Thursday, December 29, 2011

Semoga sihat selalu.

Mungkin gambar-gambar di bawah ialah gambar penutup bagi tahun Masihi 2011. Tiada apa yang menarik seperti selalu selain dari gambar tanpa eye focusing dan hitam dan putih versi saya. Mungkin di mata orang lain, gambar-gambar ini boleh dilabelkan sebagai gambar rosak. Pada mata saya, saya sukakannya. Saya harap ada juga yang menyukainya. Ahaks.

Tahun 2011 tahun yang lain benar maknanya kepada saya. Saya tidak bermajikan untuk tahun ini dan hanya bekerja sebagai freelance. Kalau saya rajin, lebihlah saya dapat. Tapi saya amat bersyukur tahun 2011 ialah antara tahun-tahun kecemerlangan mengikut piawaian diri saya. Tahun yang banyak berjalan di dalam negeri sendiri. Alhamdulillah atas semua rezeki yang Allah dah bagi untuk saya. Terima kasih kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat yang sentiasa menyokong saya, walaupun tahun ini begitu 'mendung' warnanya. Tiada kaitan dengan warna gambar di bawah, ya?

Tahun ini saya banyak dikurniakan perkara kecil yang memberi impak besar kepada saya. Samada perkara kebaikan dan keburukan, saya sudah sedikit pandai menyesuaikan diri untuk bersikap fleksibel dalam apa keadaan sekalipun. Gamble untuk tahun ini ialah belajar selok belok dunia perniagaan dan mempraktikkannya. Tiadalah sebesar mana, tetapi perumpamaannya adalah seperti menanam sayuran. Sikit yang saya tanam, sikitlah yang saya dapat. Tapi kalau banyak yang saya tanam, berganda-ganda hasilnya. Tahun ini juga tahun penambahan aura positif di dalam diri saya. Saya banyak meninggalkan perkara yang kurang penting dan mengalihkan kepada perkara yang memerlukan perhatian. Setakat ini, 363 hari, saya semakin adapt terhadap azam itu. InsyaAllah, untuk hari-hari esok saya mahu mengalihkan lagi banyak perkara kebaikan di dalam diri saya.

Sebenarnya hari-hari saya menanam azam baru dan mengambil sedikit masa yang sesuai untuk melaksanakannya. Ada juga saya beroleh kegagalan. Mula-mula memang frustasi, tapi saya tidak membuang masa untuk terus maju. Bak kata orang putih, kalau Plan A dan Plan B tidak berjaya, kita ada 24 huruf/plan yang lain bakal dibuat. Saya sudah kurang mendengar kata mereka yang selalu banyak provokasi di dalam diri mereka. HIdup ini memang berisiko, Allah dah bagi macam-macam nikmat. Hanya kita yang selalu lupa pada Allah. Ya, saya cuainya terlalu banyak tapi teruskan berdoa untuk saya.

Keinginan manusia ni terlalu banyak. Tidak material tapi mungkin rohani. Semua orang tetap ada di dalam hati ingin menjadi umat yang menurut perintah Allah. Saya sedang ke arah itu. Kata orang, Allah sentiasa akan menghantar seseorang kepada kita sekiranya kita ingin berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah, ketika di dalam perjalanan saya selalu berjumpa dengan orang yang baik-baik. Ada di antaranya saya tidak tahu namanya, tapi wajah dan kebaikannya saya simpan dalam hati. Moga ada pertemuan kali kedua supaya silaturahim ke arah kebaikan dapat beterusan. Kalau pun tiada, semoga orang-orang baik hati sentiasa di dalam lindungan nikmatNya.

Hari-hari kita mendengar provokasi di dalam struktur pemerintahan negara kita. Saya sejak dulu bersikap nuetral dan berpendapat setiap insan mempunyai daya fikir yang tersendiri. Banyak ilmu yang kita dapat, lebih banyak perkara kritis yang kita dapat. Sikit yang kita dapat, janganlah pula bising sekampung. Semoga isu konflik di negara ini dapat diselesaikan dengan aman.

Hal perkahwinan? Oh mungkin lambat lagi. Saya pun dah berumur 31 tahun baru-baru ini. Dulu-dulu mungkinlah bimbang akan berkahwin lambat. Memang payah menjadi perempuan, lagi-lagi bila hidup dalam masyarakat jumud. Kawin awal di kata orang, kawin lambat dikata orang, lambat atau cepat dapat anak dikata orang, bercerai berai dikata orang..pendek kata sampai dalam kubur pun tetap dikata orang. Benda dah lali, so agak-agak pandailah menjawab kalau ada insan-insan kurang cerdik bertanya 'kau taknak kawin ke?'.

Hal cita-cita? Setakat ini saya dah semakin jelas apa yang saya kehendaki dalam hidup ni. Masih stick dengan keinginan-keinginan sebelum ini, cuma ada waktunya ianya menjadi seperti yang tidak dirancang. Ada yang menjadi, tapi ambil masa yang lama nak capa. Yang tidak menjadi, mungkin saya ketepikan dulu buat sementara waktu. Kemudian akan revise semula. Setahun, 2 tahun? Ala nikmati saja hidup ini, tanpa kita sedar Allah sentiasa mengirimkan titipan terbaik yang bukan di dalam jangkaan kita. Baiklah, keyboard-off dulu. Saya harap para pembaca sihat seadanya.

Love, Mas.


Tuesday, December 6, 2011

Permulaan Disember



Tiada apa-apa perkara yang menarik seperti selalu.