Tuesday, June 29, 2010

Masih di sini.

Sudah lama tidak menaip ayat-ayat panjang lebar sini. Mahu masuk bulan ketiga. Fikir punya fikir, kalau sudah tidak ada ayat-ayat, hanya gambar terpapar; apakah ini tanda aku sudah malas berkongsi ayat? Mungkin ya, mungkin tidak. Jangan bimbang, aku tiada apa-apa. Kesihatan masih di tahap sederhana. Aktif di facebook.com, tapi tiada lagi mainan ayat-ayat yang tak membina. Aku makin menggila dalam bidang yang aku minat (ya, kamu pun tahu kan).

*berfikir lagi.

Tugas di sekolah - Seronok menjadi seorang cikgu. Macam-macam benda baru yang aku dapat setiap hari. Hubungan sesama pelajar makin bagus. Semoga aku dapat menjadi guru yang bertanggungjawab, walaupun status aku hanyalah GSTT saja (Google, ok.) Bukan senang menjadi diri aku dalam situasi ini. Tanpa panduan khusus (mcm guru terlatih), aku 'dipaksa' untuk mengenali bidang ini. Memang payah. Tanggungjawab membentuk manusia lain dengan hal ehwal akademik dan sedikit moral mmg sangat payah. Tapi aku tak pernah gentar apa-apa pun cabaran. Bukan kerana gajinya yang mahal (utk tinggal di sini), tapi keseronokan berkhidmat dengan anak negeri sendiri. Impian aku tercapai, manis kan?

*berfikir lagi

Berjumpa dan berkenalan dengan ramai manusia. Aku makin yakin dengan diri sendiri. Adakalanya diri macam tidak sedar diri seketika bila terlalu banyak bercakap. Habis-habis hati sendiri tercalar. Sekarang aku lebih banyak berdiam, hanya lebih memanjangkan penglihatan atau pengamatan. Iya, ia membuahkan hasil. Aku sudah tidak bersama dengan 'kamu', maknanya aku tidak mahu lagi menyusahkan kamu. Hidup aku lebih gembira sekarang. Kalau ada kesusahan melanda, aku buat-buat cool saja. Nak sedih-sedih-moody-moody tanpa usaha nak berubah, sampai bila baiiiii?

*sambil dengar runut bunyi lagu-lagu Saloma

Kamu apa khabar?

Friday, June 11, 2010

Thursday, June 10, 2010

Travel Trip : Pulau Mabul, Semporna (31 May 2010) - Part 1


Maaflah. Tiada angle seperti photographer lain. Sungguh panas di Pulau Mabul. Peluh bercucuran, namun aku mahu ke sini lagi.

Wednesday, June 2, 2010

Travel Trip : Pulau Bohey Dulang, Semporna (28-30 May 2010) - Part 1


Maaflah. Blog ini sudah menjadi blog 'hanya gambar'. Tunggu next part ya. Hooray! Hooray!