Tuesday, October 30, 2012

Mampir ke Pasar Besar.

   

Saya memang suka ke pasar besar. Terlalu banyak benda bewarna warni di dalamnya. Pasar besar di tempat saya tidak sesak, kebersihan di tahap sederhana dan membuatkan pembeli tidak kisah berlama-lama untuk memilih barang-barang keperluan dapur utama. Pasar besar ialah salah satu tempat yang paling saya gemari untuk merakam gambar. Kali ini dalam versi hitam-putih.

Monday, October 22, 2012

Kenapa kita jadi stranger?


20 minit tadi, aku melihat satu-persatu gambar milikmu sewaktu lawatan luar mu di dinding Facebook. Tiba-tiba aku jadi rindu. Aku masih ingat kali terakhir kita berjumpa pada malam itu, sebelum keberangkatan balik ku ke tanah lahirku. Itu 4 tahun lepas. Namun dalam selama 4 tahun ini, agak boleh dikira jumlah konversasi kita. Mungkin setahun, ada 2-3 kali aku mengirim mesej ke Facebook mu. Sepatah ku tanya khabar mu, sepatah juga kau jawab. Banyak ku tanya, hanya sepatah-sepatah kau jawab. Aku tak tahu apa terjadi pada kita. Atau kau memang sengaja?

Aku hanya memakan hati melihat paparan-paparanmu. Aku tahu kau sihat dan sibuk. Cuma aku benar-benar terkesan hati bila kita menjadi stranger antara satu sama lain. Aku selalu mengingat-ingat apa yang terjadi beberapa ketika sebelum pemergianku.

Kata saudara perempuanku, yang pernah juga kau temui; 

Kak, itu soal perasaan kak. Aku rasa kau telah 'meninggalkan' dia.

Ya, memanglah aku tinggalkan. Tapi bukan bermakna jadi stranger sebegini.

Aku tahu kau tahu satu perkara yang satu itu. Kau tahu dia lelaki macam mana.

Aku bisukan hati, pekakkan rasa. Takutnya aku bila memikirkan keadaan seperti yang mungkin saudara perempuan aku maksudkan itu. Aku juga benar-benar takut kehilangan rasa.


Semoga dibukakan hati kita yang keras. Dan, aku baru tahu, bukan Kuala Lumpur yang aku rindukan.

:(


Tuesday, October 9, 2012

Semalam-semalam yang hangat.

Saya ada seorang kenalan lelaki sebaya umuran sejak zaman persekolahan tinggi. Dulu saya berpeluang melihat beliau berpacaran dengan seorang perempuan, memakai baju kemeja petak-petak, berseluar jeans agak lusuh, sisiran rambut agak rapi. Pelik? Bukan begitu. Peluang itu bermaksud, beliau sebelumnya adalah potensi transexual. (budak-baru-nak-up-jadi-kakak-kakak)

Mereka keluar berpacaran. Sokongan
kawan2 melihat beliau menjadi lelaki sejati memang epik padu. Entah bagaimana, selepas kami semua sekolah tinggi, khabar menjadi entah ke mana. Saya masih ingat hari pertama melihat beliau menjadi 'lelaki'.

Mata tidak berkedip memandang, hensyiummm wa cakap lu.

Berpacaran, jalannya masih berlenggang dan memakai Jack Purcell. Sesekali 'tangan terpatah' bila membantu memegang beg tangan si perempuan, maksud saya kekasih hatinya.

Hampir 10 tahun selepas hari terakhir melihat mereka, saya berjumpa semula. Kawan lelaki saya itu telah menjadi transeksual sepenuhnya. Menukar jantina, apatah lagi kulitnya mulus dari saya. Bila ditanya menyesal atau tidak, matanya kelihatan kosong. 'Apapun, aku masih Islam, Mas. Doakan yang terbaik.'

Tiada doa yang bukan-bukan saya beri untuk dia. InsyaAllah.

p/s Apa rasa melihat sejarah kehidupan orang lain?

Monday, October 8, 2012

Perempuan Nan Bercinta



Tajuknya juga sudah cukup menarik untuk dilihat. Saya sedang bergaduh jiwa dan akal untuk memahami konteks ayat dan pengisian yang digunakan oleh Faisal Tehrani di dalam novel terbaru terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Syiah, diskriminasi wanita, gaduhan hadis riwayat, peranan intelektual dan banyak lagi isu telah menjadi tumpuan pemerhati seantero. Ternyata kali ini Faisal Tehrani begitu berani menyuarakan intipatinya mengenai Syiah secara terbuka. Saya juga melihat banyak serangan-serangan pemberani pemerhati kepada si empunya penulisan. Beliau mengambil jalan senang; berdiam.Mungkin pemberani pemerhati sedang membaca semula apa yang ingin dimaksudkan oleh Faisal Tehrani. Saya masih belum sampai ke tahap 200 muka surat lagi. Bacaan ini perlu perlahan, agar tidak tercicir maklumat dan memahami apa yang ingin disampaikan. Saya, sejak zaman dulu lagi begitu susah untuk menerima laras Faisal Tehrani. Semoga dengan umur dewasa ini bolehlah saya mula menerima karya-karya beliau.

Kamu seorang Perempuan Nan Bercinta, Mas.
Ah, jauh. Tidak layak malah tidak masuk carta sekalipun.
Itu pandangan aku. Kamu kena hormati.
Terima kasih. Aku terima apa saja tanggapan.

Pufff.....

Sunday, October 7, 2012

Privasi



Perasan tidak, bila kita sudah lelah kita selalu memlih untuk bersendiri? Bukannya lama, tetapi bukan juga sekejap. Bukannya untuk menyombong, bukan juga untuk berpatah arang. Ada masanya kita sangat memerlukan ruang untuk diri sendiri. Melakukan perkara yang digemari kemudian meraih kesimpulan yang menggembirakan. 

Saya perlu waktu untuk menggilap keinginan yang satu ini. Saya mahu bermain-main dengan warna, tanda protes kepada diri sendiri kerana tidak pernah disiplin menajamkan parang diri. Mungkinkah masa yang lepas itu tidak sesuai?