Saturday, February 13, 2016

Kopi dan cuti yang bakal habis.

Mencicip kopi sedikit demi sedikit. Lusa sudah bekerja semula setelah dari cuti yang panjang, sempena cuti perayaan. Rasa kurang bersedia, tetapi rindu untuk masuk kelas. Kerjaya saya ini kadang-kadang membosankan juga, tapi bila timbul perasaan bosan tu, saya cepat cepat 'menyesal'. Macam tak reti bersyukur. Sebenarnya bukan bosan, tapi banyak kerja bertimbun.

Kadang perasaan ni pandai lost terutama bila tak cukup bahan. Tak cukup tidur. Kerja mendidik di pulau bukannya susah pun, lagi banyak yang senang. Sudah masuk tahun ketiga bertugas di sana. Semoga semakin mahir untuk mendidik dan mengajar. 

Tadi berfikir-fikir sama ada mahu membuat akaun yang baru untuk cerita-cerita kerjaya. Tapi jenuhlah mahu memerah otak, mungkin patut 'stay' saja di sini. Dah lama dah blog ni, susah payah kami bersama. Agaknya hampir 10 tahun.

Selamat untuk semua.

3 comments:

jzira said...

aiseh. mcm sama ja bunyi post kita ni kak. ahaha

Nor Adzwaty Rokkafella said...

jangan...kekalkan saja di sini...tempat melepas rindu :(

K.A. said...

Kekalkan. Nanti menyesal.. saya pernah lalui. Cuba separate jadi dua blog kononnya nak ikut saranan otai tulis blog ikut niche, last-last... ke laut.