Showing posts with label Ueno Park. Show all posts
Showing posts with label Ueno Park. Show all posts

Tuesday, June 9, 2015

Pengembaraan ke Tokyo, Jepun (2)







Update lain di sini:


Assallamuallaikum,

Ok, mukadimah bab Jepun ada di sini. Saya pun tak tahulah kenapa saya dah tak rajin nak update blog. Sebenarnya semangat tu ada, nak implement tu yang payah banyak. Penyakit Malas ni makin menjadi jadi. Lagipun sibuk. Bila dah penat dan sibuk, mungkin lebih baik tidur. Tak gitu? Ok, saya share sikit cerita hal pergi Jepun. Gambar kat sini semua guna henpon, tak ada edit. Feeling biar lebih. Haha.

1. Trip ke Jepun sudah hampir setahun dirancang. Saya ambil pakej backpack dekat kawan lama, Ed. Pakej tu hanya mengandungi tiket kapal terbang KL-Jepun-KL dan hostel yang bernilai RM 2, 000. Kebaikan ikut trip macam ini, kita boleh bayar ansuran selama setahun. Saya juga bayar 2 kali, RM 400 dan RM 1,600. RM 400 sebagai commitment. Hampir juga saya tak dapat pergi, sebab sebenarnya sibuk dengan kerja bertimbun. So, selama setahun, saya cari-cari duit poket untuk ke sana.

2. Makanan? Memang payah nak cari makanan halal. Kalau ada pun, memang boleh timbul rasa ragu-ragu juga. Saya tak bawa makanan dari Malaysia sebab konon-konon nak rasa survive camana. Seriously, saya nasihatkan kawan-kawan supaya bawalah makanan seperti makanan tin atau serunding ke. Saya survive sampai hari ketiga, dengan tak malunya minta sambal ikan bilis dari kawan yang baru dikenali. Ada juga saya jumpa gerai kebab (gambar di atas) tapi kena pergi 'turun naik tren'. Kedai 7 Eleven pun tak boleh beli sebab kebanyakan bahan makanan mereka memang mengandungi bahan khinzir. Saya makan pisang pada awal pagi untuk tujuan tenaga badan dan bawa air mineral. Di Jepun, tak susah nak dapatkan air minuman. Saya jadi seronok layan vending machine yang ada di mana-mana. Tapi harap maklum, harga sebotol bermula RM 3 hingga ke atas. Tak apalah, spending money untuk benda yang mampu kan?

3. Duit poket ? Kalau kawan-kawan jenis tak shopping dan memang tak berduit, saya rasa RM500 - RM 1, 000 lebih dari cukup untuk dibelanjakan di dalam trip selama 5 hari 4 malam. Bila kita guna guide, banyak masa dan kos yang boleh dikecilkan. Tapi ini guide backpacking, jadi dia pun faham kita nak seminima mungkin untuk menggunakan wang ketika berjalan jalan di Jepun. Kos saya banyak menggunakan pembelian tiket keretapi. Bermula serendah 100 yen (RM +-3) sehinggalah 300 yen (RM+-10) untuk setiap perjalanan. Untuk sekitar bandaraya Tokyo, saya telah membelanjakan hampir RM 400 di dalam trip ini.

4. Souvenior - Simpan duit utk beli souvenior di lapangan terbang. Mengikut pengalaman pengembaraan saya, harga cenderahati di lapangan terbang adalah lebih murah berbanding di luar. Tetapi, pilihan tak adalah banyak. Cuma Jepun memang mempunyai nilai mata wang yang tinggi, keychain berharga RM10 sebiji (300 yen). Jadi, kalau tak berduit, beli cenderahati untuk diri sendiri saja. Pergi Asakusa untuk mendapatkan pilihan cenderahati yang banyak. Saya sempat membeli lukisan dan gambar lama ketika berada di Asakusa. Saya juga ada membeli sejumlah figura musuh musuh Ultraman. Masuk kedai permainan ni memang kegemaran saya. Semasa di Jepun, saya banyak membeli cenderamata untuk diri sendiri. 

5. Fasilitis ? Saya tidak kisah untuk membayar lebih untuk cukai sekiranya saya tinggal dan bekerja di Jepun. Kemudahan di sini memang tip top, bandaraya metro yang bersih gila dan budaya disiplin mereka yang tinggi. Hostel tempat saya menginap pun adalah sangat selesa. Korang boleh google Anne Hostel, Asakusabashi. Bayaran menginap tak adalah mahal kerana saya berasa amat selesa. Tandas dan bilik air yang elektronik, tak ada bau, lantai karpet..Tinggal lagi saya yang perlu bersikap berdisiplin ala orang Jepun. Saya rasa pendidikan awal memang bermula dari alam kanak-kanak lagi. Bandaraya Tokyo adalah sangat bersih, sukar nak lihat secebis sampah atau puntung rokok di tepi jalan. Satu hal, perokok tidak boleh merokok sembarangan dan sememangnya ada point tempat tertentu untuk merokok.

Saya rasa cukup 5 dulu untuk entri ini. Nanti saya sambung di siri ketiga pengembaraan saya ke Jepun.


Sunday, April 19, 2015

Pengembaraan Ke Tokyo, Jepun (1)



Assallamuallaikum,

Cerita dari Nepal pun tak habis nak tulis lagi, saya sudah kongsi entry baru dari Jepun pula. Saya ke Jepun pada April 2015. Pengembaraan yang mengambil masa 6 hari 5 malam. Saya cuba untuk tulis semampunya, masih banyak hal lain perlu diselesaikan selain penyakit malas yang tak pandai nak siap-siap.

Saya tidak teruja sebenarnya ke negara super maju. Saya sudah pernah berada di tempat yang mundur, separa mundur dan maju seperti Jepun. Tetapi bila balik semula ke Malaysia, saya sedar, saya perlu lebih banyak mengembara. Hahaha!

Seperti yang orang laungkan, Jepun memang sebuah negara yang hebat. Malaysia sudah mempunyai acuan mini seperti Jepun, cuma bezanya pada nilai kemanusiaan dalam kehidupan. Walaupun masih jauh untuk mencontohi Jepun, kita mesti selalu mencuba untuk memperbaiki kehidupan masing-masing. Mengembara ke Tokyo selama 6 hari adalah terlalu singkat.

Saya sudah berjumpa dengan Sakura yang cantik. Sayu rasa melihat kecantikan mereka. Sakura seperti seorang perempuan yang kuat jiwanya. Cantik dalamannya, dan luarannya dikagumi oleh semua orang. Sakura berdiri di mana-mana, menjadi lambang kecintaan rakyat Jepun kepada kecantikannya. Tiba masanya, Sakura berbunga cantik. Manusia akan duduk di bawah pepohon, menyambut kedatangan Sakura bersama sanak saudara dan teman-teman.

Saya disambut Sakura begitu 'meriah'. Ketika itu, angin dari Lautan Pasifik berhembus begitu kuat. Terima kasih udara yang bersih di Kota Tokyo. Taman Ueno, tidak dapat saya jajahi sekelilingnya. Kata teman, ada taman haiwan di dalamnya. Masa yang diberi cuma 2 jam, Taman Ueno adalah sangat luas untuk pengembara kecil macam saya. Nanti kita berjumpa lagi. Saya terpesona melihat Sakura di mana-mana, di ceruk kota atau di ceruk gunung dia tetap cantik. 

Saya tinggalkan Sakura dengan rasa hati sebenarnya. Nanti saya sambung cerita bila tiba masanya.