Saturday, August 25, 2012

Gambar hasil kamera handphone.




Salam syawal untuk teman-teman.

Harap syawal ini semua teman-teman sentiasa ceria dan gembira. Keadaan saya menggunakan tema seperti biasa; pasang surut kehidupan. Hujan membasahi bumi malam, lebat dan dingin. Baru turun sebentar tadi. Kopi sudah habis, kunyahan rempeyek segera saya berhentikan kerana rahang sudah sakit. Lusa sudah kembali ke kampus dan bayangan tentang hidup yang messy sudah kelihatan.

Gambar-gambar di atas ialah hasil bidikan (?) dari kamera handphone Nokia C3 saya. Saya tak pastilah pandangan teman-teman tentang hasil di atas. Sekadar pandangan biasa dari langit, ketika melintasi ruang udara teritori Kota Kinabalu. Sejak akhir-akhir ini saya gian mengambil gambar menggunakan handphone. Tak perlu disetting itu-ini; seperti aplikasi handphone dan penggunaan kamera lain. Asalkan lighting semasa adalah cukup. Kemudian diolah semula di dalam software Adobe Photoshop. Sekadar mengubah angin dan saya berpuas hati dengan penghasilan gambar-gambar ini. Cuma kad memori hp saya mengalami masalah, terpaksalah saya menyimpan gambar-gambar di dalam badan kamera sebelum dipindahkan ke laptop.

Ada banyak lagi gambar akan menyusul.

Monday, August 13, 2012

Pengertian Survival.



Penulisan kecil di bawah ialah bawaan dari laman Facebook saya.

Petang semalam, saya dan beberapa org ahli keluarga saya pergi ke bandar. Penuh sesak, cuaca panas, dan ohh...pening. Kereta terpaksa parking jauh dari kawasan pembelian barang2, maklumlah bandar kitowang pun dah pandai jem dan kurang letak kereta taw. Auch..

Kakak saya pergi ke pasar, saya dan anak saudara(s) hanya tunggu di luar pasar. Biasalah berbelanja barang dapur untuk beberapa perut mmg t
akan cukup 1-2 bahai. Lalu berjumpalah dengan 2 orang kanak-kanak (mungkin berusia 9-10 tahun) yang bekerja sebagai pengangkat barang2 dgn menggunakan gerobak.

Sekolah lagi? - saya fikir mereka sekolah, sbb rambut kemas.
Tidak - agak malu2.
Tausug ikaw? Abang mu tu?
Iya, Tausug. Bukan abang tu, kawan. Satu bisnis, angkat barang ni.
Satu hari boleh dapat berapa angkat barang ni?
RM30 paling sikit, kalau skrg lagi byk dpt duit. Ramai org berbelanja.
Wah banyak tu. Bagi beliau? Mak bapa?
Nda pernah jumpa bapa, mama sudah ditangkap polis.
Habis tinggal dengan siapa?
Nenek. Nenek pun sudah tua, tapi masih kerja jual rokok.

See. Kau selalu kutuk PTI or mereka yang seumpamanya. Tapi kau tak tahu bagaimana mereka survive utk kehidupan seharian. Ketakutan, umur masih mentah, tiada ibubapa. Jenayah itu terjadi di mana saja. Tuhan tidak menetapkan bangsa mana yang akan jadi pembunuh atau pencaluk poket. Tetapi Tuhan menetapkan, mana-mana manusia yang rajin, pasti mendapat imbalan rezeki.

bahai - beg plastik
pencaluk - penyeluk
ikaw - kau
Tausug - suku kaum Suluk (suku sakat dari selatan Philipina)
gerobak - kereta sorong.