Saturday, June 25, 2011

Janji ke syurga?

Semenjak selalu melihat ragam manusia lain, saya selalu tertanya:

panggil perempuan lain belum berkahwin sbg andartu; tak takut ke balasan Tuhan kepada diri sendiri? Diri sendiri tiada perjodohan, kakak dan adik perempuan pun tiada perjodohan, atau ibu sendiri ditakdirkan berpisah dgn si suami. Tapi saya yakin akan timbul satu isu lain; tak apa, dia dah pernah merasa berkahwin.

Apa beza sendirian slps pernah bersuami dan sendirian tidak pernah berkawin? Tak ada beza mutlak, melainkan pernah melakukan hubungan intim, beranak pinak dan tidur berdua. Kedua-dua perempuan tetap bernama perempuan. Saya yakin masih ada golongan yang sangat berfikiran tertutup. Saya tidak sensitif kerana belum berkahwin, sesekali hati tetap terusik dengan jolokan nama yang dianggap sekadar bergurau.

Saya jadi choosy utk melayan perbualan dengan orang lain. Kalau saya terasa orang ni tak-boleh-blah, saya pasti menyegerakan seisi penamat konversasi. Bukan sombong, tapi saya hendak mengurangkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Perempuan sudah dijanjikan syurga di akhirat kelak. Tetapi hanya dengan keperibadian yang mulia saja yang berhak untuk mendapatkan janji yang pasti ini. Di situ, sekali lagi mencetuskan isu soalan yang lain.

1 comment:

hanakirana said...

Salaam,

saya sudah lama mengikuti belog ini secara senyap. Baik tulisan mahupun gambar-gambar yang diambil - pada saya merupakan karya-karya yang jujur. InsyaAllah.

Teruskan berkarya!