Thursday, July 26, 2012

Benda 'mati' yang bernyawa.


 Aku kurang membaca tentang teori-teori kehidupan manusia yang sudah dihakciptakan secara formal. Salah seorang manusia yang wujud dalam hidup aku berkata; hujah tidak mudah patah apabila kita mampu menyebut teori-teori kehidupan yang diinspirasikan dari luar.

Adakah ini bermaksud untuk mempertahankan diri sendiri, adakah kita perlu meng-quote-kan teori-teori kemanusiaan yang sudah didaftarkan itu?

I'm thinking - - -

Banyak hari aku fikirkan tentang pendapat manusia itu. Sudahnya aku kembali ke pangkal jalan, sebenarnya manusia boleh menentukan hala tujunya sendiri. Tetapi ideologi-ideologi itu haruslah berdasarkan pemerhatian serta pengalaman (positif & negatif) yang kukuh. Bukan membuta tuli, meluluh dan melampau. Hala tuju harus ada rujukan tetapi bukan mengikut acuan.

Berfikir - - -

Aku rasa hidup tanpa pegangan (sah atau tidak) sememangnya memberi impak yang besar. Baik atau buruk? Mungkin buruknya tersangatlah banyak. Aku pasti adanya lohong besar di dalam bahagian-bahagian hati apabila merasakan seperti 'untuk apa sebenarnya hidup ini?'. Contohlah, dia mengaku ateis atau tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Aku yakin sebenarnya seorang ateis itu sentiasa mencari Tuhan yang dirasakan tidak ada. Dia tidak sedar dia sebenarnya sedang menampal lohong-lohong kosong tentang ketuhanan yang dicarinya.

Sebab itu - 

Al-Quran adalah gabungan buku masa depan dan masa lepas. Al-Quran diturunkan dengan penuh tertib. Sebenarnya bukanlah aku tidak membaca tentang teori-teori kehidupan manusia, tetapi perbezaan pendapat yang wujud antara tokoh-tokoh tersebut menjadikan satu dimensi lain. Yang boleh bawa aku jadi ragu-ragu. Tapi kalau difikirkan, perbezaan-perbezaan itulah yang menjadi pelengkap tentang ilmu kehidupan. Cuma aku yang masih belajar, aku kena work hard untuk capai satu tingkat tentang kepercayaan terhadap kehidupan manusia. Sebab itulah, aku kini kerap menjadikan Al-Quran sebagai bahan rujukan paling ulung. Aku harap suatu hari nanti aku boleh mengintrepetasikan perkaitan-perkaitan kehidupan dengan rahsia-rahsia wahyu dari Allah.

Sunday, July 22, 2012

Bangkit.







Bangkit.
Saya lepaskan semua beban di pundak yang pernah saya simpan sendiri; satu persatu.
Saya tidak nampak itu adalah sebagai pengorbanan, tetapi sebenarnya mengurangkan perkara yang tidak lagi menjadi kepentingan buat saya.
Saya sudah kurang lelah, mengejar semua impian.
Tidak, beban itu bukannya sesuatu yang saya panggil impian.
Impian saya, masih kejap di dada.
Cuma yang saya lepaskan itu adalah beban yang tidak menghargai perhatian saya.

Apakah Allah menjawab doa-doa saya?
Ketenangan yang ada pada saya sekarang sangat mendamaikan.
Janji-janji dari Dia Yang Maha Berkuasa; saya teladani.
Saya melihat satu-persatu jiwa yang kotor terbang berkeliaran.

Kemenangan.

Tuesday, July 3, 2012

Setiap hari adalah hari yang baru.


Ada juga manusia yang masih terikat dengan 'masa lepas'. Masih terkenang-kenang dengan kisah lama. Masih mencintai si dia yang sudah lama meninggalkan kita. Masih berperangai dengan sikap yang lepas.

Ada dua; 
sama ada belum sedia meninggalkan yang lepas-lepas atau memang tidak mahu meninggalkan masa lepas. Kalau ianya tidak mendatangkan keburukan, tidak mengapa. Tetapi kalau ianya mengakibatkan penderitaan atau kekalutan kepada orang lain, kau harus membuat pertimbangan.

Hidup memang payah. Tetapi, boleh tidak kau menerima siapa diri kau seadaanya? Dan menerima ketentuan, masa lepas haruslah ditinggalkan.

(dalam hal tertentu)