Given by someone. Terima kasih yang sudi menderma. Saya sekarang di dalam fasa kehidupan di mana benar-benar sedang mengerjakan impian saya untuk berbakti kepada anak negeri. Saya masih ingat masa saya mula-mula kembali ke kampung halaman, back for good. Saya akan balik, saya mahu berkhidmat dengan anak negeri. Masa itu, saya merasakan 'eh, tingginya cita-cita ni'. Saya gamble kehidupan balik ke kampung dengan tiada pekerjaan selama 8 bulan. Selepas mendapat pekerjaan, tak lama selepas itu saya mula sedar, ya Tuhan sedang memberikan apa yang saya mahukan. Tapi masa itu, saya cuma berangan-angan.
Saya sedang giat mengumpul buku-buku seperti di atas. Saya meminta sumbangan dari kawan-kawan dan setakat ini sumbangan diperolehi di dalam bentuk material buku dan wang ringgit. Projek demi projek saya buat. Sekarang diberi mandat untuk 'bangunkan' pusat sumber sekolah. Ada perkara yang saya tidak dapat kongsikan di sini. Cukup saya katakan, saya sedih dengan sesetengah keadaan di mana, saya telah mendapat kehidupan yang sederhana, tetapi, saya mengeluh begitu begini kenapa kehidupan saya begini, dan mulai tahun ini saya banyak mempelajari perkara kehidupan melalui melihat kehidupan orang lain.
I promised to myself, to my pupils, i will do everything for them. Tapi dalam masa yang sama, saya geram kenapa ada murid saya tidak mahu menyukai Bahasa Inggeris. Saya fikir ini kifarah buat saya. Saya masih teringat-ingat kejadian guru Bahasa Inggeris memarahi saya kerana tidak dapat menjawab soalan dia dalam Bahasa Inggeris. I still remembered her question , 'Show me your necklace??" Dia ulang 2-3 kali dengan nada yang menaik - marah. Saya tahu necklace itu adalah rantai, tetapi bila dah kena jerit, entah apa saya fikir. Saya ingat masa itu, saya pandang kawan-kawan saya di dalam kumpulan meja dengan mengharapkan mereka membantu saya. It was none of them. Padahal kumpulan itu semuanya pandai-pandai. Agaknya yang lain pun takut dengan guru itu.
Saya ingat masa mula-mula masuk ke sekolah ini, saya bertanya 'Hello, how are you?'. Semua murid-murid jawab YES. Yes? Ok, saya cuba ajar direct dalam Bahasa Inggeris selama seminggu. Saya yang pening sendiri. Mentor saya pesan, gunalah Bahasa Melayu masa mengajar tetapi dengan tujuan mendidik mereka supaya menyukai Bahasa Inggeris.
Saya bukan pandai Bahasa Inggeris pun, tetapi saya yakin inilah takdir dari Tuhan yang terbaik untuk saya. So, saya sekarang masih mengumpul buku-buku yang bersesuaian dengan sekolah saya. If you read this and interested with my project and want to donate books or any material, just email me to mylittleparade@yahoo.com. And why not you come and visit my rural island school?
Thanks.