Sebentar lagi ulangtahun usiamu; bertambah setahun,
Entah siapa dirimu,
Aku pinta beberapa perkataan melambangkan ‘kamu’.
Kau memintaku menulis puisi buat kamu.
Kamu tahu apa yang paling susah tentang menulis puisi?
Aku pilih; hal-hal mengadun rasa.
Aneh ya, menulis tribut harijadi seseorang yang dikenali
lewat laman Twitter,
Ini kali pertama bagi aku.
Begini;
Usiamu bertambah, itu biasa
Cuma aku ingin nasihat, bersabar saja apa pun mendatang;
lagi-lagi usia mu yang masih muda.
Rebel, agresif, pasif, melawan saja tahunya, mungkin juga
seorang yang manis,
Kata Bapa Rhoma;
Masa muda ialah masa yang berapi-api, yang tahunya mahu menang sendiri. Walau salah tak peduli.
Aku juga pernah muda seperti kamu, banyak hal-hal aneh yang
aku lalui,
Pertama; jangan sangat melayan rasa, seperti aku yang pernah
bertahun-tahun membuang rasa, padahal aku boleh saja menjadi manusia super pada
zaman itu; Super itu, aku saja yang tahu
Kedua; Terus bermimpi. Tapi jangan tidak bangun dari
bermimpi. Makin banyak mimpi, makin banyak usaha perlu dilakukan
Ketiga; Hatimu bakal diusik oleh kata-kata yang tidak
menyokongmu, agak selalu, tapi nasihatku SELALU TEGUH, JANGAN MELAWAN, TAPI
HARUS PANDAI MEMILIH KEADAAN
Keempat; Kalau mahu melawan, pastikan penuh ilmu. Tiada
ilmu, carilah ilmu. Melawan dengan berani, bukan pengecut di belakang-belakang
manusia lain.
Kelima; 21 ialah kunci kebebasan, itu kata Barat. Bagi aku,
tiada kebebasan mutlak di dunia ini. Pastikan kau letakkan Tuhan di atas
segala-galanya.
Hal terakhir; ialah hubungan mu bersama teman-teman. Musuh
itu tetap ada, tetapi jangan mencari masalah. Lari dari masalah ialah salah
satu jalannya, mungkin jalan yang sopak, sesekali boleh diguna. Kau tidak sesekali
dilahirkan untuk memuaskan hati teman-teman yang jalang jalannya.
Nah, puisi ini panjang. Tolak mana yang tidak patut berada di mata
hatimu.
Satu hal yang indah, yang pasti, aku doa moga Allah selalu
menuntun hatimu ke jalan yang benar.
Salam ulangtahun. Manis selalu.
Untai salam buat ibumu.
No comments:
Post a Comment