Monday, February 25, 2008

Mari Bercherita....

Tentang seorang lelaki.

Dia datang ke dalam hidupku. Mewarnai saban malam bersama kata-kata manisnya. Aku mengenalinya, tetapi tidak begitu rapat. Dia tahu tentang kisahku yang ditinggalkan oleh seseorang itu. Lantas dia cuba mendekatiku, mulanya aku menjauhi. Tatkala pada suatu malam, kami bertemu. Dia bertanyakan tentang hatiku, aku hanya diam. Di situ bermula cerita antara aku dan dia. Sungguh sarkastik.

Hairan, kenapa hati tidak atau belum terpaut kepadanya. Erm.. biarpun dia melayaniku ..ahaks.. istimewa la kot. Mungkin hati degil perempuanku masih bersarang kebimbangan. Aku cuba menerima keadaan, ntah… tegar..


Suatu hari, aku meninjau friendster miliknya. Ada seorang perempuan berstatus istimewa di situ. Aku dah Tanya pasal si lelaki itu, katanya…oh! Aku faham. Nasib baik aku dah sedia maklum tentang sikapnya sebelum ini. Kan, aku dan dia dimulakan dengan teman biasa.


Aku member msg kepada perempuan itu. Bermula kisah sarkastik dalam hidupku. Lantakla, aku rasa aku ditipu. Sedih rasanya bila, keadaan ini berlaku. Owh! Nasib baik aku belum tersasar.

Tentang seorang Perempuan.


Ya. Hati perempuan memang senang diduga, apatah lagi dia pernah mengalami kecewa cinta yang sarkastik. Aku pun begitu juga, cuma aku mendapati si dia menghadapi keadaan yang sama sepertiku. Hubungan yang penuh bunga-bunga indah, tapi sebenarnya tak lebih dari pemandangan sebuah wallpaper monitor cpu yang sudah rosak.


Mungkin aku batu apikan hubungan dia dan lelaki itu. Tapi kenapa aku perlu rasa bersalah? Sedangkan lelaki itu yang datang dalam hidupku. Lelaki itu harus bertanggungjawab dengan perilakunya yang biadap itu. Hehehe..marah ke aku? Tidak…. Atau kecewakah aku? Tidak…Ptuiiii..

Tentang Aku.

Aku dah cakap dengan dia. Aku sanggup lagi dia curang ng perempuan lain berbanding dengan punca yang lain. Herm… tapi cara dia tak ikhlas dan penipu….muahahaha… break kat aku kata, TAK-ADA-MASA-TAK-BOLEH-JAGA-HATI-AKU… kesialan lar. Aku tanya kat perempuan tu, ko masih berhubung dengan dia. Ko pikir aku ni perempuan bodoh macam ko pikir ke? Lantak.. nasib baik aku tak menaruh apa-apa harapan kat ko. Nasib baikla aku cukup berhati-hati.

Tentang Hati Aku.


Ah! Padan muka. Suka suki je terima macam tu.

Takpela, setiap perbuatan ada sebabnya, dan aku pasti aku ikhlas dengannya. Tapi kenapa dia tak terima aku seadanya?

Lainkali pikir dulu, baru tak menyesal.

Masa tu aku nak lupakan seseorang….

Jangan tamak la

Aku tak tamakla, aku fikir keadaan akan menjadi lebih baik. Tapi keadaan sebaliknya. Cuma aku tak gelabah la.

Ya la tu.

Betulla, Cuma aku tak sangka dia akan tipu aku terang-terang..

Tentang Kami:

1) Setiap orang berhak nak memilih sesiapapun, untuk kepentingan diri sendiri

2) Tapi jangan jadikan hati orang lain sebagai eksperimen perasaan

3) Jangan terus berpaut pada kenangan lama, nanti hati derita

4) Hati perempuan bukan untuk dirobek, tetapi hati lelaki juga susah ditafsir

5) Erm…..

Pendek kata, aku bengang …. Berlagak macam bagus je..aku hargai apa ko nasihat kat aku. Tapi jangan suka jual kata-kata, kalau ko berterusan cam ni, sampai bila-bila ko takan bahagia.

1 comment:

Miko Yamaguchi said...

curang dia sama kau?putung jak anunya...