Mula mengerjakan kerja fotografi balik. Ternyata stamina makin kurang. Pagi itu, saya sengaja mengambil pisang sebagai karbohidrat penyumbang tenaga. Sebab saya tahu, proses mengambil gambar memang memerlukan tenaga yang banyak. Kena daki tangga, kena susun atur posing model, kena arah itu ini, kadang-kadang saya sendiri kena atur apa perlu dipakai termasuklah kena sikat rambut model. Kahkahkah. Azam 2016 ini saya menjadikan ambilan gambar ini sebagai mata pencarian.
Dulu semasa sedang gila belajar mengambil gambar, kerap berangan; kalau ada kereta, pasti senang mahu pergi shooting di mana saja. Kalau ada kamera yang high tech, mesti kerja keras supaya dapat tambah pendapatan. Sekarang kedua-dua ini saya dah ada, TETAPI proses nak mula comeback itu mengambil masa setahun. Banyak yang saya missed. Insyaallah, kena kerja rajin-rajin lepas ni.