Saturday, January 5, 2008

Tahun Baru Yang Memilukan.

*was taken on 31 December 2007*

Hari Tahun Baru 2008.


Mari menulis lagi. Hari ini 1 januari 2008, seluruh dunia menyambut tahun baru. Semalam, aku sekadar mendengar dentuman bunga api dari rumah sewaku. Aku tak join mana-mana sambutan pun. Lagipun, penat masa balik dari outstation hari tu masih bersisa. Sejak mula bekerja dalam pekerjaan baru ni, susah sangat aku nak tido. Terutama sekali bila dah terbangun pada waktu tengah malam. Tak kirala, aku trima call ke, lepas tu memang susah sangat nak tido. Nak je aku silent hp, tapi kang kalau ada emergency kan susah! ‘Orang baru’ aku tu memang kerap call tengah malam, maklumla offer super saver. Sejam RM RM 3.00 katanya… herm… ye la tu, alih-alih aku yang tak dapat tido sampai ke pagi. Tapi heran pula, bila kat opis aku tak la mengantuk sangat. Cuma mata aku je terasa pedih. Hahahaha….

Selamat tinggal 2007, semoga 2008 ni lagi bagus ong’nya berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ala, resam la tu. Masa aku tengah taip entry ni, hujan start turun mencurah. Pagi tadi cerah saja, sekarang dah hujan pula. Alhamdulillah, kata orang tua, sekiranya hujan turun sewaktu kita sedang hendak memulakan sesuatu pekerjaan, itu tandanya rezeki akan lebih banyak bertambah. Hujan tu kan membawa rezeki. Aku tak nafikan 2007 memang terasa sangat ‘bahangnya’. Banyak yang aku belajar sepanjang tahun lepas, yang penting aku laluinya dengan penuh pengajaran.

Tapi pagi tadi, aku bangun lambat. Biasanya kalau hari cuti aku akan bangun awal, dah terbiasa… kemudian mandi… kawan serumah aku elda, pernah tanya aku pasal tabiat bangun awal masa hari cuti aku ni. Dia kata, kalau dia pula, dia akan sengaja bangun lewat dan lagila lewat nak mandi pagi. Hahaha… aku pula, bila dah bangun awal, aku kena mandi cepat-cepat sebelum malas tu bersarang dalam diri aku ni. Budak-budak lain pula, bila dah jadi cam ni, mesti mereka tanya aku, nak ke mana awal pagi ni…. Isk, takanla nak keluar rumah kena mandi awal.. hahhah… aku just jawab, tak kluar mana-mana pun. Dah memang biasa bangun awal dan mesti terus mandi… tapi pagi tadi aku lewat bangun daa…. Ada la musababnya tu..

Pagi ni, aku selak suratkhabar Star yang aku beli tahun lepas (hehehe). Aku beli masa hari aku p outstation tu, aku terlupa nak bawa balik. Selak punya selak, ada pula artikel pasal pertandingan hiasan pokok krismas sempena perayaan krismas hari tu. Oh! Rupanya ada pertandingan eh…. tak heranla kalau Mid Valley yang menang. Hepi sungguh aku masa baca artikel tu. Kata budak serumah aku, decor kat Sunway Piramid pun lawa, tapi aku tak sempat nak g tengok pula. Takpela, nanti aku surfing kat internet. Tapi pada perkiraan aku, kalau KLCC dan Times Square pun jauh bezanya dengan Mid Valley, apeka Sunway Pyramid boleh mempunyai decor yang setanding dengan Mid Valley? Menurut artikel yang aku baca tu, tema yang digunakan oleh pihak MV adalah bertemakan Fairy Whispers yang diinspirasikan dari karya popular William Shakespeare yang bertajuk William Shakespeare MidSummer Night’s Dream. Macam entry aku sebelum ni, aku memang salute toing-toing kat décor MV ni. Aku sendiri bila berada di situ macam terasa dalam cerita fairy-fairy pula. Kadang-kadang aku perasan jadi fairy pula, hahahah…dalam bahasa perasannya PERASAN JADI BIDADARI.. muahahaha.. memang décor dia sangat cantik. Kikikiki… kat situ juga la aku bertemu dan berdating kali pertama dengan ‘orang baru’ aku tu.

“We created an enchanted forest where fairies roam this magical world of unknown. When you enter the Centre Court, you will be amazed by the landscape of wild beauty, with glowing fairy lights, dainty ornaments and wild flower garlands,” said Kung Suan Ai.

Yes, absolutely damn right. Sebab aku sendiri dah datang tempat tu. Masa aku kerja ng Mines Marketing kat Boulevard, hari-hari aku lalui tempat tu. Tak jemu aku nak tengok. Cuma ruginya, aku tak ada gambar sendiri kat situ. Picas yang aku ambil pun sekadar pemandangan décor tu saja. Tak ada aku memacak membelakangi nya. Eh! lupa pula. ‘orang baru’ aku ada amikkan gambar aku, tapi kat cammy dia la.. herm.. lepas dia balik ni, aku nak minta dari dia la..boleh tayangkan masuk dalam blog… oooo… cakap berbukti maaa….

The contest was organized by Tourism Malaysia in conjunction with the Malaysia Year End Sales – 2007 and attended by 10 other major shopping centres in Klang Valley. Herm.. lepas ni, aku nak surfing 9 lagi shopping centres yang follow pertandingan ni. Abis, dah alang-alang buat survey kan… MV pun dah banyak terima awards seumpamanya.. wooo… seronok macam ni kan.. buat artikel pasal pertandingan-pertandingan macam ni, tambah pula aku dah attend sendiri benda ni..

Itula yang best bila ada hobi macam ni.. sambil jalan-jalan sambil snappy-snappy picas. Lepas tu boleh cerita balik dalam blog, at least it shows me dat I never miss-up with any event kan.. ala..kebetulan aku kat situ kan.. tapi tak apala. At least, I have my own point of view kan..

Dalam beberapa masa sebelum ni kan, aku selalu sangat terjumpa dengan orang : dorang pandang aku macam aku ni tak tau apa-apa pun.. faham ke? Tapi keadaan macam ni, aku tak kisah sangat pun. Maybe 1st impression aku yang silap kot. Abis takanla aku nak tunjuk ‘muka serba tau’ kat orang lain. Lagila orang akan kondem aku.. lagi banyak manusia yang tak boleh terima keadaan macam tu. So, lebih baik aku tunjuk ‘muka inesen’ tak pun ‘muka naïf serba tak tau’ biarpun aku kurang gemar terima ayat-ayat selepas tu.

Contohnya, macam baru mula-mula aku kerja kat tempat baru ni. Aku dah siap bagitau, aku dah hampir 6 tahun duduk semenanjung ni. Duduk Shah Alam for almost 4 years and kat Serdang in around 2 years.. yes, 2 years. Takanla tak boleh nak jangka sendiri kan. Dah aku studi kat sini, masa tu umur pun muda lagi (eh! dah tua ke aku ??) mestila KAKI PUN PANJANG. Lepas tu, siap salah sorang staf kat opis aku ni kata;

‘ U nak makan kat mana, U tau ke Sungei Wang? Nak I tunjuk tempat makan kat sana ke? ‘

Gosh! Sapa-sapa yang duduk Klang Valley tak tahu pasal Sungei Wang memang tak bestla hidup dia….kikikikiki… suka suki je aku cakap kan. Hah! Lepas ni, ada la MALAUN yang cakap aku ni cakap besar pula.. almaklumla, duduk under the tempurung susah nak terima audio visual dari dunia luar…muahahahha…

‘ oh! I makan kat Sungei Wang roof food court..’ aku jawab.

‘ Eh! U tau juga ye..’

Tu aku dah cakap, aku ter’over expose muka naïf aku ni. Takpela, kalau tunjuk ‘muka serba tau’ karang, bertambah lagi MALAUN Clique aku.. kikikikiki…. Setakat ni, staf-staf kat opis aku biasa-biasa belaka.. herm… aku yang paling muda kot.. yang lain tu, lebih tua dari aku.. Cuma, aku tak boleh judge lebih-lebih, true colors akan keluar juga akhirnya. Owh! Dalam keseluruhan management office staf termasuk PD office, hanya 2 orang Melayu saja. Aku ni, dalam konteks global yang aku nak cerita ni, aku klasifikasikan saja ORANG MELAYU. Aku dan sorang lagi sales staff kat PD, Kak Shida namanya. Mostly management staff adalah Chinese dan Indian. Kalau operation, ramai juga Melayu. Alhamdullilah, syukurla dapat masuk management level kan. Susah sebenarnya… biarpun level aku ni bawahan saja, tapi cukup bersyukur sebab ada peluang kerja macam ni. Esok (2hb) ada sorang lagi Melayu S&M Executive akan masuk opis aku. Means, KL ofis la. For the sooner, aku rasa maybe kerja aku akan bertambah liun kot. KL ofis hanya ada sorg je coordinator. So, apa-apa event customer dari KL, aku akan settle up dari segi documentation, follow up sampailer ke proses akhirnya. Untuk Januari ni saja, setakat yang confirm ada dalam 8 event. Adus….. nasib baik, 2 exec akan masuk… both girls.. biorler dorang yang pegi PD setiap minggu. Aku baru 2 kali pergi dah rasa bosan dah… even aku ada driver sendiri, tapi duduk dalam sepanjang perjalanan tu yang buat aku rasa bosan. Kalau ada 20 cawangan kan best… ahahahha… boleh menambahkan lagi bilangan kawan baru dan mengeratkan ukhuwah… muahahha… syial je..

Aku tak tau prospek aku kat sini. Aku kena cari keja lain yang aku rasa lagi best.. gaji aku kat sini Alhamdullilah…. Boleh buat savings dan boleh la hantar kat kampung. Sebelum ni… memang tak cukup.. Cuma aku nak cari kerja guna deg aku.. tapi entahla.. aku more on management je la.. nak keja 100% dalam based IT tu memang tak bole, sebab deg aku bukan totally IT. Aku memang dalam management je… kalau nak ikut, sales and marketing ni memang bukan dalam deg aku.. Cuma berkait je la.. aku bleh cakap deg aku yang kantoi tu bersifat overall la.. tidak totally IT.

Aku dah pikir-pikir.. kalau ada rezeki, aku nak sambung master. Itu pun kalau boleh lepas ler.. pointer aku bukan lawa. Buat master tak lama.. ada rezeki boleh jadi lecturer.. lepas tu sambung pHD pula.. wawawawa… nak ada gelaran doktor la pula.. herm… semua tak mustahil la.. aku nak buat master kat UITM juga. Lepas tu, kalau ada rezeki nak buat PHD kat oversea.. heheheh.. tingginya angan-angan kan.. isk.. tak mustahil apa.. lainla aku nak bercita-cita nak jadi angkasawan.. toksah jauhla…nak pegi buat saringan stamina pun memang tak larat.. aku kalau bab-bab stamina ni memang tak larat benar. Tapi masa muda-muda dulu pun, aku selalu ikut benda-benda lasak tu. Cuma dulu tak ada cammy. Sayang betul aku rasa… tak apala..dulu tak mampu… sekarang ni pun tak mampu lagi. Macam mana nak mampu, kalau nak beli cammy yang harga ribu-ribu tu. Kalau dulu, pakai manual… ala leceh nak scan guna scanner. Pakai digital, zupppp…. Dalam masa 5 minit dah boleh masuk blog dah… kikikikiki….. takpe..takpe.. mesti aku dapat beli juga tu.. insyaAllah…

Harapan aku untuk tahun 2008 ni, kesihatan aku bertambah baik.. boleh generate otak aku nak cari rezeki lagi baik dari sebelum ni. Bukan nak kata, rezeki aku tak bagus sebelum ni.. Cuma aku banyak lalai.. terutama dari segi financial la.. memang kantoi la.. takpa… tengah set up balik la ni.. tak boleh lalai lagi.

Huhuhu.. penat lak aku taip balik masuk dalam sini. Terbongkok-bongkok udang sesambil segelas kopi dan teh dah aku habiskan dari tadi. hari ni 3 jenis minuman aku dah minum. Tidak termasuk air kosong. Herm… bila la nak mengantuk ni?? Esok dah kerja balik. Kena bangun awal, sampai kat opis awal dan boleh masukkan entry awal-awal. Salah sorang staf dalam opis akan datang lagi awal dan biasa balik lewat. Heheheh… malas nak stay rumah awal-awal la tu kot. 2hb ni pula aku nak g tengok Barbie booth kat East Wing kat Times Square. Hehehe.. macam biasala, kena cas bateri awal2 sket, kemudian boleh snappy-snappy kat sana. Ini pun aku baca kat Star. Kalau aku g hari Sabtu tu kan best… herm.. tak apala, at least cerita entry bleh masuk.

2008, semoga tahun ini aku lebih sukses dan boleh menjadi seorang yang lebih berjaya. insyaAllah, demi diriku sendiri aku kejar kejayaan itu. AMIN.