Semalam janji Allah sudah sampai kepada dirinya. Dia hanya mampu redha dengan ketentuan dari Allah dan hanya pergi dengan tenang. Keadaan tidak terduga sama sekali, masih teringat gelak tawa para saudaranya di depan matanya. Dan beberapa saat kemudian, dia sudah dijemput pulang ke pangkuan PenciptaNya. Sedangkan baru sebentar tadi, dia meminta untuk dibawa berjalan-jalan melihat alam dan kemudian menonton rancangan tv bersama para saudaranya. Maha Suci Allah, tiada siapa melihat saat kepergiaannya kerana begitu aman, tenang dan tiada sedikitpun hembusan nafas akhir kedengaran dari dirinya.
Anakku, kau sudah pergi. Tinggal ibu di sini….
Ayah akan merindui setiap detik..
Nenek, adik beradik…semua tidak menyangka…sedangkan tadi kau…
Yang tadi itu rupanya kali terakhir kamu bersama keluargamu…
Dan aku, aku hanya membaca bait YM dari sahabatmu mengatakan tentang dirimu itu. Aku kenal dirimu walau tidak pernah berbual kata. Biarpun begitu, aku turut bersedih di atas pemergianmu. Terbit tangis memenuhi emosi keperempuananku. Hairan bukan?
Al-Fatihah…
Dia sudah pergi. Hanya aku kenal dari kejauhan / gitu-gitu saja/ tak pernah berbual… sebab aku dan dia satu kampus pengajian masa zaman dahulu kala. Sedang aku chit chat ng http://kematz.blogspot.com , kemat bagitau aku, Firdaus Samsuddin baru meninggal dunia sebentar tadi (malam semalam). Dia mengalami penyakit kanser usus. Aku hanya diam dan hari ini jenazah selamat disemadikan pada pukul 10.30 pagi tadi.
Hidup. Terlalu banyak benda yang belum aku lakukan lagi. Entahlah, kadang-kadang aku dah kira-kira tentang hidup aku ni. Aku perlukan 150 tahun lagi untuk mencapai cita-cita aku (tanpa sebarang penuaan…hahhaha). Ibubapa aku akan pergi, kalau boleh aku mahu mereka hidup 150 tahun lagi (tanpa sebarang kesan penuaan). Masa tu, mesti Bandar Sandakan aku yang kecil tu sudah mencapai tahap kepopularitiannya seperti Bandar-bandar kecil yang popular yang lain. Kawasan rumah aku di tambak lagi ..mungkin sehingga ke kawasan kepulauan Berhala. Eh tak mungkin, sebab kawasan tu cantik, kan aku ni pencinta alam sekitar. Okay, tak payah tambak apa apa-apa pun, kita bangunkan kawasan tapak tanah yang masih beratus-ratus ekar yang masih belum digunakan. Tapi dengan syarat, jangan biarkan orang-orang utan berasa terpinggir di Sepilok tu lalu mati sendirian kerana kesan pembangunan. Hehehe!
Rasa lenguh badan, aku kembali bekerja setelah beberapa ari cuti sempena cuti Tahun Baru Cina. Oh! Meriahnya di Bukit Bintang… tanglung-tanglung masih memenuhi jalan-jalan utama di sini. Dan tidak ketinggalan singa-singa palsu masih menari-nari di sekitar kawasan itu.
Hari ini, Bas RapidKL tidak penuh. Tidak ada kesesakan di dalamnya. Dan, serasa aku masih banyak kompeni-kompeni yang belum beroperasi. Baguslah, perjalanan ke tempat kerja aku memang aman. Awal pagi lagi, sekotak KFC tersedia di atas meja kerjaku. Oh! Boss belanja, kata salah sorang manager kat situ.
Stereotype. Better dia bagi angpau ke, boleh aku top up kredit pas perjalanan TOUCH and GO aku. Isk! Syukurla tu, sampai rumah baru aku ngap…
Selepas kerja tadi, aku pergi berjumpa dengan kawan lama yang baru aku kenal.. hehehhe… aku kenal kat abang ni masa aku kerja kat Mines dulu (2 bulan setengah lepas, seminggu aku kerja, aku blah). Dia beria-ia ajak aku p minum, kebetulan dia berada di sekitar Bukit Bintang. Oh okayla, lepas kerja aku g jumpa dia.
Mas dah cantik dari dulu – padahal 2 setengah bulan yang lepas.
Kalau mas kecikkan lagi badan, fuh, mesti ramai peminat… abang pun sanggup nak kerja lebih untuk dapatkan mas – uhuks…terbatuk kejap aku.
Tersedak oleh limau ais yang dibelanjanya itu. Ahhahaha… gilaks.. aku pun tak taula, maybe aku ni buta dalam menilai pujian. Tapi aku cukup matured dalam menilai kejian. Hahaha.. taka pa, ambil yang baik-baik saja. Dah dia kata macam tu, boleh aku perashantan sendiri.
Ah! Malas aku nak cakap lebih-lebih dengan pertemuan lewat petang itu. Abang tu janda sebenarnya, tapi aku rasa dia ni baik (bukan sebab pujianks dia tu). Cuma dia terlalu banyak bercakap. Aku ni pun kekadang ikut mood dan ikut chemistry kot. Dia dah tunggu aku, sambil melilau kat Sungei Wang hampir 3 jam (termasuk sesi berkaraoke katanya) untuk berjumpa dengan aku. Aku pula, kalau boleh mahu berjumpa dengannya sekejap saja. Kikikikik, cukupla pertemuan selama setengah jam. Aku pun nak rush balik sebab aku mengantuk. Lagipun, memang tak ada chemistry nak berbual lebih dengan dia.
Kami berpisah di bawah stesen Monorail Bukit Bintang. Entah, ada pulak segerombolan manusia di situ sedang melihat satu persembahan. Macam pertunjukan silap mata, tapi sumanya omputih. Ntah apa-apa, sebab aku tak sempat nak tengok. Aku malas nak lama-lama kat situ kang panjang pula cerita aku dengan abang janda tu. Just aku snap gambar dari atas stesen monorail.
Masa aku turun dari monorel Hang Tuah, aku ada lihat sorang kakak cacat penglihatan ni sedang menuruni tangga yang tinggi tu. Herm… laju je dia turun tangga, tapi aku still bimbang juga, kang terperosok pula dia ke bawah. Masih ramai rakyat Malaysia yang baik hati sebenarnya. Perjalanannya turut diperhatikan oleh orang lain.
Er.. tren seterusnya ke Sri Petaling, tren Ampang dah lepas.
Oh ye ke? Okay-okay, thanks ya. I dah suruh abang kat sana tu take care of her.
Oh! Ya, kesian dia, takpe, anybody would take care of her. I akan tengok-tengokkan dia.
Eh! u baiklah cik.
Pujian lagi. Ah! Positif sajalah kan, tapi memang aku dah berbuat baik tadi kan. Tapi aku bukan manusia yang berhati baik. Tiba-tiba tren berhenti kat stesen Chan Sow Lin, ntah, kerosakan teknikal kot. Rata-rata pengguna tren LRT ni memang dari opis hour kot. Hampir semuanya berpakaian ofis suite. Terpaksala aku dan ratusan manusia yang lain kluar dari trend dan menunggu tren seterusnya.
Tak pernah-pernah aku nampak status macam ni.Taufik.. taufik.. sila datang ke pejabat. Minta maaf kepada para penumpang. Sila tunggu tren yang seterusnya kerana tren ini rosak.
Rasa lawak perut aku bila dengar pompuan (ke udara) tub g pengumuman. Maybe dia tak bersedia kot. Hahahaha…. Aku suka dengar announcement kalau kat KL Sentral, announcer dia lelaki tapi suara cm hadek hadek. Ayat dia sungguh teratur dan selesa didengar. Aku tunggu tren tak lama, dan semasa menunggu tren komuter kat Bandar Tasik Selatan, aku sempat men-ngapkan seketul ayam kepsi. Lapar wooo! Tren komuter ke Serdang pun tak sesak sangat.
Kengkadang aku rasa bosan juga, terpikir sampai bila aku nak idup macam ni. Keluar rumah masih gelap, balik rumah pun dah gelap. Teringat pada teman yang sudah pergi…
Dan semalam, aku bermimpi dengan kawan-kawan sekolah rendah aku dulu. Melinda, Genevieve, Clare, Stacey… mana kalian ya? Aku tau, kawan-kawan sekolah rendah dulu, bukan calang-calang orang. Aku dengar-dengar Melinda dan Genevieve sudah bergelar doktor lulusan oversea. Aku juga masih terperangkap di Kuala Lumpur. Oh! Oversea apa ? hahahaha…
Nak bersiap pergi kerja.
1 comment:
mana mungkin ada selasa yang biasa biasa....
hari hari yang berlalu itu adalah hari hari yang luar biasa...
(ini pakar motivasi yang kata)
=)
Post a Comment