Thursday, June 11, 2015

Pengembaraan Ke Nepal (2)







Assallamuallaikum,

Ketika entry ini ditulis, Kathmandu baru saja dilanda gempa bumi berukuran tinggi. Terdapat banyak kerosakan yang berlaku di pusat gempa Kathmandu. Beberapa lokasi yang terdapat di dalam gambar saya ini sudah pun lenyap disebabkan runtuhan bangunan yang masif. Sejumlah kematian dicatatkan. Gempa bumi berlaku ketika pada hari siang. Rakyat mereka berkata, sekiranya gempa bumi berlaku pada hari malam, kemungkinan jumlah kematian adalah lebih tinggi berbanding kejadian pada hari itu. Mereka menjalankan aktiviti pekerjaan ada sebelah siang. Menurut pengalaman saya ke sana, bandar Thamel agak lengang pada waktu malam. Tetapi terdapat juga aktiviti kecil di restoren bercirikan barat di sana. Ada juga saya kedengaran bunyi musik persembahan tempatan. Pelancong asing pun boleh dilihat lepak minum di restoren orang Nepal. 

Cuaca agak sejuk, sebenarnya kami berada di pra-musim sejuk di Nepal. Hari ketiga barulah saya membeli baju sejuk buatan Nepal yang berwarna warni. Saya telah mencuba berjalan dengan hanya berselipar jepun pada tengah malam buta di sekitar kompleks bersejarah  Durbar Square. Sejuknya sampai tulang hitam. Bekalan elektrik juga dicatu di sini. Memang agak susah untuk mengecas bateri gajet. Stamina saya begitu mencabar di sini. Agak tertanya juga kerana saya tidak mengalami keadaan 'sesak nafas' di dalam keadaan sejuk lebih dari selalu. Saya ada merasa pengalaman mendaki sebuah bukit kecil di Sarangkhot di dalam udara sejuk. Nasiblah ada teman baru, Ulie, yang teman saya sepanjang mendaki tangga tangga kecil semata-mata untuk melihat sunrise ke arah Banjaran Annapurna. Ulie kata, dia juga penghidap asma pada suatu ketika dulu. Dia sempat pesan kepada saya agar tidak terburu-buru untuk sampai ke tempat yang dituju. Fikiran hendaklah fokus kepada perjalanan.

Kumpulan kami cuma dianggotai seramai 6 orang termasuk ketua rombongan.Semuanya teman baru kecuali salah seorang ahli yang sudah lama saya kenali. Kawan-kawan baru ini agak sempoi, mungkin sebab faktor usia dan pengalaman hidup. Saya banyak meneladani perkara dari mereka. 

Sekian catatan pendek kali ini. Jumpa di sambungan yang lain.

2 comments:

Anonymous said...

Subhanallah...cantiknya bumi Nepal ini. Saya paling suka gambar makcik tua di depan pintu tu...senibina rumah tu cantik skali!

Nor Adzwaty Rokkafella said...

you, i tag u utk segmen misi pencarian blogger sabahan
http://noradzwatyrokkafella.blogspot.my/2015/12/misi-pencarian-sabahan-blogger-by-ennor.html