Thursday, April 30, 2009

Aku macam sedikit ragu-ragu.


Pertama sekali, aku mahu tujukan statement yang pertama ini kepada kawan aku Haris, Haris kau baca ini.

Kepada sahabat lama Haris, Piwi-ku ini adalah seekor kucing. Aku terkejut bila terbaca komen kau pada entry ini. Haris, aku benar-benar terkejut. Pada pundak fikirku, mungkin kau bergurau, tetapi selepas ayat-ayat komen kau itu tidak terdapatnya perkataan Hehehehe, atau apa saja yang berkaitan dengan emosi LAWAK. Ianya seekor kucing, bukan arnab. Aduh...aku masih confius dengan keadaan ku sebentar tadi. Haris, sila beri statement balas, adakah kau bergurau ataupun memang kau sangka PIwi itu adalah seekor arnab? Double confirm..hahahaha...

Sudah lama tak cakap-cakap pasal blog. Asyik-asyik pasal fotografi. Ya, i guess most of all you getting pretty bored with my entries, lately. Tadi, aku hoping around ke dalam blog-blog yang ada dalam list aku. Ada yang sudah lama tak update, ada yang joining jadi follower aku (terima kasih ya), ada yang rajin update, ada yang tengah blur, ada yang suka cerita pasal makan-makan, ada yang lebih kepada berita sekitar tanah kelahiran.. dan.. aku, masih dengan status pengangguran aku. Ya, sedikit upset dengan keadaan ini. Aku tak sangka pun (tahun lepas) Malaysia mengalami emosi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Bertahun-tahun aku mengajar diri supaya positif dalam apa juga keadaan, tapi hari ini, dalam diri aku sudah ada cas-cas negatif positif. Kamu faham kah?

Cerita lain.

Kadang-kadang aku macam sedikit ragu-ragu dengan beberapa teman blogger aku. Ada di antara mereka ni memang sedikit religious. Ya, aku mahu cakap soal moral. Kadang-kadang aku leave comments juga di blog mereka ni. Bila aku baca diorang, pasal-hal-hal-religious, aku pun bertanya pada diri aku, layak ke aku bagi komen kat blog mereka tu? Padahal entry mereka tu begitu menarik perhatian aku. Dan entri-entri pada blog aku, hampir semuanya bukan
line mereka pun. Gambar-gambar yang aku snap.. duh!

Jadi, pada kamu yang religious person, aku minta maaf.

p/s Haris, kawan kita Suhardi mahu merantau ke Kuala Lumpur May ini.

Saturday, April 25, 2009

Siapa rindu SM ST. Cecilia sini?

Tajuk entri aku itu berbentuk soalan. Ia tidak hanya ditujukan kepada mereka yang pernah bersekolah di SM Konven ST. Cecilia (SMSC) saja, tetapi kepada mereka yang pernah menjalinkan hubungan (apa-apa hubungan) atau pernah berkaitan dengan sekolah ni lah. SMSC merupakan tempat aku bersekolah menengah pada tahun 1993-1996. PMR dan SPM kat sekolah ni lah. Pada zaman dulu (?), sekolah ni boleh dikatakan agak fofular juga lah disebabkan antara sekolah perempuan satu-satunya pada masa itu. Ini ditambah lagi SMSC berjiran dengan SM St Mary's Labuk, satu-satunya sekolah lelaki saja. Tak lama selepas tu, ada lah pula sekolah lain yang diwujudkan dengan tiada percampuran gender.

Hari ni barulah aku berpeluang untuk mengambil gambar di sekolah lama aku ni. Tapi memang tak puas hati sebab aku tak boleh akses ke kelas lama aku. Terdapat pagar utama pada setiap bahagian hujung kelas. Jadi, aku tak bleh snap lah. Memang sedikit kecewa. Sebenarnya peluang ni aku ambil bila anak jiran aku kata, sekolah SMSC akan mengadakan Bazaar Sekolah. Makanan memang lah macam-macam, tapi harga menggila bab*. Budak-budak ni memang suka bab bergambar. Kadang-kadang aku tertanya juga, kalau stranger minta snap gambar guna kamera aku ni. Apekah ada pertemuan selepas tu? Tapi setakat ni kan, terdapat juga orang perseorangan yang cam ng aku, sebab aku dah pernah snap muka diorang. Biasanya aku yang tak ingat, dorang yang akan tegur aku dulu. Haih...ngeri mak rasa!

Ofkoslah, memang banyak kenangan terindah yang berlaku sepanjang aku belajar dulu kat sini. Adik perempuan aku yang lain pun memang keluaran MADE FROM SMSC. Sekolah ni sebenarnya sekolah konven, tapi dah lama terbuka untuk bukan kristian untuk belajar di sini. Skema pelajaran sama seperti sekolah-sekolah lain, cuma ada masa-masa tertentu pelajar yang beragama Kristian akan menghadiri upacara-upacara ritual. Dan setakat ni (masa zaman aku la pula) tiada kedengaran kejanggalan pelbagai kaum dan agama di sini. Sebenarnya banyak kebaikan kalau kita bersekolah dalam sekolah yang mempunyai pelbagai keturunan bangsa dan agama. Tapi tak kurang juga pelajar yang membuat masalah. Ala, setiap sekolah mesti ada noda-noda hitam.

Aku sempat berjumpa dengan guru-guru di sana, yang aku tak kenal pun. Nampaknya hanya Cikgu Judy (guru zaman aku) masih berkhidmat sehingga ke hari ini. Bukan Judy and Mary ya Facet? Dah ramai cikgu lama (zaman aku) sudah pencen pun. Macam Mr. Chong dengan Tancho-nya dan Cikgu Ms. Teoh. Ini yang aku dapat tahu dari staff SMSC lah. Antara pengalaman yang tak bleh blah aku nak lupa adalah bila salah seorang ketua kelas tingkatan 5 yang mengalami cirit birit semasa mengambil paper BM - SPM. Kesian woooo... aku fikir najis sapa la yang kelihatan indah sepanjang lantai ke toilet tu, rupanya memang dia punya woo...Korang nak tahu, bila saja keputusan SPM dikeluarkan, budak-budak ni siap tanya si amoi tu dapat apa kertas BM? Dapat A1 meletop! Bleh plak dia tahan emosi mental dan fizikal dia ya. hakhakhak.

Masa aku tingkatan 3, pelajar Islam sudah mula diwajibkan memakai tudung ke sekolah. Sebelum tu, aku sempat pakai pinafore kaler biru langit ok. Memang sweet la aku masa tu. Kahkahkah. Bab tudung pula, masa nak masuk kelas agama saja aku pakai tudung. Maklumlah kelas kitorang masa tu kelas gabungan dengan kelas sebelah menyebelah je. Bila saja dah habis kelas Pendidikan Islam, cabut balik lah. Satu lagi aku tak bleh blah nak lupasemua pelajar yang mempunyai rambut yang panjang melebihi bahu, diwajibkan bertocang dua ke sekolah. Habis, mak aku lah hari-hari yang tocang rambut aku masa tu. Masa tu kan zaman Puteri Gunung Ledang. Tiba-tiba satu hari tu, tertinggal pula sedikit bahagian yang tidak termasuk sekali dalam dreadlock natural aku tu. Dahlah bas sekolah dah sampai, takan nak tocang balik kan. Apa lagi, aku selamba potong je bahagian yang tertinggal tu, sib baik kat tengah belakang. Wakakaka. Sampai sekolah, kawan-kawan siap tanya apasal ada ekor kecik di sebalik dreadlock natural tu. Macam biasa, aku jawab MEMANG FESEN MUSIM PANAS pun =)). Lagi satu bab Mak aku juga lah. Masa tu Mak aku potong rambut aku, tetiba saja dia salah potong. Bleh? Last-last aku pegi sekolah ala-ala G-I Jane wooo.. cuma panjang sikitlah.

Aku pun kira pandai buat hal juga dulu masa skola. Teringat masa tingkatan 4 ke 5, masa kelas Pendidikan Islam juga. Aku tengah gurau-gurau nak baling kawan aku dengan pemadam, sekali baling terkena kat kawan aku nama Suriana. Kwang! Kwang! Kwang! Dengan sekali balingan pemadam aku tu, Suriana terkena serangan jantung. Aku memang takut gila babih lah. Takut-takut dia nak saman aku pula. Tak pasal-pasal masuk Henry Gurney ke :)) Kahkahkah. Lepas tu aku penah dihadapkan ke hadapan guru disiplin di atas kesalahan membawa tape video ke sekolah. Helo, masa tu VCD ke DVD ke belum wujud pun. Tape video clip Backstreet Boys pun tapi. Banyak lagi la benda bleh blah, tapi aku malas nak cerita sebab aku upset tak dapat masuk kelas lama aku. Hahaha.. Apapun, St Cecilian rock!

mereka ni baru Tingkatan Satu.
Aku: Kakak pun dulu sekolah sini.
Mereka: Ya ka, lepas tu.
Aku: Lepas tu masuk U la.
Mereka: Abis kakak lulus la?
Aku: Lulus apa?
Mereka: Lulus sekolah la.
Aku: (Blur sambil kelip-kelip mata) :))

Cuba korang bayangkan, kelas paper BM tu nombor dua dari sebelah kiri korang, tingkat 2. Lepas tu dia kena lari pergi hujung, then turun ke tingkat bawah sekali. Jadi, apa kamu fikirkan keadaan tersebut.
Strike A1 for BM's paper. Cina pula tu. Ahmoi!


Aku tak pasti dah berapa loceng antik ni dah ada kat sini. Tapi memang dah lama la beb.



Ada kejadian kat sini. Masa tu aku ikut pertandingan bola sepak antara kelas. Bleh pula, kasut aku pula melayang semasa aku nak tendang bola sepak tu. Tu la, ketawakan lagi kawan aku sendiri masa tu yang jadi keeper pihak lawan. Bola masih di tempat asal ketika itu. Cis.


Sebelum aku snap ni, budak-budak ni action cam nak nyanyi lagu sekolah pula. Aku cakap posing la cam modelling. Wah kau! Bengkok terus pinggang nak melaram. Wow, banner punya konsep tu memang D.I.Y.



Dari atas jejantas depan sekolah lama aku. Dulu, kalau masa Valentine, korang bleh lihat bebudak cina yang kapel dengan budak sekola aku sangkut berdozen-dozen bunga ros kat jejantas ni. Ada sekali tu siap buat banner letak ayat-ayat cinta dalam bahsa cina la. Wow, memang best la. Best untuk dorang la. hahahah..

Tribution to TBU fellas.














Bila dah kembali lappy aku ni, baru aku terperasan aku lupa nak upload gambar-gambar TBU fella yang aku dah kenal ari tu. Kepada CSankai, Junaidi Comel, Don The Don, sori la terlambats ok..lalalalala....