Aku sudah mengalah kepada kamu. Aku menjadi trauma mahupun fobia pada apa-apa perkara yang aku lihat pasal kamu. Nama kamu. Bayang-bayang kamu. Apa-apa saja tentang kamu. Aku sudah nampak ‘maaf’ kamu, tapi aku sudah tidak mahu peduli apa-apa pun. Aku sudah keluar dari ruang itu. Aku sudah tidak mahu apa-apa lagi. Katalah apa saja tentang aku. Aku egois, aku mengjengkelkan kamu, aku membuat kamu marah semarah-marahnya dan apa-apa lagi sikap buruk yang ada pada aku.
Janganlah lakukan apa-apa lagi. Janganlah lagi buat sesuatu yang akan buat aku ‘nampak’ akan kamu. Jangan paksa untuk aku ‘terima’ apa-apa keadaan sekalipun. Apa saja kamu buat, akan jadi racun kepadaku. Bila sudah menjadi racun di dalam tubuhku, lama-kelamaan aku akan mati. Aku masih tidak mahu mati. Segala tutur kamu, yang telah aku butakan hati dari sejak ‘kepergian’ kamu (yang dulu) sudah terkumpul menjadi racun di dalam tubuhku. Aku semakin lemah, kerana tubuhku sudah habis maya untuk melawan ‘racun’ yang kamu beri secara tidak sedar. Aku memang sudah tidak bermaya.
Kesilapan yang aku buat membuktikan aku manusia biasa. Tiada kuasa supernatural yang mampu menggembirakan semua orang pada sepanjang masa. Tetapi kamu menganggap aku sebegitu rupa (anggapan-anggapan kamu) sehingga selayaknya aku dihina. Sedarlah, kamu juga manusia seperti aku.
Kita tidak pernah berjanji apa-apa. Jadi, jangan bimbang tentang apa pun. Janganlah dihina aku lagi. Aku semakin takut kepada kamu. Kalau aku punya kuasa sihir, aku akan sihir ‘ingatan-ingatan’ kamu terhadap aku. Aku juga tidak mahu kamu terbeban dengan masa lepas, yang mana punya watak aku di dalamnya. Sekarang ini, aku hanya berharap ada kuasa-kuasa dari langit supaya menjaga kehidupan kamu. Itu saja doaku.
Terima kasih untuk semua perkara-perkara kebaikan. Semoga bergembira selalu.
Saturday, March 20, 2010
Monday, March 15, 2010
Outing : Shary, Dicc, Chi & Janet with her children
Kalau bercakap soal fotografi, aku memang betul-betul praktikkan motto Saiful Nang iaitu ' Don't think, just shoot'. Kalau kamu tanya aku tentang setting kamera ni, segala nombor-nombor berkaitan di dalamnya, memang aku tatau. Betul-betul naif hal-hal gajet fotografi ni. Bagi aku, gajet tu memanglah penting, tapi kalau kamu tak ada kemampuan..yang penting adalah cara memanipulasi apa saja kemudahan yang ada di sekeliling kamu. Memang satu bonus kalau kamu ada gajet yang baik, tapi tak payahlah nak merendahkan orang lain pula. Mesti korang selalu dengar bila orang kata, ada gajet baik ni tak semestinya gambar pun bagus juga. Biarlah dorng, diorang ada rezeki lebih nak beli gajet yang bagus. Cuma kita boleh berharap mereka pun boleh hasilkan gambar yang bagus, dan kita yang kekurangan ni harus bekerja kuat untuk mendapatkan shot-shot yang 'menggembirakan'. Seronok bila keluar untuk outing, setiap minggu mesti ada rakan baru yang aku akan kenal. Dapatlah juga bertukar-tukar pandangan dan idea, lepas shooting pergi makan-makan.
Bagi aku, fotografi adalah satu terapi untuk diri sendiri. Selain dapat menjelajah ke tempat-tempat baru, kita juga dapat pengalaman melihat 'kehidupan' manusia lain. Aku harap kamu semua pun boleh bergembira dalam apa juga benda yang kamu buat. Bye.
p/s Jaga diri baik-baik. Semoga kepergian masa lepas itu dapat memberi ruang untuk kita membina diri masing-masing. :')
Labels:
JanetnChildren,
Potraiture
Saturday, March 13, 2010
Garis.
Aku mengaku kadang-kadang aku terlalu ingin menjadi manusia yang berguna untuk orang lain. Aku mengaku kadang-kadang aku tidak mahu berfikir negatif walau sedikit pun. Aku juga mengaku aku suka membuang hal-hal tertentu yang kononnya aku tidak perlu sama sekali. Aku mengaku aku mencuba menutup deria untuk apa-apa perkara yang menyakitkan. Tetapi Tuhan tidak mengajar kita untuk membenci, apatah lagi memutuskan sillaturahim.
Aku jadi fobia.
Kenapa kamu memusnahkan hidupku? Jangan tidak pernah mengaku. Jangan fikir bila aku tidak bercakap, maknanya aku takut. Aku sentiasa memerhati kamu. Nampaknya perenggan pertama di atas bercanggah dengan perenggan ketiga ini. Aku memerhati kamu kerana sebelum ini aku menganggap kamu ialah dampinganku. Aku cuba ikhlas menjadi sebahagian kamu. Tapi kali ini, aku sudah nampak kamu bersorak riang kerana telah memusnahkan diriku. Aku sudah menjangkakan perkara ini berlaku. Dahulu, kamu memusnahkan orang lain tetapi aku menadah telinga untuk mendengar kebimbangan kamu. Aku fikir kamu tidak sesekali mengkhianatiku.
Perempuan, belajarlah menjadi seorang ‘perempuan lain’. Jangan begitu sundal memusnahkan hidup orang lain. Aku juga melihat cinta-cintamu sedang musnah. Itu balasan kepada kau yang dulu menjadi pemusnah. Silap, bukan dulu. Sekarang pun. Kau tahu, setiap air mata perempuan lain yang jatuh kerana perbuatan kau merupakan doa keterbalikkan.
Aku fikir sekarang aku harus melukis satu garisan sempadan. Aku tidak mahu ada apa-apa lagi perkara berkaitan. Perenggan pertama dan ketiga aku sudah tinggalkan. Selepas garisan di sebelah sini, aku menutup habis-habisan. Katalah saja aku egois. Ketawakan sajalah sikapku. Demi diriku sendiri, aku tidak mahu merasa bimbang lagi. Aku petik, aku cantas dan aku lambung. Jatuh ke lantai, aku pijak dan aku ludah. Itu maruahmu.
Jangan bimbang. Aku bukan Melayu, jadi pepatah menjilat ludah sendiri tidak sesuai untuk aku.
Tuhan, sekarang beri aku nafas yang baru. Aku hampir mati sebenarnya. Tetapi ,ada satu sudut di dalam hatiku yang sudah mati. Ku jelmakan dia menjadi susuk halus. Dia akan menangis merintih kerana telah kehilangan cintanya. Aku letak dia di sebelah dirimu, aku menyuruh dia berbisik kepadamu. Biar kamu takut.
Aku mahu pergi sekarang. Di balik garis ini. Aku tiada doa untuk kamu.
p/s Mas, bersabar.

Subscribe to:
Posts (Atom)