Sekarang ialah malam yang gelap
Seluruh pelusuk di sebelah sini sedang bertiduran atau ada yang belum,
Masing-masing punya perihal,
Apa yang ada ialah dingin; beberapa jam sebelum Subuh dan matahari.
Aku sebenarnya sudah mahu tidur,
Walaupun aku selalu berpendapat,
tidur yang panjang seolah-olah ialah satu kerugian.
Pernah satu kali, 2 minggu yang lepas,
Tiba-tiba aku diuji tidak dapat tidur setelah beberapa hari tidak kecukupan tidur,
Otakku 'kembang', mataku bengkak,
Malah seperti--- (apa ya, kalau rasanya seperti terawang-awang?)
Agak tidak selesa, kemudian keadaan kembali normal; balasannya 12 jam aku di alam tidur.
Kampungku sunyi, hanya sesekali kedengaran bunyi guruh yang di kejauhan.
Kemudian detikan-detikan jam dinding menjadi penghias bisu bilikku.
Apa khabar agaknya anak-anak gipsi lautan di sana?
Kemudian anak-anak lorong jalanan yang pernah aku singgahi?
Kawan-kawan... Ada ingat padaku?
Pembenci-pembenciku...masih ingat diriku yang lepas?
Adik beradikku..betempiaran di sana sini,
Saudara-mara?
Pembaca blog ini?
Aku harap kamu semua sihat walafiat.
Malam ini, ada apa? Kalau sudah mengantuk, eloklah kita tidur.
Semoga hari esok, semuanya serba sederhana.
Wednesday, June 29, 2011
Saturday, June 25, 2011
Janji ke syurga?
Semenjak selalu melihat ragam manusia lain, saya selalu tertanya:
panggil perempuan lain belum berkahwin sbg andartu; tak takut ke balasan Tuhan kepada diri sendiri? Diri sendiri tiada perjodohan, kakak dan adik perempuan pun tiada perjodohan, atau ibu sendiri ditakdirkan berpisah dgn si suami. Tapi saya yakin akan timbul satu isu lain; tak apa, dia dah pernah merasa berkahwin.
Apa beza sendirian slps pernah bersuami dan sendirian tidak pernah berkawin? Tak ada beza mutlak, melainkan pernah melakukan hubungan intim, beranak pinak dan tidur berdua. Kedua-dua perempuan tetap bernama perempuan. Saya yakin masih ada golongan yang sangat berfikiran tertutup. Saya tidak sensitif kerana belum berkahwin, sesekali hati tetap terusik dengan jolokan nama yang dianggap sekadar bergurau.
Saya jadi choosy utk melayan perbualan dengan orang lain. Kalau saya terasa orang ni tak-boleh-blah, saya pasti menyegerakan seisi penamat konversasi. Bukan sombong, tapi saya hendak mengurangkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Perempuan sudah dijanjikan syurga di akhirat kelak. Tetapi hanya dengan keperibadian yang mulia saja yang berhak untuk mendapatkan janji yang pasti ini. Di situ, sekali lagi mencetuskan isu soalan yang lain.

Labels:
Fikiran
Friday, June 3, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)