'Tiada ..impian terbesar. Yang penting terus menulis. Tak perlu set up dreams untuk saya. Apa saja yang Tuhan bagi...'
'Syukur'.
Jawapan kesyukuran saya itu terlalu ringkas. Konversasi tidak bersambung sehingga ke hari ini.
Untuk sesetengah usia, aku yakin kita mempunyai tingkat rasa berbeza tentang impian. Cuba lihat latarbelakang masing-masing. Mungkin dia mendapat kepuasan setelah usai menulis satu-satu tulisannya. Kepuasan itu hanya dia yang rasa. Aku, kita, siapa-siapa, tidak berhak menilai melulu.
Bukan mudah untuk mengerjakan sesuatu kerja. Apa lagi sesuatu yang dipanggil impian. Semakin banyak impian, semakin banyak usaha perlu dilakukan. Aku yakin keinginannya untuk terus menghasilkan lebih banyak penulisan juga adalah impiannya. Bukan terbesar, atau terkecil. Tetapi sesuatu yang berterusan.
Aku mahu bahagian hidup seperti itu. Cuba satu bahagian sajalah. Sampai sekarang, impian aku masih sama. Aku mahu menjadi penulis tentang sesebuah masyarakat, bukan fiksi. Mungkin juga bergaul dengan fiksi, tetapi masih juga berakarkan kisah asal. Payah.
Aku mengambil masa sekaligus membuang masa beberapa tahun untuk benar-benar mahu menulis. Begitu sekali ya?
Aku tidak pasti.
No comments:
Post a Comment