Monday, December 31, 2007

This is my December








This is my December.

Bulat membulat, tanda menanda
15 Dec – Aku beli suratkhabar The Star edisi hari Sabtu, memang hari Sabtu banyak iklan jawatan kosong dalam paper. Aku pun dengan kadar segera membuat proses memohon jawatan (hahaha…) berdasarkan kelayakan aku la. Bulat-membulat, tanda-menanda, kaler-mengaler, taip- menaip dan segala bagaila.. mengikut daya ingatan aku, ada dekat 30 company yang aku apply kerja kosongnye.. aku siap masukkan dalam database yang aku buat sendiri, supaya memudahkan aku nak retrieve balik benda yang aku nak.

Usaha dan harapan
16 Dec – Aku pergi lepak kat Starbuck, Plaza Low Yat. Kemudian memulakan kerja-kerja meng-e-mailkan applying job aku kat listed company aku semalam. Berpinar mata menahan pedih melihat skrin laptop ni hah. Dalam masa 4 jam aku berjaya menghabiskan kesemua permohonan jawatan. Dengan harapan, adala yang ‘sangkut’. Permohonan aku merujuk kepada jawatan dalam bidang sales and marketing, HR dan bidang IT sesunggohnya!

Rezeki dan kehidupan yang baru
17 Dec – Aku terima panggilan dari Le Paris Hotel. Mereka suruh aku datang interbiu pada hari ni, tapi aku kata, esok 19 baru bleh. Mengejut katakan! Oh ya, aku apply 3 job kat hotel ni; IT Business Executive, Sales Coordinator, Sales and Marketing Executive.

Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi
18 Dec – Aku sampai agak ‘tepat’ hampir terlambat ke seisi interbiu. Cis! Buang tambang teksi aku saja. Rupanya bangunan Yayasan Selangor tu aku memang familiar sangat. Boleh tak aku naik teksi dari Times Square ke Bukit Bintang tu!! Padahal aku bleh jalan kaki dengan jayanya! Syukurlah, tak sangka pula, aku boleh dapat jawatan coordinator cum. P.A kat salah sorang s&M marketing manager kat hotel ni. Sekarang ni aku dah involve dalam bidang perhotelan okay! Sesungguhnya memang aku tak sangka langsung pun. Le Paris Hotel atau nama asalnya Costa Rica Hotel terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Aku handle customer dari sekitar Lembah Klang saja, so customer tak payah nak pergi PD semata-mata nak deal ng hotel. Dan oh ya, aku hanya handle untuk customer corporate group dan government sahaja. So, kalau yang personal tu, ada orang lain yang handle. Heheheh!

Aku ini adalah diri ku
19 Dec – aku sakit kaki amat sangat! Esok-esok g kerja tak payah pakai hill lagi. Bukan aku tak nak naik komuter via. Monorail. Aku kena budget untuk tambang aku g kerja juga :
Kalau naik tren –
0.70 x 2 = naik bas kontot g komuter Serdang.
1.40 x 2 = komuter Serdang – Stesen KL Sentral – komuter Serdang.
2.10 x 2 = monorail KL Sentral – Stesen Bukit Bintang – Stesen KL Sentral.
Grand Total : (0.70 x 2) + (1.40 x 2) + (2.10 x 2) = Daily RM 8. 40 !

Kalau naik Bas Rapid KL –
0.70 – naik bas kontot g simpang besar jalan lebuhraya ke KL
2.00 – naik bas RapidKL U41 (Sg. Long – Pasar Seni) untuk return.

Berkali ganda aku bleh jimat. Almaklumla, bulan pertama bekerja banyak kena jimat pun. Itupun aku kena keluar dari rumah seawal pukul 7 pagi, kalau tak, aku akan terlepas si Kontot dan RapidKL B411 ke simpang tu. Ala, kalau aku terlepas pun, aku akan jalan kaki ke simpang. Jauh tu jauh la juga, habis takan aku nak tunggu setengah jam lagi untuk si Kontot tu datang. Takpa, eksais!
Hari pertama kerja, aku dah datang lewat SOPLOH minet. Herm… soi! So, bermulalah kerjaya baru aku; yakni dalam bidang perhotelan. Hahahah!
Ofis based KL aku ni tak besar. Hanya aku dan Abang Shah je yang beragama Islam dalam ofis ni. Abang Shah driver cum despatch cum clerk ‘ringan-ringan’ dalam ofis ni. Bos aku kata, for the future, aku akan sentiasa berulang dari KL ke PD untuk urus event customer aku. Dengar cam best je kan, tapi sakit badan woh!

Wahai jiwa-jiwa yang tenang
20 Dec – Umat Islam menyambut Hari Raya Qurban @ Aidil Adha. Budak serumah aku ajak g rumah pakcik sedara dia kat taman perumahan belakang taman aku ni. Pergi je la, kebetulan, aku pun tak ada program. Merasala juga rendang ayam yang best, nasi impit dan kek coklat. Mihun sup pun ada. Sambil-sambil tengok cerita bengke’ 9 September. Dulu, beria-ria aku nak g tengok cerita si Pierre Andre ni. Nasib baik aku tak p tengok kat panggung, biarpun ada unsur lawak, tapi tak cukup kredibiliti untuk aku buang duit sebanyak RM 10 untuk tengok movie ni. Failed! Idea tak fresh langsung pon! Filem Melayu yang masih aku anggap best adalah Puteri Gunung Ledang!

Langit Tak Mendengar
22 Dec – awal pagi lagi aku dah tercangak kat Stesen LRT Chan Sow Lin. Hari ni, aku g out station kat PD. Bos pempuan aku suruh p studi kerja aku kat sana. Lama juga la, aku bertengek kat stesen ni. Hari ni, aku naik kereta separuh mewahla katakan. Kereta Sonata Hyundai. Mula-mula aku aku rasa cam biasa je. Bos aku ceritala pasal kereta dia ni. Dia kata dia bayar 800.00 je sebulan, oooo.. pastu dia kata downpayment pun RM 60 k. hehehehe.. gilela.. dulu dia kerja operation manager kat Genting Group. Tak heranla kalau dia banyak duit pun. Lepas tu, dia tanya aku, tak rasa laju ke. Aku just jawab, takla.. memang pun aku tak rasa laju. Walhal dia kat lorong kiri – LORONG LAJU! . .. aku bagitau kat dia, ekceli aku memang takut naik kereta. Apatah lagi, kalau kereta yang dipandu laju. Hahahah… pastu dia suruh aku tengok kat dashboard meter. Gila! Ini kali pertama aku naik kereta yang dipandu sebanyak 180 k/sjam. Aku memang terkejut la.. sebab memang aku tak rasa laju, malah, tak ada rasa takut pun.
Lalu, dia pun menerangkan perbezaan kereta mahal ng kereta murah. Kereta dia pun run 2400 cc. tak hairanla, malahan aku tak rasa gegar langsung. Means kereta tu memang stabil la. Tapi aku memang tak sangka la, boleh naik kereta yang dipandu sehingga 180 k/sjam tu. Fuh! Aku kena beli kereta mahal ke baru aku rasa tak takut naik kereta? Bila aku sampai kat PD, bos aku bawa kenal-kenal ng team sales kat sana. Oh! Bestnya kalau dapat kerja kat sini, angin memang best gila… aku memang sukakan pantai pun. Walaupun bukan laut terbuka. Lepas tu coordinator kat sana, Kak Shida bawa aku g melawat sekitar hotel dan resorts tu. Biarpun taklah segah macam namanya, tapi aku berbangga jugala, sebab coming soon, aku pun akan jadi penggerak hotel ni. Boleh cuci-cuci mataaaa…….

Aku. Dia.
25 Dec – hari Krismas. Tak pergi mana pun. Aku bukannya ada kawan Kristian kat sini. Kawan aku dari Melaka BB Shah call aku tengah malam. Herm.. dia wish besday aku. Seronoknya bila ada orang care dan ingat pasal kita selain dari keluarga kita kan. Gayut pon ng dia sampai pagi….

Diriku.
26 Dec – Birthday Girl! I am 27 oredi! Permulaan yang baik sebenarnya. Birthday Girl bangun awal hari ni. Bersiap awal, dan bila aku buka gril rumah aku, 2 ekor kucing bujang meluru bermanja-manja dengan aku. Terharu aku! Ye la, hari ni besday aku.. kedatangan kucing-kucing ni pun buat aku hepi. Aku sayangkan binatang, sesungguhnya. Tapi handfon aku off satu hari tu, charger rosak! Malam kang baru aku on balik. Kerja hari ni, okay-okay saja! Bila malam, aku on hp balik. Bertalu-talu msj masuk. Oh! Aku sayang kamu semua. Terima kasih kepada yang sudi mengingati besday aku. Aku cek FS pun, banyak testi ucap besday masuk. Erm.. someday….parent aku call aku, tanya aku apasal hp tak boleh calling. Aku pun bgtaula… terharu…
function untuk UMNO Hulu Langat




Terbang.
29 Dec – aku pergi function event customer aku. Sebenarnya aku ragu-ragu juga nak pergi, sebab bos aku tak kata apa pun. Dia kata, semalam dia balik kul 1 kat rumah. Aku tengok pagi tu pun dia cam mamai. Hahahaha! So, dia suruh Abang Shah pandu kereta dia. Aku pula jadi mem besar kat seat belakang. Hehehe! Singgah minum kat RNR Nilai, kemudian direct g hotel.
Masa sampai kat hotel, angin memang kuat sangat. Huh! Nasib baik aku ikat rambut ala ekor kuda. Aku g pejabat sales, kemudian pinjam blazer kak Shida. Pastu, aku call Sham, budak bowling department yang panggil aku PUAN dalam pon beberapa hari lepas. Aku dah janji ng dia, nak datang jumpa untuk event ni. Aku pun heran jugala, apasal aku ekstrovert tak malu g jumpa pun. Padahal sebelum ni, aku tak cam ni.. ala.,. tak apala, rakan sekerja kan. Bila je aku sampai kat bowling tu, alalala…comelnya budak Sham ni…muka dia memang comel dan chubby…Kemudian bermula la kerja aku menguruskan event besar yang mempunyai jumlah 372 orang ni.. hehehe… sesempat jugala mencuci mata.. ada sorang lelaki tu, aku rasa dia ni tau dia hensem. Asyik2 belai rambut panjang dia yang cantik tu. Pastu, dia g stage foyer sambil belah-belah rambut dia tu. Suka benar aku tengok. Almaklumla, jarang nampak lelaki hensem. Opss! Cuci mata saja tau, bukannya ada motif pun… bila aku rasa keadaan dah stabil, aku join Abang Shah duduk tepi kolam renang. Ada la sekumpulan mamat India berenang kat dalam kolam tu. Ada pula sorang member tu stay kat tangga kolam sebelah kiri aku, aku pun tak tau dia nak buat apa kat situ. Kawan dia kat belah ujung sana pun. Aku pun saja-saja tegurla.. oh! Rupanya dorang tu dari Klang. Saja datang bercuti. Budak ni hensem juga la.. tak hairan la bila dia cakap dia ni model …. Model DIGI. Oh! Aku tak alert bab-bab tv ni, sebab aku tak ada tv pun. So, aku buat cam tau je la.. bual-bual la ng dia. Tapi aku bosan lak, bila dia cakap pasal dia tak puas hati ng kerajaan. Saja je aku buat lawak pasal HINDRAF tu.. well, everybody has a reason kan.

pantai biasa je kat hotel



Pastu, aku g tempat bos dan Abang Shah lepak, depan hotel. Kebetulan Pak Din, customer UMNO aku tu ada kat situ. Bos aku kenalkan aku ni PA dia kat Pak Din. Herm… gatal lak orang tua ni.. dia kata kat bos aku, apasal bos aku tak kenalkan aku kat dia..hahahha…aku pon p salam dia, salam hormat orang tua pun. Pastu, bos aku suruh aku g Seafront Hotel, untuk urus tetamu kat sana…kahkahkah! Tak sangka pula, customer aku yang panjang rambut tu akan tinggal kat sana.. kikikikiki… aku pun saja tegurla, memang hensemmmm…. Abang Shah pun geleng kepala tengok muka poyo aku..hahahaha… pastu belah malam, aku g makan kat café.. bos suruh join UMNO punya group.. Isk! Segan.. ahhaha…last-last aku ng abang shah makan kat café je.. bos yang bayar pun. Pastu ada pula manager kat situ, biarla ku namakan dia sebagai MR. S. hehehe.. duduk semeja ng kitorang.. bual-bual la ng dia. Pastu abg shah pula kata dia nak p ‘berasap’ pula. Herm.. tinggalla aku dengan mr.s tu. Erm.. I didn’t judge others by their cover.. mr.s tanya aku dah kawin ke belum, ada bf, serius ke ng bf tu, semua tu aku jawap dengan jawapan jujur la. Boleh pula dia kata, dia tak peluang nak tackle aku..muahahhaa… sial je.. dah la tadi ng cik din tu, ni pula ng mr. s.. tapi, aku tak anggap serius la, maybe orang2 tua ni suka benor bergurau. Tapi aku pula tak selesa.. aku just be myself even sometimes aku tak selesa.. cuba stand firm, dan tak layan soalan-soalan menggelenyor tu. Tapi bila dia tanya aku, aku serius ke ng yg baru ni, aku amik masa nak jawab. Entah aku pun tak pasti… maafkan aku!
Pastu, gang KL balik KL la.. bos aku antar aku sampai rumah. Abg shah yang pandu la. Sepanjang jalan, kitorang asyik gelak je.. bos aku ni (agaknya) sporting la kot. So chemistry aku, bos aku dan abg shah memang best. Tapi tak taula di masa depan camana. Cuma yang aku boleh katakan sekarang ni, aku berazam nak tinggalkan kerja ni dengan cemerlang (pada level aku la), sama macam aku tinggalkan kompeni dulu. Banyak perubahan yang perlu aku bantu demi hotel ni. InsyaAllah.. bos aku pun layan aku bagus juga, even dia cina, tapi dia tak ada lagak cam racist. Ala kalau dia racist pun, aku tau la jadi pekerja yang macamana.. harap-harap aku boleh jadi pekerja yang bagusla lepas ni.

aku rindu dengan pantai rumah aku


Ku harus lepaskanmu.
30 Dec – 3 budak rumah aku balik kampung. Esok kompeni dorang cuti. Ala, dorang ada ke, tak ada ke, keadaan aku sama je. Tak ada lebih, tak ada yang kurang. Cuma aku rasa selesa sikit, sebab aku tak terkejut oleh hempasan pintu bilik dorang. Entah, maybe pintu bilik dorang rosak kot, tapi takanlah…. Malas nak cakap. So, kat rumah tinggal aku dengan elda je. Elda pun esok keje. Lusa opkos cuti. Herm.. aku bangun awal dan terus p mandi. Semalam, badan aku letih pun, aku sempat mandi juga. Maklumlah, puas ‘berangin’ dengan bayu laut. Muka aku dan tangan aku pun melekit kena ng garam laut. So, aku tidur nyenyak semalam. Tapi pagi tadi badan rasa lenguh ler. Maybe penangan angin semalam kot. Pagi lagi, aku dah p beli suratkhabar, lama sangat rasanya (ye ke?) aku tak baca paper… hehehe..paper online curi-curi ada la. Semalam aku ada beli paper star, tapi tinggal kat opis lak. Aku ingat nak basuh baju siang tadi, tapi termalas pula. Lepas sarapan, aku tidur balik. Pastu p dapur, ada pula elda sedang sedang masak tengahari.. aku pun lepak baca ulang semula paper kat ruang tamu, sambil bual2 ng elda..dia pula makan tengahari.. Hehehe.. dalam kul aku tidur balik.. tapi tak nyenyak sangat.. aku pun bangun balik. P dapur terasa nak minum petang, elda tengah masak cekodok la pula…hahaha.. dia ni even kurus kering tapi kuat makan.. pastu, aku nampak akak sebelah rumah sedang gunting rumput, sesaja bual ng dia.. bual punya bual, tiba- tiba dia tanya ;
‘pakwe ko mana dah, mas?’
‘pakwe yang mana?’ – nak tergelak plak aku, sebab soalan aku ni macam aku ni ramai pakwe ..
‘ala, yang bawa motor ng kereta ari tu..’ erm.. skodeng yer.. sayu pula aku rasa..
‘dah putus dah kak, lain pula sekarang ni..’ hahahaha…

boleh pula dia kata, aku dapat lelaki yang kerja bagus-bagus.. erm.. aku tak pernah nak g mengorat pun. Dah jalan takdir aku cam ni. Tapi yang best, bila dia kata aku dah kurus sekarang ni… muahahahah.. aku tak tau mana kurus aku pun, bagi aku sama je tahap isi kandungan badan aku ni. Cuma, bila aku banding muka aku, masa aku g penang ng sekarang ni (5 bulan lepas) memang muka aku dah panjang sket.. muka je la. Entah!
Aku rasa sayu pula bila cerita pasal wan. Biarla..
‘berkawan’ dengan seseorang sekarang ni pun, aku tak pasti. Sebab, aku dah berkawan biasa dulu ng dia ni sebelum ni sebelum aku declare. Aku dah cakap dengan dia;
‘kalau ko ada orang lain, ko terus terang, takdenye aku nak marah…’
‘apasal ko tak percaya ng aku ke?’
‘aku tak kisah ko ada orang lain, cuma aku tak nak ko ada 2 hati. Satu untuk aku, satu lagi untuk dia. Aku tak mau ko tamak. Aku tak kisah mengalah pun.’
‘kenapa pulak macam tu?’
‘sebab, sebelum ni aku tau semua cerita pasal ko. Kan sebelum ni kita kawan biasa. Ko banyak cerita pasal diri ko pasal aku. Bila dah declare ni, aku berhak tanya. Tak adanya aku nak cemburu. Sebab tiada istilah persaingan dalam hidup aku kalau bab macam ni. Lagipun, aku tau takat aku macam mana..’

Jauh mimpiku…..
betulla.. buat apa aku nak cemburu pun. Aku dah melalui peringkat kehidupan lain tetapi berkait rapat sebelum ni. Aku dah rasa, so, aku tak hairan dah. Lagipun, hati aku dah terpaut dengan ‘seseorang’.
‘seseorang’ tu tau perasaan aku pada dia. Aku tak kisahla, sampai bila nak tunggu. Tapi aku rasa aku bukan tunggu pun. Aku cuma boleh berharap biar ada sesuatu perkara yang meyakinkan aku, bahawa dia bukan dicipta untuk aku. Bukan aku syok sendiri, sebab sebelum ni, kami pernah ada rasa yang sama. Biarpun keadaan itu pelik dan bukan semua orang boleh menerima keadaan macam tu.
Aku tau dia baca blog aku, aku tak kisah. Sekurang-kurang dia tahu, aku tak pernah berubah. Aku sentiasa pegang janji aku. Biarpun dalam masa yang sama, aku bersama orang lain. Aku bersama orang lain, supaya aku boleh melupakan dia. Tapi, setakat ni, memang aku degil. Kalau nak kata aku bodoh, katalah. Aku tak kisah. Sekurang-kurang aku kisah agung yang pernah tercatat dalam kehidupan aku. Aku takan menyesal. Niat aku elok, sudah tentu Tuhan merestui niat aku.
Berikan aku satu tanda, betapa aku memang harus melupakan kisah agungku yang belum berakhir itu. Sampai sekarang aku masih menunggu, bukannya menunggu dia datang kepadaku. Tetapi aku menunggu untuk mengetahui siapakah bakal permaisuri hatinya. Perempuan itu semestinya bertuah sebab dia memiliki pria terhebat aku. herm.. tiada istilah cemburu pun, sebab aku tak bersaing untuk merebut si pria itu. aku cuma mahu tahu kesudahan kisah agung ini. Memerhati si dia dari kejauhan, dan aku tahu dia tahu perihal ini. Aku tak sabar nak mengetahui bakal mata hatinya itu yang sekaligus berjaya merobohkan tembok ego priaku itu.
Kenapa aku tak berusaha untuk perasaanku sendiri? Sudah. Aku sudah berusaha. Aku sedang belajar perlahan-lahan untuk menerima hakikat keadaan. Bersedih? Tidak… kan aku dah cakap.. aku sedang belajar perlahan-lahan.

Lupakanlah semua mimpi-mimpi..
walaupun bayangnya menghantui..
yang kadang ingin selalu memiliki cintamu..

Kawan dia pernah cakap, kalau si dia tu nak reject perempuan dalam hidupnya, dia akan reject secara perlahan-lahan. Aku tak kisah pun. Aku cuma tahu ending story aku ni. Ya. Mungkin perkahwinan si pria itu akan menjadi kemuncak kisah agung aku ni. Itu yang aku tunggu pun…
Gila kan. Maybe aku terlalu banyak baca novel mahupun tengok movie. Tu pasal aku jadi cam ni. Ala, sebahagian dari kehidupan aku, aku pun berhak nak jalani kehidupan macam orang lain.
Tinggal beberapa jam lagi nak tahun baru. Ala, bagi aku, setiap hari ada la hari baru. Tahun 2007 ni banyak mencipta suka duka hidup aku. Semua mengajar aku agar lebih berhati-hati dalam kehidupan. Azam? Ala hari-hari aku berazam nak kehidupan yang lebih bagus.
Senarai ‘benda baru’ yang aku nak:




nak buat paspot, aku nak pergi Indonesia next year
nak beli kamera idaman aku – hari tu tak jadi
nak ambil lesen kereta
nak setel hutang piutang aku
nak jadi pekerja yang bagus
nak balik sabah – back for good
nak sambung belajar
nak cari duit banyak
nak pakai tudung balik
nak buat semua 9 di atas.

Banyak lagi yang aku nak, tapi tak tersenarai lagi. Yang lain, aku tulis dalam otak aku. kang cakap aku berangan lebih pula. Aku memang suka berangan, tapi sekurang-kurangnya 7 daripada 10 ‘benda baru’ untuk tahun 2007, aku dah capai dengan cemerlang.

Untuk 2008?? Tak pasti lagi. Cuma aku perlu berusaha lebih. Tak lama lagi majlis konvo aku. Alhamdullillah, aku rasa macam terlepas dari penjara dah. Akhirnya aku berjaya benda-benda tu walaupun banyak perasaan dah tercalar. Aku tak berniat nak jadi macam ni, percayalah. Tapi aku lalai. Maafkan aku… tahun 2007 ni banyak mengajar aku tentang kemanusiaan. Aku sendiri selalu tersasar dari prinsip diri aku. aku menyesal dan tidak mahu mengulanginya lagi. Demi Tuhan…

Sunday, December 16, 2007

Aku Mahu Menjadi Seorang Photo Journalist

Seperti tajuk entry aku, aku ingin menjadi seorang photo journalist. Ada iklan kosong sebagai photo journalist, tetapi dengan bangganya aku terpaksa mengirim resume + certificates + segala bagai kat mana-mana editor dengan penuh rasa rendah diri sebab aku tak punya education background dalam bidang ni. Aku suka ambil gambar, menulis dan jalan-jalan. Herm....kawan aku kata, aku ni salah ambil kos masa kat universiti dulu. Sebenarnya aku tak salah ambil kursus, tapi aku dah kena tawar masuk kos aku dulu. Lagipun, masa tu minat aku terhadap dunia photography belum bermula, sebab aku belum mempunyai kamera.

Sekarang ni, bila kemana-mana aku mesti bawa sekali kamera aku, boleh ambil gambar kat mana-mana tempat aku singgah. Kalau ada kesempatan pulak, aku boleh update segala PERASAAN aku kat blog aku ( ye la! tak pernah firm kalau bab blog ni). Tapi sekarang ni, aku harap aku boleh maintainla. Dan kalau ada masa, aku nak transfer balik blog-blog aku yang lelama tu kat sini ke. Buat link ke. Herm.. ye la tu! Harap-harap akan tercapai juga hasrat murni aku yang terdalam ni!


Bagi aku, bila ambil gambar ni, aku menganggap itu bukan suatu kerja yang tak berfaedah. Aku tau, benda hobi macam ni, ada juga yang anggap aku pelik. Salahke aku nak ambil gambar-gambar macam ni? Herm... Malas nak layan ... Aku punya suka aku nak buat apa kan. Masa lalu memang takan berulang, melalui gambar aku boleh menceritakan semula segala bagai yang aku pernah lalui. Macam semalam, aku saja tak sanggup nak ambil gambar kat toilet rumah aku...hahahah... Sial betul.. entah sapala yang sakit perut lalu menghamburkan segala isi perutnya itu tidak tepat ke arah sasaran (maksud aku, dalam bowl toilet tu la), takanla masa dia basuh organ pembuangan dia tu, dia tak nampak cecair kumuhan yang ada kat bowl tu.. bukannya bowl tu berwarna kuning pun...hahahaha....aku pun malas nak sound budak-budak tu. Sebab aku rasa, aku terkena juga kang. Toilet tu hanya aku dan 2 orang budak penyewa saja yang guna.
Ops! Bukan aku yang butat, walaupun masa sebelum kejadian itu berlaku, aku memang ada guna tandas tu, tapi aku ni jenis orang yang tak 'tinggalkan kesan'... hahahaha... aku akan cek betul-betul, baru la aku keluar dari BILIK TERMENUNG tu! Herm.. terpaksa la aku membasuh segala BAGAI yang tertinggal kat tepi-tepi bowl tu. Semangat aku nak membasuh kain rendaman aku bertukar menjadi perasaan yang ngeri. Tetapi dengan terpaksa juga, aku lalui semua tu dengan senyuman keterpaksaan. Hahahaha... sebahagian dari hidup apa!




Apa pula perkaitannya dengan tajuk aku? Aku suka dan hendak menjadi seorang yang berkongsi pengetahuan. Kalau boleh, aku nak pi travel je, ambil gambar kat tempat orang lain. Walaupun pada dasarnya, aku memang buat cam tu. Maksud aku, aku nak involve benda ni secara serius, dan boleh dijadikan sebagai pekerjaan aku. Mana-mana tempat aku nak pergi, aku boleh buatkan dalam bentuk journal. Aku tau, ramai yang involve dalam sebegini kaedahnya.. samada jadi reporter ke, blogger ke.. tapi aku nak jadi photo journalist secara TOTAL! Bekerja pada sebuah company! Kan ke best tu! Tiap-tiap bulan boleh pergi jalan-jalan ke mana-mana, mengambil gambar, kemudian membuat text lisan melalui majalah atau web site khas. Isk! Tinggi sangat ke cita-cita aku ni? Aku rasa tak ada la sangat, cuma aku tak ada education background dalam bidang ni saja.


Herm.. dulu aku pernah pergi interview untuk jawatan penulis. Kat bawah seterusnya adalah e-mail aku pada seorang editor majalah, aku email tentang ketidakpuashatian aku.. tapi apa nak buat, aku memang tak ada talent dan rezeki dalam penulisan kot!




-----------------------------------------------------------------------------------------------
Seisi Meluahkan Perasaan!

Assallamuallaikum,


Hai! Saya harap Puan ****** sihat hendaknya. Maaflah sekiranya email ini mengambil seketika masa Puan ***** hendak membacanya. Saya tahu Puan ***** adalah Editor dalam Majalah Eh!, semestinya komitmen-komitmen lain lebih perlu dilaksanakan sepenuhnya. Saya Mas, sudah hampir 2 tahun membaca Eh dengan seriusnya, manakala sebelum tempoh masa itu, saya lebih kepada dengan aktiviti ‘meminjam’ dari kawan-kawan atau membaca di library kampus saya saja. Dalam masa 2 tahun ini, akhirnya saya dapat membeli ME dengan duit saya sendiri. RM 7.50 semasa zaman kampus saya adalah begitu hati-hati saya gunakan. Maklumlah, pembiayaan pengajian saya ditanggung oleh PTPTN. Bila berada di alam pekerjaan, RM 7.50 juga begitu hati-hati saya gunakan, kerana gaji yang perolehi dari company tempat saya bekerja adalah sama seperti zaman kakak saya bekerja sebagai kerani akaun dalam tahun 1989. Bukannya tidak bersyukur, tetapi memang betul, kakak saya terkejut bila saya memberitahu basic gaji saya semasa bekerja di syarikat itu. Katanya, basic saya itu sama seperti basic gaji yang diperolehinya kira-kira 20 tahun lepas. Tergelak pun ada, terkedu apatah lagi. Apalah nasib, takanlah hendak memilih pekerjaan dalam zaman macam ini. Saya sendiri, sedang ‘tersangkut’ sementara dengan pengajian saya. Sesuatu yang tertunda itu membuatkan saya berfikir supaya mensyukuri dengan apa yang saya perolehi. Selain daripada gaji semaksima itu, saya memperolehi pengalaman kerja yang saya rasa membantu saya meningkatkan cara saya memanipulasi kehidupan saya. Opss! Bukannya perkara buruk saja ya. Tak apa, kata orang tua, dalam hidup ini kita ambil yang baik-baik saja. Manakala yang buruk itu jadikan sebagai silam kita yang membantu hidup kita lebih baik dari hari-hari semalam. RM 7.50, basic gaji dan silam saya itulah membuatkan saya berkata, saya mesti mengubah kehidupan saya!


Hidup saya tidak seperti orang lain. Mungkin ini ujian hidup, sekadar menyenangkan hati. Siapa yang tidak bimbang, pengajian saya masih ‘tergantung’, taraf hidup semakin meninggi, tanggungjawab sebagai seorang anak langsung belum dilaksanakan, pesaing-pesaing lain semakin menimbun, apatah lagi usia saya menginjak ke 26 tahun! Saya mencari kerja melalui sijil STPM saya, pengalaman kerja dan penampilan keyakinan saya yang sangat minima! Kesiannya diri saya, selama bekerja di syarikat itu, selama itulah saya hidup dengan kebencian bekas teman baik saya, atas perkara sebelum ini saya dilabel sebagai manusia yang tak kenang budi. Budinya kerana mendapatkan saya kerja di tempat itu. Sayunya meninggalkan kawan-kawan di tempat kerja saya itu dengan alasan saya berhenti kerja kerana saya ingin menyambung semula pengajian saya. Memang betul, tapi jauh di sudut hati sebenarnya saya sudah tidak tahan dengan LABEL yang ada pada saya itu.

Saya mula mencari ‘kelebihan’ pada diri saya sendiri. Bukan hendak membanggakan diri, tapi langkah saya itu merupakan pemangkin kepada diri saya sendiri untuk YAKIN apabila pergi mencari mencari pekerjaan. Saya sebenarnya pasif kepada diri sendiri walaupun orang luar nampak saya ini seorang yang aktif. Salah saya menampilkan diri seperti itu, tetapi apa kan daya, hidup pada zaman sekarang ini terpaksa begitu tegar menghadapi segala cabaran. Kalau saya terjatuh, saya mesti memaksa diri saya untuk terus berlari biarpun terlalu banyak luka yang saya hadapi. Dari sudut lain, saya merasakan diri saya sangat bertuah kerana Tuhan sentiasa memberi saya ilham dan peluang kepada saya biarpun sudah banyak kali terjatuh. Saya sudah sedia mahu menjadi seorang penulis! Sejak usia yang masih mentah, saya sudah banyak membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Sains, agama, sejarah, politik, cara hidup dan kebudayaan, falsafah... apa saja yang ada di sekeliling saya pada masa itu. Kemampuan yang sangat terhad tidak menggalakkan saya memiliki koleksi bahan bacaan saya itu. Kalau tidak, tidak mustahil saya mempunyai privacy sendiri untuk menyimpan bahan-bahan itu. Saya berkata, saya sudah bersedia menjadi seorang penulis kerana saya rasa saya sudah mempunyai keyakinan untuk menghasilkan sebuah penulisan yang dapat menarik perhatian para pembaca untuk membaca item saya itu. Saya mahu menjadi penulis dengan tujuan dapat memberi sumbangan buah fikiran kepada masyarakat tentang sesuatu isu. Semasa remaja dulu, saya sudah mula menulis. Mungkin ianya novel mahupun cerpen, namun hati saya rawan apabila pada suatu ketika saya melihat skrip itu ada bersama timbunan buku-buku sekolah saya yang sedang dibakar. Maklumlah, sudah habis bersekolah, tiada siapa yang akan mewarisi buku-buku latihan saya itu. Ah! Silap saya sendiri apabila tersalah letak hasil penulisan saya itu.

Apabila meningkat usia di zaman kampus, saya mula membiasakan diri dengan blogging. Namun, apabila saya membacanya semula, ia tidak lebih daripada gelodak-gelodak diri saya semasa di perantauan. Macam-macam pengalaman hidup dicatatkan sehinggalah memasuki zaman pekerjaan. Sudah biasa blogging, sehingga satu masa ada di antara entry blog saya itu diprint keluar dan disepahkan di ruang tamu rumah sewa saya. Saya hanya ketawa, mungkin ‘mereka’ tidak berpuas hati dengan tindakan saya itu. Kata mereka, saya menyebarkan cerita tentang mereka itu di internet. Saya tidak seperti mereka, meluahkan perasaan tidak puashati di kalangan mereka. Dan sekaligus menimbulkan angkara terbaru berlainan versi dari cerita pertama. Apabila saya sudah tahu pahit manis cara kehidupan ‘menyewa rumah ini’, saya menjarakkan diri dari mereka. Saya luahkan ketidakpuashatian saya melalui blog saya. Saya bercerita tentang kisah benar, bukannya fitnah. Namun, saya rasa mereka tidak faham apa erti blog, blogger mahupun blogging. Herm.... fikir saya, mereka bukannya artis terkenal yang malu apabila tersebar cerita tentang mereka di internet. Lagipun, saya tidak mention nama mereka, so what else? Herm.... terharu juga bila ada pihak mengetahui kewujudan penulisan saya itu. Heheheh....

Saya rasa saya mahu menjadi seorang penulis. Novel? Saya pernah mencuba, malahan sekarang ini sudah 10 bab yang saya hasilkan. Namun, kadang-kadang saya menghadapi ‘beku otak’. Idea banyak mencurah, tetapi cara mengeluarkannya membuat saya berfikir banyak kali. Melihat kepada himpunan novel karya-karya ulung novelis tempatan di dalam bilik saya ini, membuatkan diri saya ‘rendah seketika’. Di pasaran, sebuah novel normal kelihatan di rak-rak jualan adalah setebal 400 ++ mukasurat. Saya baru mempunyai 200 mukasurat (agaknya). Isi cerita tak tahu lagi lagaknya bagaimana. Haiiii! Saya belum mengalah. Masih masih mencari teori-teori cara menghasilkan sebuah penulisan. Sehinggalah pada suatu hari, saya berpeluang menghadiri beberapa temuduga jawatan sebagai penulis artikel majalah. Oh! Beberapa pengalaman ini begitu menyayat hati saya sendiri, rupanya susah hendaknya menjadi penulis di bawah satu pihak berdaftar. Bukanlah saya hendak memprotes cara mereka menemuduga saya, tetapi pengalaman itu hampir membuatkan saya mengalah untuk menjadi seorang penulis.

Saya cuba menjadi jujur di dalam setiap temuduga-temuduga itu. Penulis artikel majalah okay! Soalan wajib pada setiap seisi itu ialah : apa pandangan anda tentang majalah keluaran syarikat kami ini? Oh! Pada awal seisi, saya sudah menyatakan beberapa perkara tentang saya.

Saya mahu menjadi seorang penulis, tetapi saya tidak mempunyai latarbelakang formal di dalam penulisan.

Saya bukan follower tetap majalah keluaran syarikat anda, kerana saya tidak mampu membeli kesemua majalah yang ada di pasaran untuk mengetahui cara-cara penulisan sesebuah majalah.

Saya tidak ada bukti khusus bahawa saya seorang penulis yang mampu memberi penulisan terbaik sekiranya saya diterima bekerja, tetapi saya yakin dapat menjadi penulis yang mampu memberi kerjasama kepada semua pihak kerana beberapa kebolehan yang ada pada saya. Ini termasuklah cara capaian maklumat melalui internet, cara menyusun maklumat, cara mendapatkan maklumat termasuk komunikasi lisan mahupun bertulis dan lain-lain lagi. Sebab saya sendiri berpendidikan pengkhususan di dalam bidang pengurusan sistem maklumat, sudah pasti saya tahu cara menganalisa data, menyusun dan memproses data sehingga maklumat, mengawalselia maklumat sehinggalah beberapa proses yang lain.

Saya bukannya tidak membuat homework sebelum temuduga-temuduga itu, cuma apa yang membuatkan saya terkilan, para editor tersebut menempatkan diri saya sebaris ilmu penulisan dengan mereka. They wanted me to talk about their magazines!

Di situ, saya hampir-hampir putus asa, sebab point utama mereka : anda harus menjadi pembaca majalah tegar kami sekiranya anda mahu menjadi penulis majalah kami. I’m so dissapointed with your answers thus the magazine now are very colourful, the words that you used are very easy to understand...bla...bla....

Biarpun sebelum itu, saya perhatikan majalah keluaran mereka itu tidak kurang dalam aktiviti plagiatsme, tapi takanlah saya hendak berterus terang tentang itu? Tentulah awal-awal lagi saya ditolak kerana mengatakan hasil kerja mereka adalah hasil copy cat dari penulisan orang lain. Maaflah kerana saya berkata demikian, kerana saya juga membaca sumber dari luar negara. Saya tahu bezanya transformasi perkataan dari bahasa English ke bahasa Melayunya bagaimana. Kemudian mereka bertanya lagi kepada saya, apa majalah tempatan yang saya baca?

Saya menjawab:
Eh!, CLEO, Wanita, PC Magazines, Siswa, ...bla..bla...dan sedikit masa dulu, REMAJA. Majalah hiburan mengenai gosip2 tanahair saya kurang baca, kerana saya lebih suka membaca majalah yang bersifat pengetahuan dan fakta.


Editor : Kenapa awak baca Eh dan CLEO? Bagi saya kedua-dua majalah itu tidak lebih kepada budak-budak muda yang ingin cepat menjadi dewasa pada keadaan masa yang masih belum sesuai. i think when they read about a fashion, they want to be a model, isn’t so?

Saya: Saya tidak nafikan perkara itu, tetapi saya sendiri mempunyai sebab kenapa saya membaca kedua-dua majalah itu. Saya baca Eh kerana saya tertarik dengan gaya penulisan penulis-penulis yang ada di situ, bagaimana mereka mengutarakan sesuatu isu dan saya rasa penulisan artikel mereka amat jarang menggunakan plagiatsm. Di samping itu juga, saya membaca Eh kerana saya suka melihat paparan-paparan fesyen yang ada di situ. Mungkin saya hendak menjadi seorang fashion designer, tetapi saya rasa tidak kesampaian kerana saya tiada kebolehan melukis apa-apa objek secara teliti. Tetapi saya mungkin boleh menjadi seorang fashion consultant termasuklah pengetahuan tentang mix and match, jenama, rekabentuk mahupun kesesuaian. Bagi majalah CLEO pula, saya merujuknya bagaimana menulis dalam bahasa English. Agak keterlaluan kalau saya mengatakan saya bercita-cita untuk menarik perhatian luar membaca penulisan saya. Saya mahu menjadi penulis yang dikenali di luar negara, bagaimana saya mampu menggegarkan sesuatu isu melalui pandangan mata saya dari negara yang kecil ini. Cita-cita itu mungkin dapat dicapai sekiranya saya berjaya menguasai bahasa English dengan baik. Saya bukan membelakangi bahasa Melayu saya sendiri, namun saya harus realistik dengan keadaan isu semasa. Bahawa bahasa English adalah bahasa yang diterima di seluruh dunia. Untuk memantapkan diri berdasarkan cita-cita saya menjadi seorang penulis versatil, saya perlu menguasai bahasa English. Dan saya memilih CLEO sebagai rujukan saya, biarpun saya tahu banyak lagi majalah-majalah lain yang menggunakan bahasa English. Namun saya menitikberatkan multipurpose dalam pembacaan saya. Dan saya rasa CLEO memenuhi kehendak saya apabila memilih majalah rujukan. Sebagai rumusan, saya masih mencari-cari cara yang sesuai bagaimana hendak menghasilkan penulisan yang menggunakan bahasa yang sesuai dan dekat dengan pembaca.

Editor said: what is actually your ambition as a writer?

I said: Saya mahu menjadi penulis yang versatil. Saya juga mahu menjadi penulis yang bukan hanya tahu menulis tetapi saya juga mampu berkongsi pengetahuan. Saya kurang gemar berkongsi pengetahuan melalui lisan kerana buat masa sekarang saya dikelilingi oleh mereka yang menganggap saya berlagak apabila saya menjawab soalan-soalan mereka. Mungkin cara saya bercakap mahupun intonasi saya yang bukan di dalam level mereka membuatkan mereka melabelkan saya berlagak. Keadaan latarbelakang masyarakat yang berbeza memungkinkan kita terpaksa menjadi watak lain kalau hendak bermasyarakat. Sebagai contoh semasa di kampus dulu, saya bebas mengutarakan apa juga pandangan saya walau apapun intonasi atau cara yang saya gunakan, kerana saya yakin mereka jenis yang boleh menerima secara terbuka tentang apa saja yang diutarakan. Dan bagi saya, keadaan itu lebih kepada bentuk perbincangan yang selesa. Tetapi berbeza apabila saya berada di alam pekerjaan. Jangan anggap apabila kami masih berada di alam kampus, fikiran kami tidak matang. Di alam kampus, kami terdiri daripada pelbagai latarbelakang, kaya, miskin, pandai, bijak, lebih baik, lebih kurang mahupun yang lain-lain.... tetapi di alam pekerjaan, memang betul bukan semua dapat berpeluang ke menara gading, tapi janganlah berbodoh sombong kepada orang lain. Semua manusia sama saja, tetapi ilmu yang membezakan antara sesama mereka. Tetapi perlu diingatkan, biarpun kita berpelajaran lebih sedikit, kita harus belajar menggunakan ayat selain supaya mereka itu faham dan tahu apa yang kita cuba sampaikan. Berbalik kepada cita-cita sebagai penulis tadi, saya mahu menjadi penulis versatil yang berpengetahuan dan mampu membuka mata masyarakat tentang sesebuah isu. Saya tidak mahu hanya berminat dalam bidang fesyen mahupun kecantikan, tetapi mungkin saya juga mampu menjadi penulis dalam isu nuklear, alam sekitar, perhubungan dalam masyarakat dan sebagainya. Pendek kata, saya mampu dan bersedia menjawab setiap soalan tentang apa juga perkara.

Editor said: Tetapi saya tidak melihat segala jawapan anda seperti yang saya mahu untuk menjadi penulis majalah kami.

I said: Lack of me. I used to do homework before about your magazine, but i’m not your follower, so i have to answer your questions from overall situation. I cannot state in specific answer because it would be trapping me and you will get to put me as a person whom can talk but nothin inside. I’m just being honest with my answers.


Sebenarnya saya menulis sesuatu ini untuk editor seperti Puan ****, untuk meminta pandangan mahupun mempertimbangkan pandangan keadaan. Saya berasa ‘bengang’ apabila editor2 itu tetap mempertahankan kehendak mereka. Saya rasa mereka hanya pentingkan market majalah mereka sendiri tanpa mahu mengubah pandangan kepada mereka yang bercita-cita hendak menjadi penulis. Manusia dibezakan melalui ilmunya dan janganlah memandang semua manusia itu sama.


Mungkin sebelum ini mereka terkena dengan karenah penulis-penulis mereka, dan saya menjadi mangsa terhadap silam mereka itu. Kalau sebegitu rupa, saya rasa saya layak menjadi salah seorang penulis Eh! kerana saya memang follower Eh!. .... kalau ada yang setuju dengan ayat saya tadi, sungguh saya tak sangka ada juga yang masih bersikap ketinggalan. Saya harus sedar di Malaysia ini masih ramai yang masih belum terbuka pemikirannya berbanding yang sentiasa sedia menerima pembaharuan. Dan tak sangka, saya fikir editor-editor yang saya jumpa itu, pada mulanya saya berasa amat teruja berjumpa dan berbual sendiri dengan editor gah itu. Tapi rupanya they talk about their market but wasn’t about how to make people appriciate their THINGY.

WHAT I’M SUPPOSED TO BE? COULD YOU TELL ME?

Hahahah! Merasala nak membaca semua ini...aku dah malas nak edit segala bagai!


Thursday, December 13, 2007

Little Parade la pulakkk



Entah dah berapa kali dah aku set up blog ni...hehehe..tak pernah disiplin pon..semenjak 2 menjak ni..aku dah masa nak ambil gambar...semenjak menganggur dan pusing2 KL cari kerja kot..oleh yang demikian, aku nak sambung cerita dari friendster aku pulaks....letak balik gegambor tu...hehehe...aku SUKA - LAH!


Semalam aku broadcast dari Starbucks Jaya Jusco, Cheras Selatan. Herm..seronok pula lepak kat sini ni..tak adala crowded sangat. Ari ni, lepas dari 'interview' tak jadi tu, aku balik rumah..tido kejap, pastu aku g sini lagi...saja ja nak update resume aku kat http://www.jobstreet.com/ aku tu..ekceli aku tak pernah update pon...hehehe..semenjak 2 menjak aku dah tau aku akan grade, terpaksa la aku susun balik schedule aku...akhirnya...aku rasa relaks sekejap..macam je terlepas dari penjara...finally, i've got it..hehehe..
cantik tak gambar pertama dan kedua ni...kereta cindrella ni aku snap kat JJ Cheras Selatan ni la...tak adala besar macam kat Mid Valley nun tu..tapi kereta cindrella ni kiut kan...pokok krismas dia pun tak besar sangat...tetiba aku teringat kat cerita The Echanted tu..hahaha..memang best gila..tapi tak best hero dan heroin dia tak hensem dan lawooo....agak2 cantik je la...hahaha....tapi aku suka tgk keta ni..agak2 kalau aku naik, mesti PECAH kan...simple....tapi cute...sbrnya aku nak g toilet kat JJ ni...dah nak pecah 'tangki' aku ni menahan KENCH'
...dahlah masa tu sejuk belakoooooo....so, tersempatla pulak amik gambar ni...JJ kat Cheras Selatan ni boleh la tahan besaunyer....cammy aku tak bleh amik kesemua sekali..hahaha....kalau tak kena g ujung jalan baru bleh ambik gambor...oleh yang sedemian rupa..aku kena naik jejantas dulu kalau nak snap gambar tu...ala2 macam JJ kat Seremban 2 kan...tapi kat Seremban tu memang best lar....meriah sunggoh pun.







Sebenarnya aku ada interbiu, tapi Mr Jimmy tu pula kata tak jadi...buang duit aku jerk...erm..macam aku tak pecaya plak kat mamat Lanang tu...maybe dia pikir aku tak tau bab-bab keja kontrak ni...aku just angguk-angguk-kan-kepala--ya-ya-em-ya-paham...buat2 janji je nak datang esok pun..tapi aku takan pegi sebab, keja tu keja kontrak...so, apa2 hal pun aku susah nak claim karang. Cir-ciri keja kontrak tersebut adalah:

1)kontrak adalah selama 6 bulan - keja admin je sbnrnya...abis aku dah ada degree, takan nak tunggu abis kontrak tu ...
2) tak ada KWSP - aku rasa rugi plak, kalau apa2 terjadi pada aku karang???
3) SOCSO pun tak ada...

4)memang tak best keja kontrak pon... tak bebas!


Lepas je jumpa dia, dia offer nak antar aku kat mana2 stesen ler...(aku pileh KLCC).. dalam perjalanan tu, sempat juga dia kata kat aku:

dia kata -" Sebenarnya I tak percaya pada qualification, yang penting kita usaha...bla..bla..."
aku jawab - " Yeah! It just a bonus!"
dia sambung " Actually, I tak ada degree pun, I ada form 6 je, itupon 20 tahun lepas ler..."
Aku rasaler..dia pikir cam tu, sebab dia tak pernah merasa nak bljr teruk-teruk pon, abis..terpaksa la strive lebih nak idop kan..tu pasal dia rasa level dia sama cam org yg ada degree ni... macam aku cakap, it just a bonus, tapi tu la..aku tak huraikan lebih panjang, sama cam budak2 adik2 bawah umur yang kata kat aku :

BELAJAR TINGGI PUN TAK GUNA, KALAU MENGANGGUR!


palotak! betul! itula..suruh belajar betul2, takmo..jadi cam aku..hahaha..extended! sebenarnya di sebalik perkataan merah di atas ada sambungan sekuelnyer...


KO TAK MERASA BLJR TINGGI, BILA KO DAH BELAJAR TINGGI, KO TAU LA NANTI MERASA CAMANA...BUDAK2 U TU MENGANGGUR ADA 2 SEBAB


1)mereka nak keje dalam kos dorg ambil juga <--- ni memang buduh la

2)mereka rasa keje yg ada tak best <---mereka berhak memilih kan

KITORANG MENGANGGUR PUN, at least ada TIKET NAK CARI KERJA YANG BAGUS..

AT LEAST BILA ADA DEGREE/DIPLOMA boleh juga berangan nak jadi executive...

abis kalau ada SPM (pangkat SAP) (ni budak2 yg kutuk tu la) takan ko nak berangan nak jadi executive juga?
lainla kalau ko dah berpuloh tahun eksperiens dalam bidang tu..tapi kalau dasar penswastaan dah jalan nanti..sorry to say sayang!

berbalik kepada Mr Jimmy tadi tu, aku tanya dia, ada tak keja data entry je...trus plak dia kata, data entry tu untuk low level je...macam level u ni, sesuai le keja admin assistant ni!

memang la ko cakap sesuai...admin assistant tu, SPM nyer level je...aku bukan nak tunjuk act la..tapi jangan silap bagi fakta..dah ko keje dalam outsource nye bidang...tak payahla nak auta kat mereka yang memerlukan pekerjaan..terutama pada mereka yang dah ada eksperiens bekerja ni..kesian je nak menunggu nak habiskan kontrak ko tu!


aku memileh, tapi aku ada pengetahuan dalam perkara ni kan..so, aku berhak decide aku nak atau tidak..erm..kawan serumah aku tu yang kenalkan aku ng MR Jimmy ni...tak pula dia bgtau aku, kerja tu kerja kontrak, patutla dia kata keja tu tak ada KWSP...heheheh..merasalah nak habiskan data entry dia tu...






ini pokok krismas kat KLCC..aiseh! tak meriah langsung...tapi kat situ ada persembahan muzikal ler...itu je la...tapi hiasan dia nampak KERAS...hehehehe....aku saja je singgah KLCC ni, nak tgk deco dia camana...MID VALLEY still the best lar!

Aku pergi mengisi perut kat foodcourt...uwekss...terasa betulla sekarang ni harga barang dah naik giler...erm..kepahitan yang terpaksa ku tempuh dengan sabar..sambil2 makan tu, sempat jugala aku snappy beberapa picas. Lepas tu, aku belek keja kosong kat The Stars pulak..hermm..


kat bawah ni pemandangan dari dalam food court KLCC tu..panas kat luar tu! tapi gambar ni nampak gelap..heheheh
yang ni pula, nasi yang aku makan..herm ayam dan bendi je RM 5.57 !


aku skodeng dari tempat makan aku ni..hehehe..macam2 aksi..tapi ni je aku sempat snap

hasil grafiti dari budak2 sendiri...meriahhhhh..


yang ni paling dekat aku nak snap...sebenarnya aku nak tgk huruf2 tu..sbb aku dah rabun kannnn...







Dunia ni tak la jahat mana pun..manusia yang jahat..termasuk aku...aku sendiri berkali2 buat kesilapan ...tp..bila dah tau buat silap tu, cepat2lah berubah..berubah lebih baik dari hari semalam..





pemandangan dari kedudukan paling belakang bas RAPIDKL...tak sempat aku nak tido pun...sekejap je dah sampai....tak jem..kat bawah ni pula...pemandangan dari luar starbucks JJ, Cheras Selatan.



ah! rasa penat lak..nak balik dulu...ini saja buat kali ini...