watak obi wan kenobi hahahahaha...kepada yg pergi ttp kan pergi...pada yg masih tinggal di bumi allh ini teruskan kehidupan dan hadapi perjuangan...

al-fatihah

Maya said...

Aku tidak dapat meneruskan isi entry, kerana aku macam sedikit upset. Kerana mungkin aku orang yang terakhir tahu pasal pemergian beliau.

Sis tahu dari kamu, jadi tidak perlulah nak upset.

Al-Fatihah

Nuruddin Abu Bakar said...

Al-fatihah

Maya said...

Baru perasan, hidung kucing itu besar semacam saja kan... macam beruang pun ada.

Perempuan Pemimpi said...

Sara Jane Lulung : oh thanks.

Don : same to you.

Andrea : ya.

SIs Maya : ok.

Facet : ok thanks.

sankai said...

humm..
such a story...

ni semua dugaan...
Al-fatihah

J u l i a 。.゜✿ said...

=(