Bulat membulat, tanda menanda
15 Dec – Aku beli suratkhabar The Star edisi hari Sabtu, memang hari Sabtu banyak iklan jawatan kosong dalam paper. Aku pun dengan kadar segera membuat proses memohon jawatan (hahaha…) berdasarkan kelayakan aku la. Bulat-membulat, tanda-menanda, kaler-mengaler, taip- menaip dan segala bagaila.. mengikut daya ingatan aku, ada dekat 30 company yang aku apply kerja kosongnye.. aku siap masukkan dalam database yang aku buat sendiri, supaya memudahkan aku nak retrieve balik benda yang aku nak.
Usaha dan harapan
16 Dec – Aku pergi lepak kat Starbuck, Plaza Low Yat. Kemudian memulakan kerja-kerja meng-e-mailkan applying job aku kat listed company aku semalam. Berpinar mata menahan pedih melihat skrin laptop ni hah. Dalam masa 4 jam aku berjaya menghabiskan kesemua permohonan jawatan. Dengan harapan, adala yang ‘sangkut’. Permohonan aku merujuk kepada jawatan dalam bidang sales and marketing, HR dan bidang IT sesunggohnya!
Rezeki dan kehidupan yang baru
17 Dec – Aku terima panggilan dari Le Paris Hotel. Mereka suruh aku datang interbiu pada hari ni, tapi aku kata, esok 19 baru bleh. Mengejut katakan! Oh ya, aku apply 3 job kat hotel ni; IT Business Executive, Sales Coordinator, Sales and Marketing Executive.
Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi
18 Dec – Aku sampai agak ‘tepat’ hampir terlambat ke seisi interbiu. Cis! Buang tambang teksi aku saja. Rupanya bangunan Yayasan Selangor tu aku memang familiar sangat. Boleh tak aku naik teksi dari Times Square ke Bukit Bintang tu!! Padahal aku bleh jalan kaki dengan jayanya! Syukurlah, tak sangka pula, aku boleh dapat jawatan coordinator cum. P.A kat salah sorang s&M marketing manager kat hotel ni. Sekarang ni aku dah involve dalam bidang perhotelan okay! Sesungguhnya memang aku tak sangka langsung pun. Le Paris Hotel atau nama asalnya Costa Rica Hotel terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Aku handle customer dari sekitar Lembah Klang saja, so customer tak payah nak pergi PD semata-mata nak deal ng hotel. Dan oh ya, aku hanya handle untuk customer corporate group dan government sahaja. So, kalau yang personal tu, ada orang lain yang handle. Heheheh!
Aku ini adalah diri ku
19 Dec – aku sakit kaki amat sangat! Esok-esok g kerja tak payah pakai hill lagi. Bukan aku tak nak naik komuter via. Monorail. Aku kena budget untuk tambang aku g kerja juga :
Kalau naik tren –
0.70 x 2 = naik bas kontot g komuter Serdang.
1.40 x 2 = komuter Serdang – Stesen KL Sentral – komuter Serdang.
2.10 x 2 = monorail KL Sentral – Stesen Bukit Bintang – Stesen KL Sentral.
Grand Total : (0.70 x 2) + (1.40 x 2) + (2.10 x 2) = Daily RM 8. 40 !
Kalau naik Bas Rapid KL –
0.70 – naik bas kontot g simpang besar jalan lebuhraya ke KL
2.00 – naik bas RapidKL U41 (Sg. Long – Pasar Seni) untuk return.
Berkali ganda aku bleh jimat. Almaklumla, bulan pertama bekerja banyak kena jimat pun. Itupun aku kena keluar dari rumah seawal pukul 7 pagi, kalau tak, aku akan terlepas si Kontot dan RapidKL B411 ke simpang tu. Ala, kalau aku terlepas pun, aku akan jalan kaki ke simpang. Jauh tu jauh la juga, habis takan aku nak tunggu setengah jam lagi untuk si Kontot tu datang. Takpa, eksais!
Hari pertama kerja, aku dah datang lewat SOPLOH minet. Herm… soi! So, bermulalah kerjaya baru aku; yakni dalam bidang perhotelan. Hahahah!
Ofis based KL aku ni tak besar. Hanya aku dan Abang Shah je yang beragama Islam dalam ofis ni. Abang Shah driver cum despatch cum clerk ‘ringan-ringan’ dalam ofis ni. Bos aku kata, for the future, aku akan sentiasa berulang dari KL ke PD untuk urus event customer aku. Dengar cam best je kan, tapi sakit badan woh!
Wahai jiwa-jiwa yang tenang
20 Dec – Umat Islam menyambut Hari Raya Qurban @ Aidil Adha. Budak serumah aku ajak g rumah pakcik sedara dia kat taman perumahan belakang taman aku ni. Pergi je la, kebetulan, aku pun tak ada program. Merasala juga rendang ayam yang best, nasi impit dan kek coklat. Mihun sup pun ada. Sambil-sambil tengok cerita bengke’ 9 September. Dulu, beria-ria aku nak g tengok cerita si Pierre Andre ni. Nasib baik aku tak p tengok kat panggung, biarpun ada unsur lawak, tapi tak cukup kredibiliti untuk aku buang duit sebanyak RM 10 untuk tengok movie ni. Failed! Idea tak fresh langsung pon! Filem Melayu yang masih aku anggap best adalah Puteri Gunung Ledang!
Langit Tak Mendengar
22 Dec – awal pagi lagi aku dah tercangak kat Stesen LRT Chan Sow Lin. Hari ni, aku g out station kat PD. Bos pempuan aku suruh p studi kerja aku kat sana. Lama juga la, aku bertengek kat stesen ni. Hari ni, aku naik kereta separuh mewahla katakan. Kereta Sonata Hyundai. Mula-mula aku aku rasa cam biasa je. Bos aku ceritala pasal kereta dia ni. Dia kata dia bayar 800.00 je sebulan, oooo.. pastu dia kata downpayment pun RM 60 k. hehehehe.. gilela.. dulu dia kerja operation manager kat Genting Group. Tak heranla kalau dia banyak duit pun. Lepas tu, dia tanya aku, tak rasa laju ke. Aku just jawab, takla.. memang pun aku tak rasa laju. Walhal dia kat lorong kiri – LORONG LAJU! . .. aku bagitau kat dia, ekceli aku memang takut naik kereta. Apatah lagi, kalau kereta yang dipandu laju. Hahahah… pastu dia suruh aku tengok kat dashboard meter. Gila! Ini kali pertama aku naik kereta yang dipandu sebanyak 180 k/sjam. Aku memang terkejut la.. sebab memang aku tak rasa laju, malah, tak ada rasa takut pun.
Lalu, dia pun menerangkan perbezaan kereta mahal ng kereta murah. Kereta dia pun run 2400 cc. tak hairanla, malahan aku tak rasa gegar langsung. Means kereta tu memang stabil la. Tapi aku memang tak sangka la, boleh naik kereta yang dipandu sehingga 180 k/sjam tu. Fuh! Aku kena beli kereta mahal ke baru aku rasa tak takut naik kereta? Bila aku sampai kat PD, bos aku bawa kenal-kenal ng team sales kat sana. Oh! Bestnya kalau dapat kerja kat sini, angin memang best gila… aku memang sukakan pantai pun. Walaupun bukan laut terbuka. Lepas tu coordinator kat sana, Kak Shida bawa aku g melawat sekitar hotel dan resorts tu. Biarpun taklah segah macam namanya, tapi aku berbangga jugala, sebab coming soon, aku pun akan jadi penggerak hotel ni. Boleh cuci-cuci mataaaa…….
Aku. Dia.
25 Dec – hari Krismas. Tak pergi mana pun. Aku bukannya ada kawan Kristian kat sini. Kawan aku dari Melaka BB Shah call aku tengah malam. Herm.. dia wish besday aku. Seronoknya bila ada orang care dan ingat pasal kita selain dari keluarga kita kan. Gayut pon ng dia sampai pagi….
Diriku.
26 Dec – Birthday Girl! I am 27 oredi! Permulaan yang baik sebenarnya. Birthday Girl bangun awal hari ni. Bersiap awal, dan bila aku buka gril rumah aku, 2 ekor kucing bujang meluru bermanja-manja dengan aku. Terharu aku! Ye la, hari ni besday aku.. kedatangan kucing-kucing ni pun buat aku hepi. Aku sayangkan binatang, sesungguhnya. Tapi handfon aku off satu hari tu, charger rosak! Malam kang baru aku on balik. Kerja hari ni, okay-okay saja! Bila malam, aku on hp balik. Bertalu-talu msj masuk. Oh! Aku sayang kamu semua. Terima kasih kepada yang sudi mengingati besday aku. Aku cek FS pun, banyak testi ucap besday masuk. Erm.. someday….parent aku call aku, tanya aku apasal hp tak boleh calling. Aku pun bgtaula… terharu…
Terbang.
29 Dec – aku pergi function event customer aku. Sebenarnya aku ragu-ragu juga nak pergi, sebab bos aku tak kata apa pun. Dia kata, semalam dia balik kul 1 kat rumah. Aku tengok pagi tu pun dia cam mamai. Hahahaha! So, dia suruh Abang Shah pandu kereta dia. Aku pula jadi mem besar kat seat belakang. Hehehe! Singgah minum kat RNR Nilai, kemudian direct g hotel.
Masa sampai kat hotel, angin memang kuat sangat. Huh! Nasib baik aku ikat rambut ala ekor kuda. Aku g pejabat sales, kemudian pinjam blazer kak Shida. Pastu, aku call Sham, budak bowling department yang panggil aku PUAN dalam pon beberapa hari lepas. Aku dah janji ng dia, nak datang jumpa untuk event ni. Aku pun heran jugala, apasal aku ekstrovert tak malu g jumpa pun. Padahal sebelum ni, aku tak cam ni.. ala.,. tak apala, rakan sekerja kan. Bila je aku sampai kat bowling tu, alalala…comelnya budak Sham ni…muka dia memang comel dan chubby…Kemudian bermula la kerja aku menguruskan event besar yang mempunyai jumlah 372 orang ni.. hehehe… sesempat jugala mencuci mata.. ada sorang lelaki tu, aku rasa dia ni tau dia hensem. Asyik2 belai rambut panjang dia yang cantik tu. Pastu, dia g stage foyer sambil belah-belah rambut dia tu. Suka benar aku tengok. Almaklumla, jarang nampak lelaki hensem. Opss! Cuci mata saja tau, bukannya ada motif pun… bila aku rasa keadaan dah stabil, aku join Abang Shah duduk tepi kolam renang. Ada la sekumpulan mamat India berenang kat dalam kolam tu. Ada pula sorang member tu stay kat tangga kolam sebelah kiri aku, aku pun tak tau dia nak buat apa kat situ. Kawan dia kat belah ujung sana pun. Aku pun saja-saja tegurla.. oh! Rupanya dorang tu dari Klang. Saja datang bercuti. Budak ni hensem juga la.. tak hairan la bila dia cakap dia ni model …. Model DIGI. Oh! Aku tak alert bab-bab tv ni, sebab aku tak ada tv pun. So, aku buat cam tau je la.. bual-bual la ng dia. Tapi aku bosan lak, bila dia cakap pasal dia tak puas hati ng kerajaan. Saja je aku buat lawak pasal HINDRAF tu.. well, everybody has a reason kan.
pantai biasa je kat hotel
Pastu, aku g tempat bos dan Abang Shah lepak, depan hotel. Kebetulan Pak Din, customer UMNO aku tu ada kat situ. Bos aku kenalkan aku ni PA dia kat Pak Din. Herm… gatal lak orang tua ni.. dia kata kat bos aku, apasal bos aku tak kenalkan aku kat dia..hahahha…aku pon p salam dia, salam hormat orang tua pun. Pastu, bos aku suruh aku g Seafront Hotel, untuk urus tetamu kat sana…kahkahkah! Tak sangka pula, customer aku yang panjang rambut tu akan tinggal kat sana.. kikikikiki… aku pun saja tegurla, memang hensemmmm…. Abang Shah pun geleng kepala tengok muka poyo aku..hahahaha… pastu belah malam, aku g makan kat café.. bos suruh join UMNO punya group.. Isk! Segan.. ahhaha…last-last aku ng abang shah makan kat café je.. bos yang bayar pun. Pastu ada pula manager kat situ, biarla ku namakan dia sebagai MR. S. hehehe.. duduk semeja ng kitorang.. bual-bual la ng dia. Pastu abg shah pula kata dia nak p ‘berasap’ pula. Herm.. tinggalla aku dengan mr.s tu. Erm.. I didn’t judge others by their cover.. mr.s tanya aku dah kawin ke belum, ada bf, serius ke ng bf tu, semua tu aku jawap dengan jawapan jujur la. Boleh pula dia kata, dia tak peluang nak tackle aku..muahahhaa… sial je.. dah la tadi ng cik din tu, ni pula ng mr. s.. tapi, aku tak anggap serius la, maybe orang2 tua ni suka benor bergurau. Tapi aku pula tak selesa.. aku just be myself even sometimes aku tak selesa.. cuba stand firm, dan tak layan soalan-soalan menggelenyor tu. Tapi bila dia tanya aku, aku serius ke ng yg baru ni, aku amik masa nak jawab. Entah aku pun tak pasti… maafkan aku!
Pastu, gang KL balik KL la.. bos aku antar aku sampai rumah. Abg shah yang pandu la. Sepanjang jalan, kitorang asyik gelak je.. bos aku ni (agaknya) sporting la kot. So chemistry aku, bos aku dan abg shah memang best. Tapi tak taula di masa depan camana. Cuma yang aku boleh katakan sekarang ni, aku berazam nak tinggalkan kerja ni dengan cemerlang (pada level aku la), sama macam aku tinggalkan kompeni dulu. Banyak perubahan yang perlu aku bantu demi hotel ni. InsyaAllah.. bos aku pun layan aku bagus juga, even dia cina, tapi dia tak ada lagak cam racist. Ala kalau dia racist pun, aku tau la jadi pekerja yang macamana.. harap-harap aku boleh jadi pekerja yang bagusla lepas ni.
aku rindu dengan pantai rumah aku
Ku harus lepaskanmu.
30 Dec – 3 budak rumah aku balik kampung. Esok kompeni dorang cuti. Ala, dorang ada ke, tak ada ke, keadaan aku sama je. Tak ada lebih, tak ada yang kurang. Cuma aku rasa selesa sikit, sebab aku tak terkejut oleh hempasan pintu bilik dorang. Entah, maybe pintu bilik dorang rosak kot, tapi takanlah…. Malas nak cakap. So, kat rumah tinggal aku dengan elda je. Elda pun esok keje. Lusa opkos cuti. Herm.. aku bangun awal dan terus p mandi. Semalam, badan aku letih pun, aku sempat mandi juga. Maklumlah, puas ‘berangin’ dengan bayu laut. Muka aku dan tangan aku pun melekit kena ng garam laut. So, aku tidur nyenyak semalam. Tapi pagi tadi badan rasa lenguh ler. Maybe penangan angin semalam kot. Pagi lagi, aku dah p beli suratkhabar, lama sangat rasanya (ye ke?) aku tak baca paper… hehehe..paper online curi-curi ada la. Semalam aku ada beli paper star, tapi tinggal kat opis lak. Aku ingat nak basuh baju siang tadi, tapi termalas pula. Lepas sarapan, aku tidur balik. Pastu p dapur, ada pula elda sedang sedang masak tengahari.. aku pun lepak baca ulang semula paper kat ruang tamu, sambil bual2 ng elda..dia pula makan tengahari.. Hehehe.. dalam kul aku tidur balik.. tapi tak nyenyak sangat.. aku pun bangun balik. P dapur terasa nak minum petang, elda tengah masak cekodok la pula…hahaha.. dia ni even kurus kering tapi kuat makan.. pastu, aku nampak akak sebelah rumah sedang gunting rumput, sesaja bual ng dia.. bual punya bual, tiba- tiba dia tanya ;
‘pakwe ko mana dah, mas?’
‘pakwe yang mana?’ – nak tergelak plak aku, sebab soalan aku ni macam aku ni ramai pakwe ..
‘ala, yang bawa motor ng kereta ari tu..’ erm.. skodeng yer.. sayu pula aku rasa..
‘dah putus dah kak, lain pula sekarang ni..’ hahahaha…
boleh pula dia kata, aku dapat lelaki yang kerja bagus-bagus.. erm.. aku tak pernah nak g mengorat pun. Dah jalan takdir aku cam ni. Tapi yang best, bila dia kata aku dah kurus sekarang ni… muahahahah.. aku tak tau mana kurus aku pun, bagi aku sama je tahap isi kandungan badan aku ni. Cuma, bila aku banding muka aku, masa aku g penang ng sekarang ni (5 bulan lepas) memang muka aku dah panjang sket.. muka je la. Entah!
Aku rasa sayu pula bila cerita pasal wan. Biarla..
‘berkawan’ dengan seseorang sekarang ni pun, aku tak pasti. Sebab, aku dah berkawan biasa dulu ng dia ni sebelum ni sebelum aku declare. Aku dah cakap dengan dia;
‘kalau ko ada orang lain, ko terus terang, takdenye aku nak marah…’
‘apasal ko tak percaya ng aku ke?’
‘aku tak kisah ko ada orang lain, cuma aku tak nak ko ada 2 hati. Satu untuk aku, satu lagi untuk dia. Aku tak mau ko tamak. Aku tak kisah mengalah pun.’
‘kenapa pulak macam tu?’
‘sebab, sebelum ni aku tau semua cerita pasal ko. Kan sebelum ni kita kawan biasa. Ko banyak cerita pasal diri ko pasal aku. Bila dah declare ni, aku berhak tanya. Tak adanya aku nak cemburu. Sebab tiada istilah persaingan dalam hidup aku kalau bab macam ni. Lagipun, aku tau takat aku macam mana..’
Jauh mimpiku…..
betulla.. buat apa aku nak cemburu pun. Aku dah melalui peringkat kehidupan lain tetapi berkait rapat sebelum ni. Aku dah rasa, so, aku tak hairan dah. Lagipun, hati aku dah terpaut dengan ‘seseorang’.
‘seseorang’ tu tau perasaan aku pada dia. Aku tak kisahla, sampai bila nak tunggu. Tapi aku rasa aku bukan tunggu pun. Aku cuma boleh berharap biar ada sesuatu perkara yang meyakinkan aku, bahawa dia bukan dicipta untuk aku. Bukan aku syok sendiri, sebab sebelum ni, kami pernah ada rasa yang sama. Biarpun keadaan itu pelik dan bukan semua orang boleh menerima keadaan macam tu.
Aku tau dia baca blog aku, aku tak kisah. Sekurang-kurang dia tahu, aku tak pernah berubah. Aku sentiasa pegang janji aku. Biarpun dalam masa yang sama, aku bersama orang lain. Aku bersama orang lain, supaya aku boleh melupakan dia. Tapi, setakat ni, memang aku degil. Kalau nak kata aku bodoh, katalah. Aku tak kisah. Sekurang-kurang aku kisah agung yang pernah tercatat dalam kehidupan aku. Aku takan menyesal. Niat aku elok, sudah tentu Tuhan merestui niat aku.
Berikan aku satu tanda, betapa aku memang harus melupakan kisah agungku yang belum berakhir itu. Sampai sekarang aku masih menunggu, bukannya menunggu dia datang kepadaku. Tetapi aku menunggu untuk mengetahui siapakah bakal permaisuri hatinya. Perempuan itu semestinya bertuah sebab dia memiliki pria terhebat aku. herm.. tiada istilah cemburu pun, sebab aku tak bersaing untuk merebut si pria itu. aku cuma mahu tahu kesudahan kisah agung ini. Memerhati si dia dari kejauhan, dan aku tahu dia tahu perihal ini. Aku tak sabar nak mengetahui bakal mata hatinya itu yang sekaligus berjaya merobohkan tembok ego priaku itu.
Kenapa aku tak berusaha untuk perasaanku sendiri? Sudah. Aku sudah berusaha. Aku sedang belajar perlahan-lahan untuk menerima hakikat keadaan. Bersedih? Tidak… kan aku dah cakap.. aku sedang belajar perlahan-lahan.
Lupakanlah semua mimpi-mimpi..
walaupun bayangnya menghantui..
yang kadang ingin selalu memiliki cintamu..
Kawan dia pernah cakap, kalau si dia tu nak reject perempuan dalam hidupnya, dia akan reject secara perlahan-lahan. Aku tak kisah pun. Aku cuma tahu ending story aku ni. Ya. Mungkin perkahwinan si pria itu akan menjadi kemuncak kisah agung aku ni. Itu yang aku tunggu pun…
Gila kan. Maybe aku terlalu banyak baca novel mahupun tengok movie. Tu pasal aku jadi cam ni. Ala, sebahagian dari kehidupan aku, aku pun berhak nak jalani kehidupan macam orang lain.
Tinggal beberapa jam lagi nak tahun baru. Ala, bagi aku, setiap hari ada la hari baru. Tahun 2007 ni banyak mencipta suka duka hidup aku. Semua mengajar aku agar lebih berhati-hati dalam kehidupan. Azam? Ala hari-hari aku berazam nak kehidupan yang lebih bagus.
Senarai ‘benda baru’ yang aku nak:
nak buat paspot, aku nak pergi Indonesia next year
nak beli kamera idaman aku – hari tu tak jadi
nak ambil lesen kereta
nak setel hutang piutang aku
nak jadi pekerja yang bagus
nak balik sabah – back for good
nak sambung belajar
nak cari duit banyak
nak pakai tudung balik
nak buat semua 9 di atas.
Banyak lagi yang aku nak, tapi tak tersenarai lagi. Yang lain, aku tulis dalam otak aku. kang cakap aku berangan lebih pula. Aku memang suka berangan, tapi sekurang-kurangnya 7 daripada 10 ‘benda baru’ untuk tahun 2007, aku dah capai dengan cemerlang.
Untuk 2008?? Tak pasti lagi. Cuma aku perlu berusaha lebih. Tak lama lagi majlis konvo aku. Alhamdullillah, aku rasa macam terlepas dari penjara dah. Akhirnya aku berjaya benda-benda tu walaupun banyak perasaan dah tercalar. Aku tak berniat nak jadi macam ni, percayalah. Tapi aku lalai. Maafkan aku… tahun 2007 ni banyak mengajar aku tentang kemanusiaan. Aku sendiri selalu tersasar dari prinsip diri aku. aku menyesal dan tidak mahu mengulanginya lagi. Demi Tuhan…