Tuesday, August 24, 2010

6.00 pagi.


Ini pemandangan di Pasar Besar daerah Sandakan seawal 6.00 pagi. Bersama dua orang lagi mentor, saya diajar tentang mengendalikan tema photojournalism. Memang agak payah untuk mendapatkan shot yang menjadi tuntutan bidang ini. Kadang-kadang saya merasakan agak susah sedikit bila seorang perempuan mengambil gambar. Apatah lagi kalau berkeseorangan. Macam-macam perkara negatif dalam kepala otak. Bila bersama teman, rasa lagi yakin bila mengambil gambar. Apa pun, kita kena berusaha untuk mendapatkan gambar yang bagus. Selamat pagi semua.

Monday, August 23, 2010

Tingkat 1 Syurga Dunia Bhgn. 3

Pulau Gusungan, Semporna.

Pulau Maiga, Semporna.
Pulau Bodgaya, Semporna.


Kanak-kanak di Pulau Omadal, Semporna.



Semua manusia mengkehendaki keperluan dan kehendak yang sempurna. Saya pun begitu juga. Ketika berkunjung ke kepulauan Semporna, banyak perkara yang menginsafkan saya. Saya berbalik kepada firman-firmanNya. Saya memerhati kehidupan masyarakat Bajau Pelauh dan Suluk di sana. Manusia ini, ada yang mahu menjadi senang lenang. Ada yang takut untuk hidup susah. Ada juga yang bersyukur seadanya. Saya juga banyak keinginan, cuma kemampuan yang ada seolah-olah melambatkan impian saya itu tercapai. Bila saya pandang balik kehidupan saya yang lepas dan hari ini, saya mendapati hampir semua keinginan saya sudah tercapai. Saya tahu Pencipta saya sayangkan saya. Saya lalai. Saya tidak pasti hari esok macam mana. Sebab itu saya memilih dan menerima untuk bersederhana. Pencipta saya mendengar setiap doa saya. Sampai ke hari ini, saya rasa saya memang manusia bertuah. Salam.

Saturday, August 14, 2010

Tingkat 1 Syurga Dunia Bhgn. 2


Di saat orang lain tengah berlumba-lumba untuk memperbaharui gajet fotografi mereka, aku masih berteleku dengan kamera dslr sendiri. Aku pula tengah berlumba-lumba untuk mendapatkan gambar yang mempunyai nilai photojournalistik di dalamnya. Syukurlah, hala tuju aku dalam fotografi ini semakin berkembang. Tapi masih banyak lagi benda aku kena kejar. Blog ini pula makin lama makin sepi, aku tidak pasti ia masih mempunyai pembaca atau tidak. Apapun, aku berharap kepada diri sendiri, aku tidak akan malas menulis di sini dan berkongsi sesuatu dengan kamu (sekiranya kamu wujud). Tanggungjawab di sekolah makin bertambah. Perlantikan sebagai guru kelas kepada murid-murid yang sedikit bermasalah disiplin memang memeningkan kepala. Aku kena survive untuk keadaan-keadaan ini. Aku paling suka bila balik bergelandangan, aku akan bercerita kepada para pelajar tentang apa yang aku nampak. InsyaAllah, kalau ada kesempatan aku nak buat tayangan slide utk dorg. Okla, ini saja buat kali ini. Kamu jaga diri baik-baik ya. Salam.

*Gambar kanak-kanak ini diambil di perairan Pulau Bodgaya, Semporna pada 23 Jun 2010 yang lepas.