


Radius 5 km dari Gunung Bromo.


Sudah berapa lama tidak menulis luahan, bantahan, tulisan-tulisan rebel mahupun ayat-ayat kasar di sini. Sekarang blog ini sudah tidak BOLEH sama sekali dijadikan tempat mengadu domba. Since dah bekerja di tanah kelahiran, aku sudah tidak bebas mahu 'berkata' apa. Apa-apa saja pun, kehormatan harus didahulukan. Dulu, kalau aku nak marah, aku lampias di sini. Tapi sejak bergiat dengan aktiviti sosial kemasyarakatan ini, aku mengurangkan volume-volume berbau negatif di sini. Dan aku sudah menulis di tempat lain. Mungkin di sini kamu boleh melihat cerita-cerita berbau motivasi dan hasil-hasil karya seni fotografi aku.









Kanak-kanak di Pulau Omadal, Semporna.




Gelapnya air laut menandakan kawasan yang dalam. Dari jauh, kelihatan Pulau Maiga yang terkenal dengan pokok kelapanya yang tinggi-tinggi.
Assignment yang diarahkan oleh Rabani Ayub, salah seorang photojournalis yang terkenal di Malaysia. Ini kali pertama aku menggunakan setting A pada dslr, diikuti dengan urutan2 nombor yang memeningkan. Hasilnya, mmg sangat cantik. Gambar-gambar yang ada di dalam entry ini adalah tidak diedit langsung.