Monday, February 25, 2008

Enchik Kemat yang buat aku bengang.




Ini Enchik Kemat sedang bergambar bersama lelaki yang saya amat suka siang malam. hahaha

Enchik Kemat kata dia sengaja mahu membuat hati saya sakit, kerana dia tau saya amat meminati si Keding ini.

Wahai Enchik Kemat, kau tak paham hati perempuan ku ni...hahahaha... ko kena jadi perempuan baru ko paham... hahahah...

Wahai Fiq, aku minat kat kau. Setiap hari aku dengar lagu ko, tp orang kata ko dah sombong. Apasal ko sombong, tak baik ko sombong, sebab kalau ko sombong, nanti ko jadi si Tombong...hahahaha...

Mari Bercherita....

Tentang seorang lelaki.

Dia datang ke dalam hidupku. Mewarnai saban malam bersama kata-kata manisnya. Aku mengenalinya, tetapi tidak begitu rapat. Dia tahu tentang kisahku yang ditinggalkan oleh seseorang itu. Lantas dia cuba mendekatiku, mulanya aku menjauhi. Tatkala pada suatu malam, kami bertemu. Dia bertanyakan tentang hatiku, aku hanya diam. Di situ bermula cerita antara aku dan dia. Sungguh sarkastik.

Hairan, kenapa hati tidak atau belum terpaut kepadanya. Erm.. biarpun dia melayaniku ..ahaks.. istimewa la kot. Mungkin hati degil perempuanku masih bersarang kebimbangan. Aku cuba menerima keadaan, ntah… tegar..


Suatu hari, aku meninjau friendster miliknya. Ada seorang perempuan berstatus istimewa di situ. Aku dah Tanya pasal si lelaki itu, katanya…oh! Aku faham. Nasib baik aku dah sedia maklum tentang sikapnya sebelum ini. Kan, aku dan dia dimulakan dengan teman biasa.


Aku member msg kepada perempuan itu. Bermula kisah sarkastik dalam hidupku. Lantakla, aku rasa aku ditipu. Sedih rasanya bila, keadaan ini berlaku. Owh! Nasib baik aku belum tersasar.

Tentang seorang Perempuan.


Ya. Hati perempuan memang senang diduga, apatah lagi dia pernah mengalami kecewa cinta yang sarkastik. Aku pun begitu juga, cuma aku mendapati si dia menghadapi keadaan yang sama sepertiku. Hubungan yang penuh bunga-bunga indah, tapi sebenarnya tak lebih dari pemandangan sebuah wallpaper monitor cpu yang sudah rosak.


Mungkin aku batu apikan hubungan dia dan lelaki itu. Tapi kenapa aku perlu rasa bersalah? Sedangkan lelaki itu yang datang dalam hidupku. Lelaki itu harus bertanggungjawab dengan perilakunya yang biadap itu. Hehehe..marah ke aku? Tidak…. Atau kecewakah aku? Tidak…Ptuiiii..

Tentang Aku.

Aku dah cakap dengan dia. Aku sanggup lagi dia curang ng perempuan lain berbanding dengan punca yang lain. Herm… tapi cara dia tak ikhlas dan penipu….muahahaha… break kat aku kata, TAK-ADA-MASA-TAK-BOLEH-JAGA-HATI-AKU… kesialan lar. Aku tanya kat perempuan tu, ko masih berhubung dengan dia. Ko pikir aku ni perempuan bodoh macam ko pikir ke? Lantak.. nasib baik aku tak menaruh apa-apa harapan kat ko. Nasib baikla aku cukup berhati-hati.

Tentang Hati Aku.


Ah! Padan muka. Suka suki je terima macam tu.

Takpela, setiap perbuatan ada sebabnya, dan aku pasti aku ikhlas dengannya. Tapi kenapa dia tak terima aku seadanya?

Lainkali pikir dulu, baru tak menyesal.

Masa tu aku nak lupakan seseorang….

Jangan tamak la

Aku tak tamakla, aku fikir keadaan akan menjadi lebih baik. Tapi keadaan sebaliknya. Cuma aku tak gelabah la.

Ya la tu.

Betulla, Cuma aku tak sangka dia akan tipu aku terang-terang..

Tentang Kami:

1) Setiap orang berhak nak memilih sesiapapun, untuk kepentingan diri sendiri

2) Tapi jangan jadikan hati orang lain sebagai eksperimen perasaan

3) Jangan terus berpaut pada kenangan lama, nanti hati derita

4) Hati perempuan bukan untuk dirobek, tetapi hati lelaki juga susah ditafsir

5) Erm…..

Pendek kata, aku bengang …. Berlagak macam bagus je..aku hargai apa ko nasihat kat aku. Tapi jangan suka jual kata-kata, kalau ko berterusan cam ni, sampai bila-bila ko takan bahagia.

Friday, February 22, 2008

Hai Kuala Lumpur.

Ini gerai Cik Deen Tomyam. Dia sudah lama berkempen untuk BN !


Aku di stesen Monorel Bukit Bintang.


Bukit Bintang territory.


Padang ragut rumput yang tak ber'lembu.



sayu Si Penjara Pudu



Hai Kuala Lumpur,
Semalam kau dah hujan, tp sekejap sj,
Tak sempat aku nak merasai ‘nikmatnya’ hujan kau
Dah 3 minggu tak hujan
Kepala otak aku pun naik panas, bengap dan tak betul
Tapi aku tak pernah bosan
Menunggu hujan..yang menyejukkan hatiku
Hujan pun malu-malu
Kenapa dah lama tak menyirami Kuala Lumpur
Padahal di kampung ku sana
Kau sedang berpesta ria menyuburi bumi
Dan aku di sini terlingkung oleh haba-haba yang menyesakkan

Hai Kuala Lumpur
Tidak lama lagi kita akan berpisah jasad
Kau di sini, aku di seberang
Banyak kisah kita ter-cerita di sini
Tentang rasa
Tentang perasaan
Tentang sedih
Tentang gembira
Tentang benci
Tentang cita-cita
Tentang pegangan
Tentang sebentar petang tadi aku diraba – hehehe

Kuala Lumpur
Aku pasti merindumu
Bila aku kembali ke asalku
Biarlah cintaku berkubur di sini
Segala rasa-rasa terpendam ku tinggalkan di sini
Suatu cerita klasik untuk masa depan…



Wednesday, February 13, 2008

Selasa yang biasa-biasa saja.

Semalam janji Allah sudah sampai kepada dirinya. Dia hanya mampu redha dengan ketentuan dari Allah dan hanya pergi dengan tenang. Keadaan tidak terduga sama sekali, masih teringat gelak tawa para saudaranya di depan matanya. Dan beberapa saat kemudian, dia sudah dijemput pulang ke pangkuan PenciptaNya. Sedangkan baru sebentar tadi, dia meminta untuk dibawa berjalan-jalan melihat alam dan kemudian menonton rancangan tv bersama para saudaranya. Maha Suci Allah, tiada siapa melihat saat kepergiaannya kerana begitu aman, tenang dan tiada sedikitpun hembusan nafas akhir kedengaran dari dirinya.

Anakku, kau sudah pergi. Tinggal ibu di sini….

Ayah akan merindui setiap detik..

Nenek, adik beradik…semua tidak menyangka…sedangkan tadi kau…

Yang tadi itu rupanya kali terakhir kamu bersama keluargamu…

Dan aku, aku hanya membaca bait YM dari sahabatmu mengatakan tentang dirimu itu. Aku kenal dirimu walau tidak pernah berbual kata. Biarpun begitu, aku turut bersedih di atas pemergianmu. Terbit tangis memenuhi emosi keperempuananku. Hairan bukan?

Al-Fatihah…

Dia sudah pergi. Hanya aku kenal dari kejauhan / gitu-gitu saja/ tak pernah berbual… sebab aku dan dia satu kampus pengajian masa zaman dahulu kala. Sedang aku chit chat ng http://kematz.blogspot.com , kemat bagitau aku, Firdaus Samsuddin baru meninggal dunia sebentar tadi (malam semalam). Dia mengalami penyakit kanser usus. Aku hanya diam dan hari ini jenazah selamat disemadikan pada pukul 10.30 pagi tadi.

Hidup. Terlalu banyak benda yang belum aku lakukan lagi. Entahlah, kadang-kadang aku dah kira-kira tentang hidup aku ni. Aku perlukan 150 tahun lagi untuk mencapai cita-cita aku (tanpa sebarang penuaan…hahhaha). Ibubapa aku akan pergi, kalau boleh aku mahu mereka hidup 150 tahun lagi (tanpa sebarang kesan penuaan). Masa tu, mesti Bandar Sandakan aku yang kecil tu sudah mencapai tahap kepopularitiannya seperti Bandar-bandar kecil yang popular yang lain. Kawasan rumah aku di tambak lagi ..mungkin sehingga ke kawasan kepulauan Berhala. Eh tak mungkin, sebab kawasan tu cantik, kan aku ni pencinta alam sekitar. Okay, tak payah tambak apa apa-apa pun, kita bangunkan kawasan tapak tanah yang masih beratus-ratus ekar yang masih belum digunakan. Tapi dengan syarat, jangan biarkan orang-orang utan berasa terpinggir di Sepilok tu lalu mati sendirian kerana kesan pembangunan. Hehehe!

Rasa lenguh badan, aku kembali bekerja setelah beberapa ari cuti sempena cuti Tahun Baru Cina. Oh! Meriahnya di Bukit Bintang… tanglung-tanglung masih memenuhi jalan-jalan utama di sini. Dan tidak ketinggalan singa-singa palsu masih menari-nari di sekitar kawasan itu.

Hari ini, Bas RapidKL tidak penuh. Tidak ada kesesakan di dalamnya. Dan, serasa aku masih banyak kompeni-kompeni yang belum beroperasi. Baguslah, perjalanan ke tempat kerja aku memang aman. Awal pagi lagi, sekotak KFC tersedia di atas meja kerjaku. Oh! Boss belanja, kata salah sorang manager kat situ.

Stereotype. Better dia bagi angpau ke, boleh aku top up kredit pas perjalanan TOUCH and GO aku. Isk! Syukurla tu, sampai rumah baru aku ngap…

Selepas kerja tadi, aku pergi berjumpa dengan kawan lama yang baru aku kenal.. hehehhe… aku kenal kat abang ni masa aku kerja kat Mines dulu (2 bulan setengah lepas, seminggu aku kerja, aku blah). Dia beria-ia ajak aku p minum, kebetulan dia berada di sekitar Bukit Bintang. Oh okayla, lepas kerja aku g jumpa dia.

Mas dah cantik dari dulu – padahal 2 setengah bulan yang lepas.

Kalau mas kecikkan lagi badan, fuh, mesti ramai peminat… abang pun sanggup nak kerja lebih untuk dapatkan mas – uhuks…terbatuk kejap aku.

Tersedak oleh limau ais yang dibelanjanya itu. Ahhahaha… gilaks.. aku pun tak taula, maybe aku ni buta dalam menilai pujian. Tapi aku cukup matured dalam menilai kejian. Hahaha.. taka pa, ambil yang baik-baik saja. Dah dia kata macam tu, boleh aku perashantan sendiri.

Ah! Malas aku nak cakap lebih-lebih dengan pertemuan lewat petang itu. Abang tu janda sebenarnya, tapi aku rasa dia ni baik (bukan sebab pujianks dia tu). Cuma dia terlalu banyak bercakap. Aku ni pun kekadang ikut mood dan ikut chemistry kot. Dia dah tunggu aku, sambil melilau kat Sungei Wang hampir 3 jam (termasuk sesi berkaraoke katanya) untuk berjumpa dengan aku. Aku pula, kalau boleh mahu berjumpa dengannya sekejap saja. Kikikikik, cukupla pertemuan selama setengah jam. Aku pun nak rush balik sebab aku mengantuk. Lagipun, memang tak ada chemistry nak berbual lebih dengan dia.

Kami berpisah di bawah stesen Monorail Bukit Bintang. Entah, ada pulak segerombolan manusia di situ sedang melihat satu persembahan. Macam pertunjukan silap mata, tapi sumanya omputih. Ntah apa-apa, sebab aku tak sempat nak tengok. Aku malas nak lama-lama kat situ kang panjang pula cerita aku dengan abang janda tu. Just aku snap gambar dari atas stesen monorail.


Masa aku turun dari monorel Hang Tuah, aku ada lihat sorang kakak cacat penglihatan ni sedang menuruni tangga yang tinggi tu. Herm… laju je dia turun tangga, tapi aku still bimbang juga, kang terperosok pula dia ke bawah. Masih ramai rakyat Malaysia yang baik hati sebenarnya. Perjalanannya turut diperhatikan oleh orang lain.

Er.. tren seterusnya ke Sri Petaling, tren Ampang dah lepas.

Oh ye ke? Okay-okay, thanks ya. I dah suruh abang kat sana tu take care of her.

Oh! Ya, kesian dia, takpe, anybody would take care of her. I akan tengok-tengokkan dia.

Eh! u baiklah cik.

Pujian lagi. Ah! Positif sajalah kan, tapi memang aku dah berbuat baik tadi kan. Tapi aku bukan manusia yang berhati baik. Tiba-tiba tren berhenti kat stesen Chan Sow Lin, ntah, kerosakan teknikal kot. Rata-rata pengguna tren LRT ni memang dari opis hour kot. Hampir semuanya berpakaian ofis suite. Terpaksala aku dan ratusan manusia yang lain kluar dari trend dan menunggu tren seterusnya.

Tak pernah-pernah aku nampak status macam ni.



Taufik.. taufik.. sila datang ke pejabat. Minta maaf kepada para penumpang. Sila tunggu tren yang seterusnya kerana tren ini rosak.

Rasa lawak perut aku bila dengar pompuan (ke udara) tub g pengumuman. Maybe dia tak bersedia kot. Hahahaha…. Aku suka dengar announcement kalau kat KL Sentral, announcer dia lelaki tapi suara cm hadek hadek. Ayat dia sungguh teratur dan selesa didengar. Aku tunggu tren tak lama, dan semasa menunggu tren komuter kat Bandar Tasik Selatan, aku sempat men-ngapkan seketul ayam kepsi. Lapar wooo! Tren komuter ke Serdang pun tak sesak sangat.

Kengkadang aku rasa bosan juga, terpikir sampai bila aku nak idup macam ni. Keluar rumah masih gelap, balik rumah pun dah gelap. Teringat pada teman yang sudah pergi…

Dan semalam, aku bermimpi dengan kawan-kawan sekolah rendah aku dulu. Melinda, Genevieve, Clare, Stacey… mana kalian ya? Aku tau, kawan-kawan sekolah rendah dulu, bukan calang-calang orang. Aku dengar-dengar Melinda dan Genevieve sudah bergelar doktor lulusan oversea. Aku juga masih terperangkap di Kuala Lumpur. Oh! Oversea apa ? hahahaha…

Nak bersiap pergi kerja.

Monday, February 11, 2008

Out Of Service...

Betul ke ni?

Betulla, jap lagi kita dah nak berlepas.

Huuhhu..mesti bestkan, tapi aku tak beli lagi bekalan makanan masa kita di angkasa nanti.

Hah! Nanti masa kapal NASA kita ni lalu kat town, ko boleh singgah sekejap turun untuk beli makanan.

Weh Kemat! Aku dapat offer g angkasa ni,

Ele, setakat jadi cosmonaut apa nak hairan…

Ele, okla tu, ko tgk kapal yang aku nak naik tu. N.A.S.A ok! Kira aku dan 2 orang kawan aku merupakan perempuan Malaysia pertama naik ke angkasa lepas ok.

Aku singgah ke pasar minggu, di hujung sana, kapal NASA yang aku dan kawan2 bakal naiki sedang menanti kami.

Tiba-tiba, aku terasa muka aku panas….

Shit! Mimpi rupanya. Hahaha.. sempat pula aku termimpikan kawan aku http://kematz.blogspot.com . sori la kemat, dalam mimpi aku tu ko tunjuk muka jeles kat aku, sebab aku dapat offer g angkasa lepas. Aku tersedar bila cahaya matahari sudah menerobos masuk ke bilik aku… aku berfikir sejenak. Aku bukanlah arif pasal mimpi tapi aku suka mempelajari tentang mimpi. Bukankah salah satu cabang ilmu boleh kita dapat dari mimpi? Hermm…orang kata hanya orang alim saja yang boleh mentafsir mimpi ni. Er… Allah Maha Adil, Kun Faya Kun…

Angkasa Lepas; bersifat sesuatu tempat yang tinggi, maybe cita-cita aku kot. Tapi tak sempat aku nak fly, aku dah terbangun. Em…. Apakah?


Ow. Lupakan tentang mimpi, mari bercerita tentang realiti hidup. Hari ni hari Ahad. Terasa lama pula aku cuti. Aku dah bangun awal hari ni, ekceli hari-hari pun aku bangun awal. Tak kirala hari cuti ke apa. Tetap bangun awal… aku pun sidai baju kat ampaian dan bersihkan depan rumah aku tu. Bengang sungguh bila pikir bab rumah. Babi! Babi! Babi!


Semalam aku chat dengan kawan cyber aku dari Philipina..

masze san : you r not in holiday?
*******: no....its not holiday here in phil....
*******: why its chinese new year?
masze san : for the chinese new year?
masze san : ya
masze san : we re on holiday until monday
*******: we'll celebrate it just for a day....
*******: yesterday.....
masze san: well i guess the chinese people just minority one in your country?
*******: yup...dats right....but like malaysia they wer the richy ones....
masze san : yeah
masze san :most
masze san : but nowadays the malay got too
masze san : malay richyo one
masze san : richy*
*******: hahahaha
masze san : bored for this long holiday
*******: i dont really think so....but the real thing is malay dont want to be dominated by other race..,,dats why few things aren't working for these people....
masze san : all people did dat
masze san: japan too
******* :like housing for passports....buy expensive stuff....strictly prohibited special not malay people.......but here in our country we treat everyone the same way
masze san : just keep our priority
masze san: little country should do dat
masze san : a lot of oppurtinity in here, but we shall keep it for citizenship first
masze san: if u treat people as u said, then its hard to find job for yourself
masze san : as u desired
masze san : but in here, all races for the citizenship - fair enuf
*******: i dont think so....
*******: hehehehehe
masze san: so?
*******: you can say because you never experience not seing stuff like wat i've mentioned...
masze san : kind of?
*******: hehehe
*******: never mind...
*******: heheh
masze san: just talk
masze san: previously we also facing the same one
masze san: but nowadays, it cud be fair
masze san: chinese company is only for the chinese
*******: try to imagine if there will be no sultan anymore...or wat u call that head of the country?...no more prime minister,.....but a president...vice, senators...led by christians and chinese.....
masze san: no way
*******: that's wat im talking about.....
masze san : msia is origin by muslim leads
masze san: but we fair enuf
masze san: no racist
******: hehheehhhe
masze sa: but lil ones
masze san: ada la
*******: but not enough....
*******: hehehehe
*******: so dats why......
masze san: u know maphilindo?
******: *laughing*
*******: never heard of 'em
masze san: u never learn history about dat?
masze san: wow dats our region important sory
*******: maybe in my childhood....
*******: heheheheh
masze san: history?
masze san : well, dats the main subject when i was in secondary school
masze san : indonesian wants to combine ; msia, phils; and indo
masze san : when msia dont want to folo it, they attacked msia
masze san : u shud now about our history then u can make yourself facts
*******: hehehe
*******: never heard of it....
*******: i was only in sekolah darja.....then i transfer here


Ohoks! Bahasa English aku tak best, tapi taka pa.. aku akan berusaha nak improve. Em..dia salahkan kerajaan Malaysia sebab bersikap tak adil dengan orang luar. Helo! Negara aku yang kecil ni juga ko nak pergi.. apasal ko tak pergi Jepun ke, US ke… tapi kalau ko Jepun, taraf hidup tinggi.. kalau ko p US, sana lagi konsep demokrasi yang sangat MERABAN. Apasal ko nak pileh negara aku ni? Sebab…

Negara aku dekat dengan kau.. now everyone can fly

Ko tak mampu nak g tempat lain kan

Sbb ko pikir senang nak ulang alik ke negara ko kan??

Herm… tapi ko tetap kutuk sistem negara aku. Cuba ko tengok sikit, di rantau Asia Tenggara ni, ko tengok negara mana yang stabil… Malaysia kan?? Even 2, 3 menjak ni ada kacau kat negara aku, tp tak ada la sampai pertumpahan darah.. ko nak negara aku terbuka cam negara ko? No way… we have our own rules… ko kata orang melayu kat negara aku tak mau dijajah, tak mau didominasi oleh orang lain?? Betul! Sebab untuk menjaga kepentingan negara kami sendiri, orang melayu tidak bertindak sendiri tetap juga disokong oleh kaum yang lain.. demi negara, demi Malaysia.

Jangan nak mengungkit negara aku tak bebas, kalau ko tak tahu sejarah rantau Asia Tenggara. Takanla kat negara korang tak diajar sejarah rantau kita ni? Opsss… I don’t expected yours same like me here. Tapi bila ko dah ckp negara ko terbuka untuk orang luar, aku tak boleh ckp apa daaa….. kesannya ko pun nak dtg negara aku .. nak cari yang lebih bagus kan….ahhahaha…malas nak cakap..

At least, aku merempat di negara aku sendiri…..



Sunday, February 10, 2008

Hari Jadi Kalian.



Hari ni hari mak dan kakak nombor 2 aku.

Kata mak, aku saja anak dia yang belum wish.

‘Teda kredit ni mak, aku send wish sama si along jak’.

Tapi gambar kakak aku tak ada pula.

Apapun, aku doakan, semoga kalian berdoa sentiasa dilindungi oleh Allah swt.

Semoga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan telus dariNya.

Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Kepada Mak, kemudahan teknologi memudahkan segalanya, tapi aku masih belum wish melalui telepon.

Heheheh…sayang u olls.