Night street photography, Kota Kinabalu. (2011)
Minggu lepas, saya terserempak dengan dua orang kawan. Mereka ialah suami isteri, tetapi saya lagi rapat kepada si isteri. Perkara pertama yang saya lakukan selepas bersalam dengan si isteri ialah saya melihat inai pada jarinya. Saya katakan padanya saya gembira kerana akhirnya dia sudah berkahwin dengan lelaki yang dia sayangi. Si suami seperti biasa, pasti ada saja perkara yang dia mampu kelakar-kan. Saya percaya mana-mana pasangan ada yang berhadapan dengan badai sebelum berkahwin. Begitu juga dengan kawan saya ini, tetapi saya percaya dia adalah perempuan yang kuat ketahanan emosinya.
Saya tinggalkan hari itu dengan perasaan gembira, gembira dapat berjumpa dengan kedua-dua mereka. Sudah beberapa bulan tidak berjumpa, hanya berhubungan melalui facebook. Kemudian tadi, saya berchatting dengan si isteri.
tanya apa dia masak
dia beritahu husband dia akan balik kejap lagi
berbual tentang bisnis dia
itu ini itu ini
and lastly, dia bagitau husband dia dah balik
'ok later chat', kata saya.
Light chatting, everything was fine. Saya masih ingat sebelum ini tentang cerita-cerita perkongsian kami. Kalau diikutkan semua manusia akan mengalami langkah-langkah asas kehidupan yang sama. Susah senang, miskin kaya, jauh dekat dan macam-macam lagi pro dan kontra keadaan. Apa yang penting adalah kekuatan dalam diri masing-masing untuk mengubah nasib. Kalau berani, mungkin tidak gentar. Kalau takut, semestinya ragu-ragu. Malah kalau berhenti berharap, ada lagi sejumlah harapan yang lain yang boleh kita pilih. Life is fair, fair untuk orang-orang yang tidak berhenti berjuang.
Ada juga orang yang berjuang, tetapi masih gagal untuk bertahan. Kalau dia panjang akal, dia akan keluar dari medan itu dan berpindah ke medan lain. Kalau dia pendek akal, mungkin mengambil masa yang lama untuk sedar bahawasanya perjuangan itu tidak sesuai untuk dia. Tapi saya percaya, setiap perkara yang tidak mendapat keizinan dari Allah, pasti digantikan dengan perkara yang lebih sedikit hikmahnya. Mungkin juga berlebih-lebih, itu semua hasil kesabaran seseorang itu untuk menghadapi ujian. Tidak Allah memberi sesuatu ujian itu yang tidak sesuai dengan kemampuan hamba Nya.
Off for now. Saya harap semua rakan-rakan sihat selalu.
No comments:
Post a Comment