Monday, December 12, 2016

So long, 2016.



12 Disember, 2016.

Aku kira ini entry kedua untuk tahun ini. Terlalu banyak hal yang terjadi pada tahun ini. Sama ada kehidupan yang makin teruk dan hal hal yang menggembirakan. Tahun ketiga, mendamba diri kepada masyarakat. Aku benar-benar letih, sedih dan melalui kehidupan yang bermuka-muka.

Aku belajar untuk tahun ketiga ini, salah satunya menyelamatkan diri dari hal perkara yang membimbangkan. Kalau ditakdirkan satu masa nanti, aku mahu menulis apa yang aku hadap selama 3 tahun ini. Bayangkan hidup di dalam neraka dunia, kadang kadang aku berada di padang syurga dunia yang asyik. Aku letih.

Aku tahu ini semua ujian. Aku kadang berburuk sangka pada Tuhan, tapi aku sedar ini semua didikan untuk aku jadi manusia yang kuat. InsyaAllah, tahun keempat, aku lagi matang dan aku lagi berani.

Mari menentang persepsi diri yang tidak baik kepada diri sendiri.