Tuesday, January 6, 2009

Jalan-Jalan ke Tembok Laut Sandakan.

Lagi-lagi gambar saja....ini bermakna, aku tiada entry bertulis yang panjang lebar..Masa gambar-gambar ni diambil, aku, Dang Yunos dan Along sedang mengambil angin petang alias. nak tengok sunset dari satu kawasan tepi laut yang mempunyai nama tidak rasminya sebagai Tembok Sandakan.

Saja nak ajak dorang ni, sebab esoknya si Dang Yunos dah kembali ke Tanah Semenanjung. Owh, anggap saja entry ini tribute kepada Dang Yunos sebab gambar dia banyak kat sini..sedikit editting dibuat untuk menaikkan seri gambar hehehhe...thanks to her juga sbb dah ajar tips guna dslr ni..hahahaha....ok dang yunos, here we go!



Lebihan Botox masih jelas kelihatan.

Euw....seksi kan?

Aku suka shot ni occay! Tribute to Jari-Jari Menaip








Sekian.

Sunday, January 4, 2009

Selamat Tahun Baru Masihi 2009 (2)

Kalau kau-orang bersama-sama kami menyambut tahun baru 2009 di Sandakan, mesti kau-orang perasaan tentang stage show. Masa aku sampai kat Padang Bandar Sandakan tu, aku nampak stage tu langsung tak ada atap...terpikir la juga, kalau-kalau hujan, habeslah barang-barang konsert yang ada kat atas stage tu... tapi malam tu, langit memang cantik sangat-sangat...bintang-bintang pun memang jelas..

Sampai saja kat rumah, hujan pun start raining (hahah).. tu adik aku cakap, pihak penganjur (?) sudah mengupah orang pandai (?)...huisss....relevan ke benda2 ni pada zaman skarang ni? Relevan tak relavan, hujan mmg tak turun pun masa tu.. ke kebetulan?? kalau pun gosiff, takan mereka very the sure tak hujan malam tu dan gamble tak pasang atap stage???? oh!

Artis jemputan oleh pihak penganjur (?) ialah Amir Sofaz dan Felix Agus.. Amir pun tak ketinggalan nak promo lagu dari album baru mereka tu.. Felix tetap setia dengan lagu Aku Semut Merah tu.. Lagi hangat, bila si Felix ni jemput 4 orang penonton untuk bergelek sama. Yang bikin haru, salah sorangnya bertudung tapi gelek habis..bagai nak muntehsss occay...

Kawan lama (?)

kawan lama (?) bersama sepupu-sepupu yang sedang bercuti ke Malaysia, dari Filipina.

Amir. Hehehhe.... Botox berlebihan pada bawah pipi aku..

Seiring dan Sejalan : Adik aku dan salah seorang residen artis Sandakan(?)

Superstar ker?

Wow?

Adek- adek dan adik aku?

Ini bukan super-impose occay!



Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru Masihi 2009 (1)




Aku sebenarnya mahu membuat entry tentang Tahun Baru Islam sebelum ini. Tapi aku juga sebenarnya seolah-olah mati aksi (wkakakaka)...

Semalam Tahun Baru Masihi. Macam biasalah, banyak gambar yang telah diambil. Tapi aku sendiri tidak tahu bila mahu berkongsi di sini. Semalam, Restoran Aishah di Bandar Maju ini sudah menaikkan tarif penggunaan elektrik / cas penyambungan elektrik dari RM 1.00 ke RM 1.50 sejam. Hahahaha...aku dan Dang Yunos berasa amat sedikit terkilan dan berkira-kira mahu memboikot di atas kenaikan tarif tersebut.

Ya la tu. Esok, Kakak Sulong dan Dang Yunos akan kembali ke tanah semenanjung.. Hai tahun baru 2009, apa cerita?

2 keping gambar di atas? Oh sempena tahun baru semalam...nanti akan bersambung.

Tahniah diucapkan kepada Persatuan Bollywood Sandakan kerana berjaya membuat persembahan tarian Bollywood Moden yang sangat superb.

Tapi sayangnya, tiada pertunjukan bunga api yang cantik...kami penonton masing-masing menanti kehadiran bunga api yang diharapkan. Hanya support dari Navy Base Camp Sandakan je...hahahahah,....lawak...tapi...

Dengar-dengar... pihak penganjur konsert gempak 2009 (?) telah mengupah seorang pengamal ilmu (?) untuk 'berusaha' supaya tidak hujan pada malam semalam? Apakah benar? Aku saling terfikir, mungkin dengan izin Allah, doa si dia diperkenankan. Sungguh....