Showing posts with label Dragon Inn. Show all posts
Showing posts with label Dragon Inn. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

Travel Mode : Lahad Datu to Semporna - Akhir

Entri ini adalah siri akhir bagi Travel Mode aku dari Lahad Datu ke Semporna. Rasa macam tak puas masa ke Semporna. Aku dah jalan banyak tempat di Malaysia, tapi setakat ni Semporna buat aku rasa rindu nak datang lagi. Entahlah, mungkin environment kot. Sayangnya, selepas waktu aku check in kat Dragon Inn, bateri dslr aku dah kong. Masa aku kat Telupid, aku dah ejas-ejas rasanya bleh lagi bateri dslr aku tu. Sebab biasanya kalau tinggal satu bar, aku boleh dapat banyak shot lagi. Tapi aku lupa, aku ber-ekon sepanjang malam di Hotel Ocean Lahad Datu, lepas tu pula masuk Dragon Inn pula. Haih. Camanala nak naik Gunung Kinabalu pula nanti ni?
Bot ni parking kat depan reservation

Pagi Sabtu di depan bilik aku.

Ni la bot Pala'uh.

Aku terloncat bila mula-mula nampak binatang berbulu hitam ni. Mula-mula aku nampak badan cam anjing, tp terkejut bila nampak tandok dia ni. Kambing rupanya!


Memang rasa rugi bila aku tak terbawa charger dslr aku. Biasanya aku akan simpan dalam beg retro aku tu skali dengan kabel. Aku merancang sekali mahu ke Pulau Mabul pada hari Ahad tu. Kawan aku dah ejaskan bot, tapi nasib baik dia tak dapat reach aku. Mungkin hikmahnya macam tu la. So, next November aku akan ke Semporna dan melawat pulau-pulau sekitar lagi. Terdapat sebuah pulau yang sungguh unik pemandangannya dari arah Bandar Semporna. Bila aku selidik, rupanya itu la pulau yang bernama Pulau Bohey Dulang. Kalau dari daratan, kelihatan macam badan orang sedang tidur. Korang boleh nampak kebiruan laut yang mengelilingi Pulau Bohey Dulang tersebut. InsyaAllah, akan ku sampai di sana. Mesti!

Kahkahkahkah...fast food KFC. Eh! CCKFC = Cham Chung Kee Fried Chicken

Terpaksalah aku men-snap menggunakan selfon aku. Selfon aku Sony W880i memang tak menghampakan. Aku kurang gemar teknologi selfon ni, tapi bila aku tgk outcome yang korang tengok ni, aku berpuas hati. Sayangggggg selfon aku!!!!Tapi ada lagi satu masalah, hari tu aku tak boleh update blog aku dengan gambar-gambar dari Semporna. Aku fikir aku terlupa bawa extension usb untuk memori kad selfon aku tu. Selepas melawat Live Aquarium, aku segera ke Bandar Semporna. Lagi haru bila tak semua kedai ada jual selfon Sony. Hinggalah aku jumpa kedai jual barangan Digi set. Ada kedai yang aku pegi, bos dia awal-awal lagi ckp dia tatau apa-apa yang dia jual kat kedai tu. Dia suruh aku datang semula Isnin sebab pekerja dia sedang bercuti. Bunguk punya bos! Last-last bila aku sampai kedai Digi, dia tunjukkan extension utk memory card brand lain, aku terfikir rupanya aku ada extension tu. Haih....bila sampai kat bilik hotel, memory card aku tu blocked la pula. Jadi tak boleh update langsung.

Terasa macam mini Petaling Street pun ada.

Masa aku balik Sandakan, aku bawa selfon aku p kedai gambar. Pun tak bleh transfer gambar, sebab pekedai tu kata Selfon aku, virus dah blocked. Jadi, kenala pakai bluetooth dan burn dalam CD. Hahahaha....Herm, ada kawan-kawan yang anggap aku dah gila, bila aku travel sorang-sorang ni. Habis, aku ajak korang pun bukannya korang nak. Masa tak sesuai la, jauh la..boring betul. Tu pasal aku pegi sendiri. Tapi bulan November ni aku akan pegi lagi. Untuk next trip bagi bulan Oktober, 23-25 aku akan berada di Kota Belud bagi melihat sendiri Tamu Besar Tahunan Kota Belud. Tak sabar nak tengok koboi Bajau. Dalam masa yang sama, ada Pesta Gong di Matunggong, Kudat. Mungkin aku akan ke Simpang Mengayau, itu pun kalau sempat.
Pasar minggu hari Ahad, macam-macam ada jual kat sini ni. Meriah weh!

Kawan-kawan, kenapa aku travel? Dulu-dulu aku belum ada kemampuan pun hendak ke mana-mana. Hendak masuk persatuan di sekolah pun agak perit, sebab aku faham parent aku tak mampu nak sapot aku. Maklumlah, adik beradik lain pun masih bersekolah lagi masa tu. Sekarang ni, alhamdullillah. Banyak impian-impian aku sudah tercapai. Semakin banyak impian aku tercapai, semakin banyak impian baru aku cipta. Aku percaya tiada benda yang mustahil di dalam dunia, melainkan sesuatu keinginan dan impian itu tidak dibenarkan oleh Allah S.W.T.

Bila aku melihat air laut semasa makan tengahari di Dragon Inn, betapa alunan pergerakan air laut itu sungguh menenangkan. Apa lagi bila aku melihat peniaga-peniaga kecil yang sedang berniaga di tepi-tepi jalanan. Semua kehidupan yang ada di muka bumi ini mempunyai nasibnya yang tersendiri. Aku percaya kalau aku berusaha memperbaiki diri sendiri dan ayat-ayat kesyukuran tidak putus-putus dari mulut, rezeki dan segala impian itu akan tercapai. Jadi kenapa tidak kamu?

Aku suka suasana dalam gambar ni.

Maha Suci Allah.

Kawan tanya, berapa ribu aku dah berhabis untuk travel mode ni? Terus terang aku cakap, aku hanya bawa cash RM300 sahaja. Gaji aku bukan besar mana pun, tapi kad ATM memang aku dah prepare juga. Cuma ada satu masalah yang aku hadapi bila aku p travel. Aku suka makan. Macam pergi Semporna ni pun, aku suka sangat nak makan lobster. Tapi tak dapat lobster, udang biasa saja la.

Okla, aku menulis setakat ini saja la. Aku harap-harap aku dapat menyumbangkan maklumat yang berguna kepada kamu semua. Kalau kamu ada cadangan menarik tentang mana-mana tempat yang aku boleh lawati di Sabah ini, jangan segan silu bagitau aku. Kalau boleh aku nak pergi tempat yang tak berapa femes lagi, tapi selamat untuk dilawati la. Jaga diri baik-baik dan sentiasa happy selalu. Daa...



p/s Diriku terbuai bila melihat alunan ombak di sana.
Aku pasti datang lagi untuk terus melihat lagi.
Aku buang ingatan-ingatan yang memeritkan
Biarpun noda itu pergi jauh-jauh
Semoga hati ini sabar selalu.

Monday, October 12, 2009

Travel MODE : Lahad Datu to Semporna (3)

Travel MODE : Lahad Datu to Semporna (1) Klik!
Travel MODE : Lahad Datu to Semporna (2) Klik!

Hai kamu. Apa khabar? Wireless kat kompoun tempat aku tinggal ni tak idup, aku just updated entry aku ni guna broadband aku. Kat sini, malam-malam (subuh dah ni?) broadband celcom memang laju sikit. Tu pasal aku bleh main Farmville dan upload gambar-gambar aku snap masa aku travel ke Semporna 2 hari lepas. Penat Semporna tak habis lagi ni. Ni pun aku baru bangun dari tido. Jumaat aku dari Telupid ke Lahad Datu. Kemudian Sabtu aku kat Semporna. Ahad aku kat Sandakan, Isnin semalam aku dah ada kat Telupid balik. Penat menikam tu memang terasa beb. Tapi aku sangat enjoy. Suka bebenor aku nak upload lagi gambar kat atas ni. Untuk pengetahuan korang, aku memang la rasa takut bila jalan sendiri. Tambah-tambah lagi bila time malam. Mak aku siap marah-marah lagi. Dia kata, tak elok perempuan jalan sendiri-sendiri. Dah aku tak ada kawan nak join, takan aku nak tunggu kawan nak setuju baru nak on. Koser, aku. Bukan maksud aku nak lawan cakap mak ke apa, tapi aku boring ar. Kalau nak tunggu berteman baru nak gerak, sampai 4 tahun pun tak habis. Tak tercapai segala keinginan aku ni. Lagipun, aku rasa aku lagi suka sendiri kot kalau nak travelling, tak payah aku nak pikir muka-muka ketat sepanjang perjalanan. Tapi, untuk bulan depan, aku akan sekali lagi ke Semporna dengan kawan-kawan aku. Tapi yang ni aku rasa kompom betul2 nak join aku. InsyaAllah, tak lah aku rasa takut bila nak lalu kawasan pasar utama di Bandar Semporna.


Aku suka momen gambar ni. Tapi aku punya backpack tak besar cam dorang ni. Maklumlah, bajet 3 hari 2 malam sahaja. Tapi comel kan?

Tips seterusnya, kalau kamu rasa takut jalan sendirian di tempat tumpuan utama pelancong, korang ikut je mana-mana pelancong dengan jarak yang selesa. Orang 'jahat' takan fikir kamu ni jalan seorang, ni pun mat saleh kat depan aku ni pun, aku follow kat belakang juga. Tapi mereka tak stay tempat aku stay. Aku menginap di Dragon Inn atau yang lebih terkenal dengan nama panggilan Floating oleh penduduk tempatan. Dragon Inn ini mempunyai beberapa jenis bilik dengan harga menginap yang bagi aku murah sangat dan berbaloi sangat.

Lorong utama masuk ke reservation centre. Best kan?

Backpack dan beg dslr aku. itu saja, simple kan?

Bilik VIP cost RM225.00 per nite,
Twin sharing Single RM 99.00 per nite (with bed king size type),
Twin sharing double RM66.00 per nite for budget type (menghadap ke bandar);
Twin sharing standard RM 77.00 (kat tengah-tengah Inn)
Dormitories RM 22.00 per pax per nite (with sharing toilet, no blanket and no locker).

All inclusives with a per pax ticket to enter Live Aquarium (8.am to 6.pm) and light breakfast (6.30 am - 9.30 a.m)

Dalam Dragon Inn ini juga terdapat dewan untuk membuat event, bilik mesyuarat dan internet cafe yang mengenakan cas rm10.00 bagi setiap sejam kepenggunaan. Mahal juga tau.

Pearl Restaurent yang sangat unik senibinanya.

Kalau nak tempah ikan segar, korang bleh pilih sendiri kat sangkar ni.

Tenang betul aku menikmati makan tengahari aku sambil melihat trafik bot-bot yang sungguh sibuk di laut sana.

Gambar di atas merupakan pemandangan yang sungguh menakjubkan semasa aku sedang makan tengahari di Pearl Restaurant. Makanan agak sedikit mahal berbanding di luar dan seperti biasa aku memesan nasi goreng. Kali ini aku memesan nasi goreng with isi crab (RM8.00 sepinggan). Memang pun agak sedap dan ditambah dengan udang segar dimasak pedas dengan kicap. Aku teringin nak makan lobster, tapi pelayan restoren situ kata lobster tak ada stok. Bagi aku, lobster yang dijual pada permulaan harga RM22.00 untuk sepinggan adalah sangat murah untuk tempat yang macam ni. Rata-rata pelayan restauren di sini mungkin bukan orang Malaysia sendiri, aku sendiri boleh kesan melalui pelat 'R' mereka. Mungkin mereka adalah orang Filipina yang datang bekerja kontrak di sini. Oh ya, menyebut soal suku kaum. Suku kaum utama yang aku lihat di sini adalah Suluk @ Tausug, Bajau Filipina dan Bajau Pala'uh.

Aku merasa amat rugi bila tidak menguasai bahasa Suluk (keturunan bapa aku) mahupun bahasa Dusun (sebelah mak aku). Kesannya bila aku berada di Semporna hari tu, aku tak bleh communicate dengan orang-orang sana. Bagi aku, bila kamu dapat menguasai dialek tempatan, orang-orang di situ lagi mesra dengan kamu. Sama juga halnya kalau orang Semenanjung Malaysia yang berurusan tawar beli di sini, kalau dah pandai slang bahasa Sabah tempatan kira senanglah nak tawar menawar. Maksudnya, ianya seolah-olah menghormati masyarakat itu sendiri dan mereka senang kepada orang luar yang datang situ. Tapi aku tak sempat nak snap Suku Bajau Laut atau Bajau Pala'uh di sana. Suku ini dikatakan dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB, United Nation;UN) disebabkan isu kerakyatan mereka. Aku rasa kamu pun tahu di mana masyarakat Pala'uh ini lebih banyak menghabiskan masa kehidupan mereka di dalam bot (sebagai rumah mereka) di atas laut. Aku pernah melihat dokumentari khas tentang Pala'uh ini di televisyen. Dan, aku teringin membuat dokumentari versi digital dan berkongsi kepada kamu. Tunggu ya..

Selepas lunch di Pearl Restaurant, aku pergi melawat Live Aquarium. Selama ni aku mendengar cerita-cerita dari orang-orang yang pernah berkunjung ke Dragon Inn. Bayaran masuk hanyalah RM2.00 setiap orang, tetapi pengunjung macam aku bayaran aku itu sudah termasuk di dalam pakej penginapan aku. Damainya aku rasa bila menyusuri laluan ke Live Aquarium tersebut. Dengan angin sepoi-sepoi dan dapat melihat permukaan laut di situ. Dulu aku pernah menyaksikan ikan-ikan besar berenang bebas, sambil memberikan mereka makanan di tempat seperti The Mines Shopping Centre, Serdang, Putrajaya tak pun tasik buatan yang terletak di Seremban 2, Seremban. Tapi masa kat sini, aku takut melihat berjenis-jenis ikan yang sangat besar (ada yang sebesar cam aku) berenang-berenang dalam sangkar besar tu. Aku tak bleh nak snapkan, dslr aku kan habis betri. Aku memang gerun ah lagi-lagi lihat ikan kerapu yang besar.. haih.. kalau seorang budak jatuh dalam situ, komfem mati tak mati saja. Tapi kan, yang aku kesalkan pihak pengurusan tak berapa nak jaga persekitaran. Ada sampah-sampah seperti plastik yang dibuang ke dalam Live Aquarium, maybe budak-budak nak kasi rasa sedapnya makan plastik kat ikan-ikan tu hahahahaa...hiasan dalam setiap cage tu pun agak kurang. Sepatutnya sudah dibersihkan pada setiap pagi, sbb aku yakin Dragon Inn merupakan tarikan utama yang ada di Semporna juga.

Live Aquarium. Best wooo..

Sunday, October 11, 2009

Travel Mode : Lahad Datu to Semporna (2)



Pagi Sabtu di Lahad Datu menerusi tingkap penginapan Hotel Ocean

Stesen Bas Utama Lahad Datu - Masa ni aku terpaksa menunggu sehingga bas penuh hampir 2 jam lamanya. Perut pula lapar, sempat juga aku pergi breakfast makan Nasi Kuning best in town. lalalalala..

Bagi kamu yang masih belum mempunyai bajet besar mahu berjalan-jalan ke luar negara, aku syorkan kamu melawat Bandar Semporna yang terletak di tenggara negeri Sabah. Aku sampai di bandar Semporna lebih kurang pada jam 12.30 tengahari, setelah melalui perjalanan sedikit berbukit bukau dan ladang-ladang kelapa sawit dari Daerah Lahad Datu. Aku check out dari Hotel Ocean pada jam 7.00 pagi dan sempat berjalan-jalan di dalam bandar Lahad Datu sekejap. Aku bertanya arah pada sorang pakcik tukang kasut di bawah hotel aku menginap tu tentang kat mana aku bleh dapatkan bas ke Semporna. Mula-mula dia tunjuk arah sebenar, tapi dia syorkan ambik bas yang lagi awal berdekatan dengan pasar utama Lahad Datu. Em..dengan hujan renyainya aku berjalan itik ke tempat yang dimaksudkan. Aku menunggu di situ pun agak lama dengan ditemani bau-bauan lori angkut ayam. Ada juga bas mini di situ, tapi ke kawasan Silam dan kawasan berdekatan saja. Oh ya, Silam merupakan daerah di mana terletaknya kawasan hutan dara Lembah Danum. Bila lalu kat situ, kamu pasti dapat merasa udara sejuk dan segarrrrr. Aku pun 'gerak' bila tengok bas mini ke Semporna tak ada. Tanya punya tanya, ada lah seorang abg tu bergerak lebih pantas nak tunjukkan aku arah Terminal Lahad Datu. Aku memula kata tak payah hantar dan tunjuk arah saja la. Bila dah nak sampai ke Terminal Lahad Datu, dia dengan muka se-segan yang mungkin minta RM2.00 kat aku, dia kata buat tambang balik ke kampung. Aku dah terpikir dah jadi cam ni sebab tanpa kata dia jalan selamba terus nak tunjuk jalan kat aku. Kebetulan aku tak ada duit kecil, paling last duit merah, aku pun bagi saja la. Biarla sedekah awal pagi ni, tak kira sapa pun minta. Aku takut juga kalau tiba2 dia berperangai pelik ke, dah tu aku ni kat berada kat kampung dia. huhuh.. tapi tak baik berburuk sangka, walaupun aku dah berburuk sangka sebenarnya.

Terminal Bas Lahad Datu
Bandar Lahad Datu sederhana besarnya. Tetapi kelihatan kemas dan terancang cara pembangunannya. Terminal Bas Lahad Datu pun agak luas. Tapi tu la, bas mini hanya 'bergerak' setelah penuh. Ada la juga aku tunggu dalam 2 jam. Tapi macam aku ckp, aku sempat menikmati sarapan Nasi Kuning dan segelas Tongkat Ali CNI dalam kos RM6.00 sahaja. Agak sedikit mahal tetapi segera ditutup kelemahan itu oleh kesedapan Nasi Kuning yang aku rasa heaven sgt. Nasi Kuning Terminal Lahad Datu ni lebih rasa kunyit dan wangi pandannya. Wah, sapa pun mesti berselera nak makan punya. Tapi lepas tu kepala no-neng pening sebab minum Tongkat Ali tu. Tapi biasala, tongkat ali kan minuman pemberi tenaga. Sengal-sengal badan tu tak ada lah sangat.
Bukan main lagi pakcik driver ni sempat berborak time jalan cam ni. Dah la tak pakai safe belt.

Masa dalam perjalanan ke Semporna, aku sempat berada dalam keadaan kemalangan jalan-raya. Baru sangat-sangat. Sebab aku masih nampak mangsa terbaring atas jalan raya. Pakcik driver bas aku naik tu kata, kawasan Sepagaya ni memang terkenal dengan kes kemalangan jalanraya terutama oleh penunggang motorsikal. Ala kat mana-mana kampung pun biasala tak pakai helmet dan menunggang motorsikal tanpa lesen. Jalan utama kat kawasan Sepagaya tu pun agak lurus dan tak rosak. Memang bestlah kalau nak merempit-durjana. Sudahnya, aku sendiri dapat lihat kaum keluarga si mangsa tadi menangis meraung tgk si mangsa dah terbaring atas jalanraya. Komfom la tak pakai helmet. Tapi, aku tak rawan sangat sebab aku tengok budak tu sedar lagi. Cuma tak bleh bergerak maybe kaki dah patah. Tapi kulit kaki dan lutut dah nampak isi lah. Kereta yang melanggar tu maybe sebuah kereta keluarga, sebab aku ada nampak seorang wanita sedang dukung anak kecil dalam kereta tu. Sure takut gila, maklumlah kat dalam kawasan kampung. Macam-macam bleh jadi. Tapi perut aku dah senak semacam dah bila tengok kemalangan tu. Kepala aku no-neng semula. huhuhu...

Aku melalui kawasan sedikit berbukit bukau semasa hendak ke Semporna. Tapi biasalah, ladang kelapa sawit ada di sana sini. Cuma udara di situ masih segar dan sentiasa sejuk. Yang menariknya, boleh dikatakan banyak sungai dan jambatan yang terdapat dalam kawasan menuju ke Semporna. Camana aku bleh tau? Hihihi, setiap sungai dilabelkan dengan penanda besi babe. Setiap 500m dan sebelum 250m ke sungai dan jambatan, mesti terdapatnya penanda besi tu. Aku tak rajin, tapi serasa aku maybe dekat 20 buah sungai dan jambatan telah diberi penanda besi berkenaan. Bayangkan setiap sungai dan jambatan tu ada 2 penanda besi; 500m sebelum dan 250m sebelum. Aku fikirkan sungai besar cam Sungai Kinabatangan. Alahai, cuma sungai-sungai kecil yang dah tertutup oleh semak samun dah. Bagi aku ini satu pembaziran betul. Aku tahu kos sebuah penanda besi tu agak mahal untuk keadaan yang macam tu. haih!

Hoyeah! Selamat Datang ke Semporna, Daerah Taman Laut.

Masa jalan kat sini, aku betul2 merasakan diriku cam seorang traveller betul.

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku dah sampai kat Semporna. 1st word yang kluar dari mulut aku adalah Woah! Bandar Semporna kecil saja. Tapi agak padat. Bangunan-bangunan yang dibina agak rapat tapi bagi aku agak unik lah. Aku tak tau nak describe camana, tapi aku akan berusaha bercerita pada entry seisi ke 3 ok ;)




p/s 90% gambar-gambar di sini di snap dengan menggunakan selfon Sony w880i. DSLR aku habis bateri dan lupa bawa charger. Aku edit dengan Adobe Photoshop saja. uwek..

Saturday, October 10, 2009

Travel Mode: Lahad Datu to Semporna (1)

comel kan? hahaha..unik pulak hotel ni.

Kali ini aku merancang mahu ke Semporna pula. Bulan lepas, seisi travel mode aku adalah ke Bandaraya Kota Kinabalu. Sepanjang minggu bekerja aku banyak surfing kat internet tentang tempat-tempat aku nak pergi. Tapi sudah 2 kali travel mode (semenjak bekerja di tengah Sabah), aku membuat final keputusan mana aku nak pergi adalah ketika aku sedang menunggu di stesen bas setelah masa pejabat pada petang Jumaat. Sebab stesen bas Telupid mempunyai 2 arah perjalanan jauh, samada bas ekspres ke Kota Kinabalu mahupun bas ekspres ke Sandakan. Oh, bas ekspress dari Kota Kinabalu ke Tawau. Jadi, mana-mana bas yang datang dulu, aku akan naik. Tapi, itu pun setelah aku melakukan pencarian maklumat ke tempat-tempat yang menarik di seluruh Sabah. Jadi, kali ini aku mahu ke Semporna.

Mesyuarat mingguan staff semalam habis agak lewat. Aku dah buat muka sapi geram bila masa dah menunjukkan pukul 5.00 petang. Ada pula ahli mesyuarat yang mengambil masa sedikit lama memberitahu apa isi kandungan aktiviti unit sendiri. Intro panjang bejela, siap minta maaf bagai, boring betul. Lepas tu siap cakap, aku boleh balik lewat dengan tumpang mana-mana staf yang mahu ke Sandakan. hahahaha..aku memang bengke' la bila staff tu kata cam tu. Aku palinglah taknak menyusahkan orang lain. Tah kenapa ada yang tak faham. Ke aku kena beli kereta? Hurmm..

Kesannya, aku dah terlewat hendak mengambil bas ke Semporna setiba aku di Checkpoint, Batu 32 Sandakan. Sebab aku dah kira-kira, kalau aku jalan pukul 5 petang, confirm aku akan sempat menaiki bas ke Semporna pada petang semalam juga. Tapi, aku sampai di kawasan Checkpoint Batu 32 pun pada jam 7.15 malam. Sempat juga berbual-bual dengan para pemandu 'pirate' di situ. Mereka nasihatkan aku supaya pulang ke Sandakan, kemudian jalan pada pagi esok (ke Semporna), tapi aku malas pula. Ada yang sarankan direct ke Tawau, sebab ada bas ekspress Kota Kinabalu - Tawau akan lalu di situ. Herm..boring lak. Ada sorang tu sarankan aku transit satu malam di Lahad Datu. Aku pun pikir-pikir sket. Kalau aku pegi Tawau, aku akan ambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Semporna. Oleh kerana aku tak pernah pegi Lahad Datu dan melihat bandar kecil Lahad Datu, aku pun decide ke Lahad Datu la. Tapi macam biasala, aku kena naik pirate. Perjalanan mengambil masa 2 jam sebab driver tu drive agak kurang laju, dalam 75-80 kmsj. Huhhuhuh.. Kalau dia running 110 kmsj pun ok juga. Tapi ya la, keadaan pun dah malam kan. Relakan saja. Sepanjang perjalanan tu, driver tu pun agak ramah ajak berbual. Aku pun berhati-hati dalam tutur kata, maklumlah stranger kan. Hahaha..sejak akhir-akhir ni aku banyak bercakap dengan stranger. Teringin nak buat entry pasal stranger.

Hujan lebat dan keadaan agak berangin ketika aku sampai di pusat bandar Lahad Datu. Oh not bad, bandar Lahad Datu ni agak padat. Tak besar sangat, tapi aku boleh jumpa warung makanan kat tengah bandar ni. Aku pun check in hotel kat Hotel Ocean dengan kadar RM42.00 semalam. Aku cuba cari backpacker lodge, tapi tak jumpa pun. Lagipun keadaan dah malam, aku pun tak berani jalan jauh-jauh. Facilities dalam bilik hotel pun not bad. Bagi aku, aku tak kisah nak tinggal backpacker's lodge, as long barang-barang aku selamat walaupun berkongsi tandas. Ya la, nak save budget untuk travel mode ni kan. Setelah check in di hotel, aku keluar semula nak pegi cari top up reload untu hp aku. Kemudian, aku singgah ke warung makanan yang terletak depan hotel aku menginap ni. Okla, cam biasalah aku akan pesan nasi goreng. Aku paling suka makan nasi goreng bila jalan-jalan cam ni. Semalam aku tempah nasi goreng pedas plus udang. Nasi goreng kakak tu ala-ala rasa Nasi Goreng Sarawak. Not bad, dengan beberapa ketul campuran udang.

Bandar Lahad Datu mempunyai siaran 3g untuk broadband Celcom aku ni. Haih, macam nak promote Celcom Broadband pula ni hahaha.. Ya la, setakat ni aku akan bawa laptop aku sekali bila nak travel. Boleh update blog tentang travel mode kan. Tapi biasanya backpacker's lodge mempunyai kemudahan wifinya sendiri. Aku taknak la espect aku bleh dapat wireless, jadi aku bawa sekali usb Celcom Broadband aku ni. Tak lah susah mana pun. Semasa travel mode, aku akan bawa beg backpacker aku dan beg retro aku. Berusaha membawa seminima barang yang mungkin. Untuk travel mode selama 3 hari 2 malam, biasanya aku akan bawa 3 helai t-shirt, 1 kain sarung dan 1 sehelai jeans saja. 1 helai t-shirt ketika dalam perjalanan, 1 helai t-shirt ketika berada di dalam penginapan dan sehelai lagi untuk apa-apa purpos. Pakaian dalam-dalam tu tak payah cerita la. Hahaha..seminima yang penting tapi selesa.

Oklah, aku nak bersiap mahu ke Semporna. Dan teringin nak snap2 sekitar bandar Lahad Datu ni pula sambil menuju ke Terminal Bas Lahad Datu. Selamat bercuti hujung minggu semua.