Separuh dari tahun 2011, aku sudah lalui begitu tenang. Tahun 2011 bukan tahun kewangan yang bagus. Tahun 2011 juga tahun bagi aku menjarakkan diri dari sebarang sosial kemasyarakatan. Tapi tahun 2011 juga tahun di mana aku membuka diri kepada satu keadaan; menentukan keputusan untuk hal-hal yang aku suka. Mungkin kamu, serba sedikit tahu, aku ada membuat kerja-kerja freelance dan photografi. Dan terbaru ini, aku sudah memulakan serba sedikit kerja dalam bidang tour guide untuk tempat-tempat menarik di negeri aku. Tak adalah sebesar mana, tapi aku cukup seronok menentukan matlamat sesuatu kerja oleh aku sendiri. Agak seronok, tapi kebimbangan tentang kewangan memang hari-hari aku fikirkan.
"Bertanya kepada diri sendiri; 'eh, aku ni wujud ke tidak di mata orang lain?" jawapannya seperti ayat-ayat sebelum ini. Aku menjadi segan pada kawan-kawan ini, aku begitu terasa hati. Mereka sepatutnya dilayan seperti mana mereka mengingati aku. Cuma batas waktu dan tahap phobia aku ni membataskan everything. Setiap waktu aku sentiasa berdoa ke atas kawan-kawan yang mengingati aku ini, semoga sukses selalu. Aku harap aku diingati pada suatu tempoh tahap phobia aku ini akan beransur pulih.
Rasa phobia ni menular ke alam Facebook. Aku delete dan block mereka. Kenapa aku block korang? Ini semua rasa phobia. Bila aku nampak updates korang muncul dekat wall aku, aku mesti terbayangkan isu yang pernah berlaku. Sama ada isu itu berpunca dari korang, atau kemungkinan besar dan jelas ialah hasil dari sikap aku sendiri. Aku rasa malu pada diri sendiri atas isu yang terjadi, jadi aku taknak lagi nampak apa-apapun pasal korang. Dan pada masa sama, aku pun tak muncul lagi kat depan korang dan buat korang sakit hati. Orang yang pernah kenal aku, mungkin tahu aku secara kasar. Ego dan sombong, dua sikap ni yang jadi tempelan pada diri aku. Entah! Aku tak tahu apa sebenarnya pengklasifikasian ego dan sombong ini terhadap aku. Mula-mula aku rasa down bila dilabel macam tu, tapi bila fikir lama-lama, kenapa aku perlu kisah dengan labelan-labelan ini? Tapi aku tak ada-lah pula mendabik diri. Reputasi kita yang orang labelkan, adalah intepretasi mereka terhadap cara kita.
Aku rasa unfair tentang intepretasi ini. Kenapa aku perlu sedih terhadap labelan negatif ini? Kenapa pula aku tak pernah ambil tahu apa pandangan positif orang kepada aku? Itu bukan meminta untuk dibodek. Aku straight person, bukan jenis berkias-kias. Tapi ada masanya, aku kelihatan aragon di mata orang lain, ada masanya orang dapat catch up aku ni rupanya berhati tisu. Ini bukan soal hipokrit. Aku pikir aku kena adil pada diri sendiri. Hubungan aku dengan Tuhan pun tak baik mana. Aku pernah terbaca quotes kat somewhere.
"Sekiranya hubungan kau dengan manusia tidak begitu baik, ini sebab hubungan kau dengan Tuhan sebenarnya tidak begitu baik".Aku akui last part itu. Tetapi part aku tidak begitu baik dengan hubungan manusia lain itu buat aku banyak berfikir. Sekarang ni aku dah mula belajar bagi bunga kat sapa-sapa. Tak kisahlah apa pun tanggapan orang. Aku nak belajar jadi manusia berhati baik, tak mahu benci pada sesiapa. Tapi aku rasa lah, setakat ni aku tak pernah benci pada sesiapa. Orang benci kat aku ada lah. Aku rasa orang itu juga patut belajar memberi bunga kepada aku. Haha.
Kadang aku berfikir, apalah sangat orang benci kat aku, setakat aku cakap kasar pun nak benci-benci ke? Kasar mana sangat kata-kata aku ni? Kasar sampai luluhkan hati mereka ke? Buat mereka menangis? Dari situ aku mula phobia nak berkata-kata kat orang lain. Alhamdulillah, 2011 memang excellent untuk grade hubungan aku dengan manusia lain. Walaupun aku kata, aku lebih banyak AWAY tapi sebenarnya aku menjaga tatasusila ku sebagai kawan. Mana yang datang kepadaku, aku layan. Yang masih mengejiku, aku pun dah lupakan. Aku tak rasa penting pun untuk aku terus fikirkan. Sampai bila kita nak hidup dengan tidak adil kepada diri sendiri?
Bagi aku, setiap manusia ini ada peluang untuk berubah baik. Ya, kita cakap pasal manusia baik. Orang jiwa jahat tetap terselit sedikit ruang kebaikan. Allah ciptakan kita dengan sifatnya Penyayang lagi Pengasihani. Sama juga halnya ketika menuju kejayaan, pasti terselit juga sedikit keburukan dari hal diri kita. Sama juga seperti kawan-kawan. Akan ada datang dan pergi. Kemudian datang balik. Aku rasa kita tak perlu expect banyak-banyak pun dari kawan-kawan kita.
Iya, aku sedang mengata diri sendiri. Mungkinlah cara aku berkawan, aku kena ubah. Aku tak perlu expose sangat diri aku bila berkawan. Sederhana atau kurang dari itu aku akan pilih dan laksana. Tahap mana pun, ikhlaskan saja.
1 comment:
like entry ini...
Post a Comment