Thursday, February 19, 2015

Kembara Nepal (1)


Hari cuti di Nepal. Remaja Kathmandu berada di pinggi kota yang dipanggil Kota Thamel.


Ketika saya berada di dalam kawasan bertaraf UNESCO, Bakhtapur, Nepal.


Sebuah pagi di kompleks bersejarah Bakhtapur. Suhu berada di dalam sekitar 13 darjah selsius.


Banjaran Annapurna. Yang segitiga itu ialah Gunung Fishtail yang sangat terkenal. Terkenal kerana dilaporkan tiada pendaki yang berjaya pulang semula ke kem asal. Banjaran ini sangat panjang

Gajet: Canon 5DMarkIII, Lens 17-40mm, GoPro Hero 3


Saya mula terdedah dengan 'Nepal' itu sendiri ketika pernah bekerja di sebuah kilang elektronik sekitar tahun 8 tahun yang lepas. Ada ramai kenalan orang Nepal yang bekerja sebagai buruh kilang di sana. Tahun 2014, saya berpeluang melawat negara Nepal itu sendiri. Trip kali ini diurus oleh Mohd Shukur Jahar, di bawah agensi pelancongan Airborne Travel (Kota Kinabalu). Kos tidak termasuk tiket kapal terbang Sandakan - Kuala Lumpur - Sandakan adalah sebanyak RM 3, 500. Kos ini termasuklah kos pengangkutan singgah sana sini, hotel, makan dan minum. Yang menariknya, kos ini boleh dibayar sebanyak 2 kali ansuran. Pertama kali sebagai bayaran komitmen manakala selebihnya dibayar sebulan sebelum berangkat ke negara Nepal.

Untuk memasuki negara Nepal, saya dan kawan-kawan telah memohon visa asing. Permohonan boleh dibuat di Kedutaan Nepal Kuala Lumpur. Tetapi saya dan 2 lagi teman telah memohon visa ketika sudah berada di lapangan terbang antarabangsa  Thribuvan, Kathmandu. Visa dibayar sebanyak USD 25 atau RM 100 setiap orang. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa selama 4 jam. Kami berangkat pada sebelah siang waktu Malaysia. Perasaan paranoid memanglah tinggi. Beberapa negara dilintasi seperti perairan Thailand, Myanmar, Bangladesh dan mungkin memasuki ruang udara negara Bhutan.

Negara Nepal ini mempunyai kawasan tanah tinggi seperti berada di dalam set penggambaran Lord Of The Ring. Ada pinggiran gunung yang tinggi belaka, seperti pinggiran tinggi yang seolah-olah tidak menerima 'ramah' tetamu dari luar. Semasa berada di ruang udara Nepal, saya tidak putus putus mengucap syukur kepada Tuhan bila kali pertama melihat banjaran bumbung dunia, Everest. Tetapi saya pun tidak pasti gunung Everest yang mana satu, hanya Gunung Fishtail yang saya familiar dari kejauhan. 

Hari pertama tiba, sudah menarik hati. Lapangan terbangnya agak kecil, kali pertama juga saya melihat penumpang dengan bebasnya boleh bergambar di sisi kapal terbang. Udaranya sangat dingin, saya tidak mempunyai baju sejuk pun. Udara asing ini 5 kali ganda sejuknya berbanding kawasan tanah tinggi di negara kita. Bas Tram juga mengambil penumpang di hadapan pesawat yang kami naiki. Rasa bebas sangat.

Nepal telah disenaraikan antara negara yang paling selamat dilawati pada tahun 2015. Sebanyak 50% penduduk negara ini beragama Hindu, selebihnya adalah Buddha. Manakala seramai 10,000 orang adalah penduduk beragama Islam. Orang Islam menjadi minoriti di sini. Saya gelarkan kembara kali ini ialah kembara ritual. Antara saya dengan Tuhan, saya melihat terlalu banyak kebesaran Tuhan di tanah bukan orang Islam ini. Nanti saya sambung cerita.

1 comment:

KyotoBandit said...
This comment has been removed by the author.