Saturday, August 14, 2010

Tingkat 1 Syurga Dunia Bhgn. 2


Di saat orang lain tengah berlumba-lumba untuk memperbaharui gajet fotografi mereka, aku masih berteleku dengan kamera dslr sendiri. Aku pula tengah berlumba-lumba untuk mendapatkan gambar yang mempunyai nilai photojournalistik di dalamnya. Syukurlah, hala tuju aku dalam fotografi ini semakin berkembang. Tapi masih banyak lagi benda aku kena kejar. Blog ini pula makin lama makin sepi, aku tidak pasti ia masih mempunyai pembaca atau tidak. Apapun, aku berharap kepada diri sendiri, aku tidak akan malas menulis di sini dan berkongsi sesuatu dengan kamu (sekiranya kamu wujud). Tanggungjawab di sekolah makin bertambah. Perlantikan sebagai guru kelas kepada murid-murid yang sedikit bermasalah disiplin memang memeningkan kepala. Aku kena survive untuk keadaan-keadaan ini. Aku paling suka bila balik bergelandangan, aku akan bercerita kepada para pelajar tentang apa yang aku nampak. InsyaAllah, kalau ada kesempatan aku nak buat tayangan slide utk dorg. Okla, ini saja buat kali ini. Kamu jaga diri baik-baik ya. Salam.

*Gambar kanak-kanak ini diambil di perairan Pulau Bodgaya, Semporna pada 23 Jun 2010 yang lepas.

2 comments:

Azean Azman said...

Really luv the pic.. tenang melihatnya .. :)

hannahghazni said...

salam.

ni komen baru setelah memerhati segala jenis phooto2 yg ade dalam blog ni. tadi google, 'tingkat dalam syurga' saje. lantas kuar pics siket2 saje.

ok lah ni komen baru.

gambar2 pulau di sempurna anda semueeeeeeeeenyee santek2!~ saye memang teringin nak pergi sane jalan2 sambil menikmati keindahan alam. berapa lame spend mase kat sane eh jalan2 kat pulau banyak2 tu and budget brape eh?

and satu lg soalan, gambar cun pakai lens ape?

bravoo! gambar breathtaking sangat! :))