Friday, February 22, 2008

Hai Kuala Lumpur.

Ini gerai Cik Deen Tomyam. Dia sudah lama berkempen untuk BN !


Aku di stesen Monorel Bukit Bintang.


Bukit Bintang territory.


Padang ragut rumput yang tak ber'lembu.



sayu Si Penjara Pudu



Hai Kuala Lumpur,
Semalam kau dah hujan, tp sekejap sj,
Tak sempat aku nak merasai ‘nikmatnya’ hujan kau
Dah 3 minggu tak hujan
Kepala otak aku pun naik panas, bengap dan tak betul
Tapi aku tak pernah bosan
Menunggu hujan..yang menyejukkan hatiku
Hujan pun malu-malu
Kenapa dah lama tak menyirami Kuala Lumpur
Padahal di kampung ku sana
Kau sedang berpesta ria menyuburi bumi
Dan aku di sini terlingkung oleh haba-haba yang menyesakkan

Hai Kuala Lumpur
Tidak lama lagi kita akan berpisah jasad
Kau di sini, aku di seberang
Banyak kisah kita ter-cerita di sini
Tentang rasa
Tentang perasaan
Tentang sedih
Tentang gembira
Tentang benci
Tentang cita-cita
Tentang pegangan
Tentang sebentar petang tadi aku diraba – hehehe

Kuala Lumpur
Aku pasti merindumu
Bila aku kembali ke asalku
Biarlah cintaku berkubur di sini
Segala rasa-rasa terpendam ku tinggalkan di sini
Suatu cerita klasik untuk masa depan…



2 comments:

Miko Yamaguchi said...

ui...diraba?ngaummmmmmmm!!!!!!!

mylittleparade said...

hehehe..diraba punggong, sial ja aku rasa.