Mungkin gambar-gambar di bawah ialah gambar penutup bagi tahun Masihi 2011. Tiada apa yang menarik seperti selalu selain dari gambar tanpa eye focusing dan hitam dan putih versi saya. Mungkin di mata orang lain, gambar-gambar ini boleh dilabelkan sebagai gambar rosak. Pada mata saya, saya sukakannya. Saya harap ada juga yang menyukainya. Ahaks.
Tahun 2011 tahun yang lain benar maknanya kepada saya. Saya tidak bermajikan untuk tahun ini dan hanya bekerja sebagai freelance. Kalau saya rajin, lebihlah saya dapat. Tapi saya amat bersyukur tahun 2011 ialah antara tahun-tahun kecemerlangan mengikut piawaian diri saya. Tahun yang banyak berjalan di dalam negeri sendiri. Alhamdulillah atas semua rezeki yang Allah dah bagi untuk saya. Terima kasih kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat yang sentiasa menyokong saya, walaupun tahun ini begitu 'mendung' warnanya. Tiada kaitan dengan warna gambar di bawah, ya?
Tahun ini saya banyak dikurniakan perkara kecil yang memberi impak besar kepada saya. Samada perkara kebaikan dan keburukan, saya sudah sedikit pandai menyesuaikan diri untuk bersikap fleksibel dalam apa keadaan sekalipun. Gamble untuk tahun ini ialah belajar selok belok dunia perniagaan dan mempraktikkannya. Tiadalah sebesar mana, tetapi perumpamaannya adalah seperti menanam sayuran. Sikit yang saya tanam, sikitlah yang saya dapat. Tapi kalau banyak yang saya tanam, berganda-ganda hasilnya. Tahun ini juga tahun penambahan aura positif di dalam diri saya. Saya banyak meninggalkan perkara yang kurang penting dan mengalihkan kepada perkara yang memerlukan perhatian. Setakat ini, 363 hari, saya semakin adapt terhadap azam itu. InsyaAllah, untuk hari-hari esok saya mahu mengalihkan lagi banyak perkara kebaikan di dalam diri saya.
Sebenarnya hari-hari saya menanam azam baru dan mengambil sedikit masa yang sesuai untuk melaksanakannya. Ada juga saya beroleh kegagalan. Mula-mula memang frustasi, tapi saya tidak membuang masa untuk terus maju. Bak kata orang putih, kalau Plan A dan Plan B tidak berjaya, kita ada 24 huruf/plan yang lain bakal dibuat. Saya sudah kurang mendengar kata mereka yang selalu banyak provokasi di dalam diri mereka. HIdup ini memang berisiko, Allah dah bagi macam-macam nikmat. Hanya kita yang selalu lupa pada Allah. Ya, saya cuainya terlalu banyak tapi teruskan berdoa untuk saya.
Keinginan manusia ni terlalu banyak. Tidak material tapi mungkin rohani. Semua orang tetap ada di dalam hati ingin menjadi umat yang menurut perintah Allah. Saya sedang ke arah itu. Kata orang, Allah sentiasa akan menghantar seseorang kepada kita sekiranya kita ingin berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah, ketika di dalam perjalanan saya selalu berjumpa dengan orang yang baik-baik. Ada di antaranya saya tidak tahu namanya, tapi wajah dan kebaikannya saya simpan dalam hati. Moga ada pertemuan kali kedua supaya silaturahim ke arah kebaikan dapat beterusan. Kalau pun tiada, semoga orang-orang baik hati sentiasa di dalam lindungan nikmatNya.
Hari-hari kita mendengar provokasi di dalam struktur pemerintahan negara kita. Saya sejak dulu bersikap nuetral dan berpendapat setiap insan mempunyai daya fikir yang tersendiri. Banyak ilmu yang kita dapat, lebih banyak perkara kritis yang kita dapat. Sikit yang kita dapat, janganlah pula bising sekampung. Semoga isu konflik di negara ini dapat diselesaikan dengan aman.
Hal perkahwinan? Oh mungkin lambat lagi. Saya pun dah berumur 31 tahun baru-baru ini. Dulu-dulu mungkinlah bimbang akan berkahwin lambat. Memang payah menjadi perempuan, lagi-lagi bila hidup dalam masyarakat jumud. Kawin awal di kata orang, kawin lambat dikata orang, lambat atau cepat dapat anak dikata orang, bercerai berai dikata orang..pendek kata sampai dalam kubur pun tetap dikata orang. Benda dah lali, so agak-agak pandailah menjawab kalau ada insan-insan kurang cerdik bertanya 'kau taknak kawin ke?'.
Hal cita-cita? Setakat ini saya dah semakin jelas apa yang saya kehendaki dalam hidup ni. Masih stick dengan keinginan-keinginan sebelum ini, cuma ada waktunya ianya menjadi seperti yang tidak dirancang. Ada yang menjadi, tapi ambil masa yang lama nak capa. Yang tidak menjadi, mungkin saya ketepikan dulu buat sementara waktu. Kemudian akan revise semula. Setahun, 2 tahun? Ala nikmati saja hidup ini, tanpa kita sedar Allah sentiasa mengirimkan titipan terbaik yang bukan di dalam jangkaan kita. Baiklah, keyboard-off dulu. Saya harap para pembaca sihat seadanya.
Love, Mas.
Thursday, December 29, 2011
Tuesday, December 6, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Wednesday, November 2, 2011
16 tips Fotografi Jalanan (Bahasa Sarkastik)
Entry kali ini merupakan permintaan 3 orang rakan baru yang baru berjinak-jinak di dalam photografi. Semua di bawah merupakan pandangan peribadi saya dan sila ignore sekiranya tidak berkesesuaian dengan pemahaman masing-masing.
1. Kadang-kadang ada baiknya kita bergerak di dalam kumpulan untuk melakukan Street Photography, tetapi saya lebih suka di dalam kumpulan yang kecil. Cukup sekadar 2-3 orang teman, ini kerana saya mengambil kira soal keselamatan di masa depan. Kita tidak tahu siapa yang ada di sekitar kita.
1. Kadang-kadang ada baiknya kita bergerak di dalam kumpulan untuk melakukan Street Photography, tetapi saya lebih suka di dalam kumpulan yang kecil. Cukup sekadar 2-3 orang teman, ini kerana saya mengambil kira soal keselamatan di masa depan. Kita tidak tahu siapa yang ada di sekitar kita.
3. Bawalah beg yang sesuai dan tidak expose sangat tentang beg kamera anda. Selain isu keselamatan diri sendiri, keselamatan kamera juga perlu diambil kira. Kamera ialah gajet yang sensitif, sudah tentu memerlukan penjagaan yang sesuai.
4. Cubalah melatih diri untuk mendapatkan gambar street lain daripada yang lain.
5. Latih diri untuk lebih peka kepada sekitar.
6. Cabar diri untuk tidak mendapatkan gambar tidak jadi. Pastikan balik ke rumah dengan hasil yang excellent.
7. Kurangkan gambar-gambar candid manusia, cuba berkomunikasi dengan orang-orang sekeliling.
8. Cuba dptkan posisi di bahagian depan manusia, tidak dari arah belakang subjek mahupun mengiring. Ini salah satu cabaran paling jelas pada setiap penggemar photografi jalanan.
9. Usah merungut dengan gajet diri sendiri. Bawalah apa saja yang ada, gunakan dengan semaksimum yang mungkin.
10. Jangan percaya kepada cakap-cakap 'gajet itu ini tidak boleh'.
11. Jadi kreatif sebanyak yang mungkin, flash subjek, tilt shift, noise, slow shutter, itu suma kreatif. Yakin pada diri sendiri, banyakkan buat rujukan dan penting semuanya dari hati.
12. Sekiranya niat hendak bermegah-megah kerana ada kamera, merasakan ianya satu trend, kita tidak akan mendapat apa yang kita mahu.
13. Jangan mengeluh bila melihat kawan lain mempunya shot yang menarik. Awak ada kamera, ada lens, mesti ada hasil gambar.
14. Bila melakukan post processing menggunakan software, cuba kurangkan penggunaan tone yang meleret-leret. Street photography melibatkan realiti kehidupan, diri sendiri mahupun masyarakat. Jangan malas untuk lakukan googling di internet.
15. Jangan mengharapkan jalan pintas. Jalan pintas boleh berlaku, tidak selalu bertuah dan tidak selalu berjaya. Cuba usaha.
16. Jangan lupa beri tengok LCD skrin kamera awak kepada subjek.
15. Jangan mengharapkan jalan pintas. Jalan pintas boleh berlaku, tidak selalu bertuah dan tidak selalu berjaya. Cuba usaha.
16. Jangan lupa beri tengok LCD skrin kamera awak kepada subjek.
Sunday, October 30, 2011
Emosinilividation.
Percayakah anda, gambar juga boleh membawa anda ke sisi dunia yang lain? Belajarlah mengambil gambar dan kongsi hasilnya bersama teman-teman. Ada yang mampu 'membaca' dirimu. Ada yang diam-diam mengkagumi dan ada yang tak kurang memuji di depan. Walau apapun, semoga segala puji itu, tidaklah kita meninggi diri.
People could 'read' you.
Wednesday, October 26, 2011
Hari gembira.
Night street photography, Kota Kinabalu. (2011)
Minggu lepas, saya terserempak dengan dua orang kawan. Mereka ialah suami isteri, tetapi saya lagi rapat kepada si isteri. Perkara pertama yang saya lakukan selepas bersalam dengan si isteri ialah saya melihat inai pada jarinya. Saya katakan padanya saya gembira kerana akhirnya dia sudah berkahwin dengan lelaki yang dia sayangi. Si suami seperti biasa, pasti ada saja perkara yang dia mampu kelakar-kan. Saya percaya mana-mana pasangan ada yang berhadapan dengan badai sebelum berkahwin. Begitu juga dengan kawan saya ini, tetapi saya percaya dia adalah perempuan yang kuat ketahanan emosinya.
Saya tinggalkan hari itu dengan perasaan gembira, gembira dapat berjumpa dengan kedua-dua mereka. Sudah beberapa bulan tidak berjumpa, hanya berhubungan melalui facebook. Kemudian tadi, saya berchatting dengan si isteri.
tanya apa dia masak
dia beritahu husband dia akan balik kejap lagi
berbual tentang bisnis dia
itu ini itu ini
and lastly, dia bagitau husband dia dah balik
'ok later chat', kata saya.
Light chatting, everything was fine. Saya masih ingat sebelum ini tentang cerita-cerita perkongsian kami. Kalau diikutkan semua manusia akan mengalami langkah-langkah asas kehidupan yang sama. Susah senang, miskin kaya, jauh dekat dan macam-macam lagi pro dan kontra keadaan. Apa yang penting adalah kekuatan dalam diri masing-masing untuk mengubah nasib. Kalau berani, mungkin tidak gentar. Kalau takut, semestinya ragu-ragu. Malah kalau berhenti berharap, ada lagi sejumlah harapan yang lain yang boleh kita pilih. Life is fair, fair untuk orang-orang yang tidak berhenti berjuang.
Ada juga orang yang berjuang, tetapi masih gagal untuk bertahan. Kalau dia panjang akal, dia akan keluar dari medan itu dan berpindah ke medan lain. Kalau dia pendek akal, mungkin mengambil masa yang lama untuk sedar bahawasanya perjuangan itu tidak sesuai untuk dia. Tapi saya percaya, setiap perkara yang tidak mendapat keizinan dari Allah, pasti digantikan dengan perkara yang lebih sedikit hikmahnya. Mungkin juga berlebih-lebih, itu semua hasil kesabaran seseorang itu untuk menghadapi ujian. Tidak Allah memberi sesuatu ujian itu yang tidak sesuai dengan kemampuan hamba Nya.
Off for now. Saya harap semua rakan-rakan sihat selalu.
Sunday, October 9, 2011
Saturday, September 24, 2011
Berilah bunga kepada ku.
Berbahasa AKU di dalam entry ini, santai.
Hubungan aku dengan manusia lain (kecuali keluarga) juga aku jarakkan. Bukan sebab aku sombong, tapi aku rasa aku macam ada sedikit phobia bila berfikir soal kawan-kawan. Benda ni memang payah nak terangkan, bila tengok cara orang lain berkawan, timbul juga rasa jealous aku. Hang out sana sini, pergi makan-makan sama-sama. Tapi entahlah, rasa phobia tu memang ada. Aku tak kata kawan-kawan aku yang jahat kat aku, tapi aku sekarang ni memerlukan ruang untuk diri aku sendiri. Tapi yang anehnya, masa aku tengah AWAY, ada kawan yang tak putus-putus muncul di depan fikiran aku. Bertanya khabar, memberi ucapan tahniah, tanyakan aku lama ke mana; aku betul-betul rasa aneh.
Separuh dari tahun 2011, aku sudah lalui begitu tenang. Tahun 2011 bukan tahun kewangan yang bagus. Tahun 2011 juga tahun bagi aku menjarakkan diri dari sebarang sosial kemasyarakatan. Tapi tahun 2011 juga tahun di mana aku membuka diri kepada satu keadaan; menentukan keputusan untuk hal-hal yang aku suka. Mungkin kamu, serba sedikit tahu, aku ada membuat kerja-kerja freelance dan photografi. Dan terbaru ini, aku sudah memulakan serba sedikit kerja dalam bidang tour guide untuk tempat-tempat menarik di negeri aku. Tak adalah sebesar mana, tapi aku cukup seronok menentukan matlamat sesuatu kerja oleh aku sendiri. Agak seronok, tapi kebimbangan tentang kewangan memang hari-hari aku fikirkan.
"Bertanya kepada diri sendiri; 'eh, aku ni wujud ke tidak di mata orang lain?" jawapannya seperti ayat-ayat sebelum ini. Aku menjadi segan pada kawan-kawan ini, aku begitu terasa hati. Mereka sepatutnya dilayan seperti mana mereka mengingati aku. Cuma batas waktu dan tahap phobia aku ni membataskan everything. Setiap waktu aku sentiasa berdoa ke atas kawan-kawan yang mengingati aku ini, semoga sukses selalu. Aku harap aku diingati pada suatu tempoh tahap phobia aku ini akan beransur pulih.
Rasa phobia ni menular ke alam Facebook. Aku delete dan block mereka. Kenapa aku block korang? Ini semua rasa phobia. Bila aku nampak updates korang muncul dekat wall aku, aku mesti terbayangkan isu yang pernah berlaku. Sama ada isu itu berpunca dari korang, atau kemungkinan besar dan jelas ialah hasil dari sikap aku sendiri. Aku rasa malu pada diri sendiri atas isu yang terjadi, jadi aku taknak lagi nampak apa-apapun pasal korang. Dan pada masa sama, aku pun tak muncul lagi kat depan korang dan buat korang sakit hati. Orang yang pernah kenal aku, mungkin tahu aku secara kasar. Ego dan sombong, dua sikap ni yang jadi tempelan pada diri aku. Entah! Aku tak tahu apa sebenarnya pengklasifikasian ego dan sombong ini terhadap aku. Mula-mula aku rasa down bila dilabel macam tu, tapi bila fikir lama-lama, kenapa aku perlu kisah dengan labelan-labelan ini? Tapi aku tak ada-lah pula mendabik diri. Reputasi kita yang orang labelkan, adalah intepretasi mereka terhadap cara kita.
Aku rasa unfair tentang intepretasi ini. Kenapa aku perlu sedih terhadap labelan negatif ini? Kenapa pula aku tak pernah ambil tahu apa pandangan positif orang kepada aku? Itu bukan meminta untuk dibodek. Aku straight person, bukan jenis berkias-kias. Tapi ada masanya, aku kelihatan aragon di mata orang lain, ada masanya orang dapat catch up aku ni rupanya berhati tisu. Ini bukan soal hipokrit. Aku pikir aku kena adil pada diri sendiri. Hubungan aku dengan Tuhan pun tak baik mana. Aku pernah terbaca quotes kat somewhere.
"Sekiranya hubungan kau dengan manusia tidak begitu baik, ini sebab hubungan kau dengan Tuhan sebenarnya tidak begitu baik".Aku akui last part itu. Tetapi part aku tidak begitu baik dengan hubungan manusia lain itu buat aku banyak berfikir. Sekarang ni aku dah mula belajar bagi bunga kat sapa-sapa. Tak kisahlah apa pun tanggapan orang. Aku nak belajar jadi manusia berhati baik, tak mahu benci pada sesiapa. Tapi aku rasa lah, setakat ni aku tak pernah benci pada sesiapa. Orang benci kat aku ada lah. Aku rasa orang itu juga patut belajar memberi bunga kepada aku. Haha.
Kadang aku berfikir, apalah sangat orang benci kat aku, setakat aku cakap kasar pun nak benci-benci ke? Kasar mana sangat kata-kata aku ni? Kasar sampai luluhkan hati mereka ke? Buat mereka menangis? Dari situ aku mula phobia nak berkata-kata kat orang lain. Alhamdulillah, 2011 memang excellent untuk grade hubungan aku dengan manusia lain. Walaupun aku kata, aku lebih banyak AWAY tapi sebenarnya aku menjaga tatasusila ku sebagai kawan. Mana yang datang kepadaku, aku layan. Yang masih mengejiku, aku pun dah lupakan. Aku tak rasa penting pun untuk aku terus fikirkan. Sampai bila kita nak hidup dengan tidak adil kepada diri sendiri?
Bagi aku, setiap manusia ini ada peluang untuk berubah baik. Ya, kita cakap pasal manusia baik. Orang jiwa jahat tetap terselit sedikit ruang kebaikan. Allah ciptakan kita dengan sifatnya Penyayang lagi Pengasihani. Sama juga halnya ketika menuju kejayaan, pasti terselit juga sedikit keburukan dari hal diri kita. Sama juga seperti kawan-kawan. Akan ada datang dan pergi. Kemudian datang balik. Aku rasa kita tak perlu expect banyak-banyak pun dari kawan-kawan kita.
Iya, aku sedang mengata diri sendiri. Mungkinlah cara aku berkawan, aku kena ubah. Aku tak perlu expose sangat diri aku bila berkawan. Sederhana atau kurang dari itu aku akan pilih dan laksana. Tahap mana pun, ikhlaskan saja.
Monday, September 19, 2011
Sunday, September 18, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)