Wednesday, May 9, 2012

Perkara tentang bayang-bayang.



 Ada dua perkara ingin ku sebut tentang bayang-bayang.

Satu, jangan bercakap di belakangku
kerana kau hanya bercakap dengan bayang-bayangku.
Itu perkara sia-sia.

Kedua, amat sukar untuk meletakkan kepercayaan kepada manusia
Sedangkan bayang-bayangku juga
meninggalkan aku di kala berada di dalam gelap.


__________________

Tuhan ku, aku meminta untuk menghilangkan rasa bimbangku pagi ini, dengan cara yang baik.

Tuesday, May 8, 2012

Dulu aku sangka hidup ini perlumbaan.





Hei, selamat hari jadi untuk esok hari, ya?
Thanks. Thanks sebab ingat.
Dan tahun ke berapa?
27 tahun. Kau dah tahun ke berapa tahun ni?
Masuk 32 tahun. Tapi jangan anggap 32 tahun. Till December kay!
Haha. Ya.
But for sure, everyone has their own special number. Me, 28.
Kenapa?
28, banyak pencapaian aku dah buat. And for sure, at 30, lagi banyak benda menarik kau akan capai.
Maksud ko 28?
28, ialah tahun peralihan. Tahun tinggalkan musim lama ke musim baru. Musim lama maksud aku penghujung jiwa muda dan beralih ke alam dewasa. Betul-betul dewasa. Not so much kau akan takut, seperti usia kau sekarang. Lebih cool.


Itu conversation aku dan seorang kawan, siang tadi di dalam makmal kampus. Sambil diperhatikan oleh seorang lagi teman. Kemudian, sepanjang hari ini aku berfikir tentang masa lepas dan masa kini. Masa depan, aku simpan dulu. Dulu aku sangka hidup ini ialah perlumbaan. Aku bersaing dengan manusia lain. Tapi akhirnya aku sedar, aku selalu penat. Bila selalu penat, otak akan kerap tepu. Sebab tulah, aku mengambil keputusan untuk ikut flow. Tidak terlalu laju. Padahal memang banyak benda aku nak kejar. Aku tidak lagi mengambil percontohan dari teman-teman, tentang kejayaan mereka. Sebab aku tahu aku bukan manusia cemerlang. Aku ada ramai kawan yang cemerlang dalam hidup. Tapi aku perhatikan, kami sama saja. Hanya wang dan intipati hidup saja yang berbeza. Apa yang hendak dicari dalam hidup ni selain kehidupan yang selesa dan sederhana?

Aku semakin kurang konversasi bersama manusia lain. Melainkan teman-teman rapat. Tutur cara aku bukan boleh diterima semua orang. Dan aku juga tak boleh menerima semua sikap orang secara tak tertapis. Sebelum aku penat, baik aku berdiam dan buat hal sendiri. Dan buat masa sekarang, aku senang dengan sikap macam ni tapi tak elok berpanjangan.

Hati ini telah dilanggar. Cuma angin yang melanggar. Sejuk dan nyaman.


Thursday, May 3, 2012

May 2012.



Entah hari ke berapa hari ini, untuk tahun 2012. Saya seperti berada di dunia lain. Tadi saya tampar kecil pipi besar saya. Hei, Mas. Hari ini hari ke berapa untuk tahun 2012? Entah. Lalu saya mulakan titik-titik kecil di dinding blogspot ini. Hari ke berapa? Hari ke berapa? Hari ke berapa?

Saya kini berada di daerah yang baru. Agak kurang 400km dari kampung halaman. Jauh ke Pantai Barat Utara Borneo. Tempat baru dan perasaan baru. Kemudian, saya berpeluang mempelajari pelbagai perkara akademik yang baru bagi saya. Ada bilik muzik, ada studio seni, ada makmal sains, ah..pelbagai ragam manusia. Dan saya melupakan dulu hobi mengambil gambar. Masa terlalu kurang untuk semua yang perkara yang selalu dilakukan. Ada sesekali teman-teman membawa keluar pergi menonton wayang, makan-makan mahupun berjalan-jalan di tepi pantai sambil mengambil gambar. Ada masanya saya duduk sendiri di side walk cafe sambil menghirup kopi dan memakan cheese cake kesukaan saya. 

Kehidupan di kampus sangat sibuk. Rambut yang panjang sudah disingkat sampai ke bawah telinga. Gaya maskulin namun berserkup. Alhamdulillah. Saya membuat perubahan besar dalam diri saya. Terlalu banyak dan saya simpan untuk diri saya. Namun onar sentiasa berada di sekeliling saya. Saya kurang pasti, saya tersalah tempat atau tidak. Hati diuji. Mental terbeban. Saya mengambil jalan pintas,  saya ikut kata hati dan meminta-minta dari Allah. Saya rasa saya tidak cukup meminta selama ini, hanya Allah yang selalu memberi nikmat melimpah ruah kepada saya. Saya malu pada Allah.

Saya sedar saya berada di tempat yang betul. Semua yang saya lalui adalah perancangan-perancangan terbaik dari Allah untuk saya. Ucapkan kata semangat untuk saya. Biar sikit.