Monday, May 17, 2010

aku upload gambar byk2.


Hadiah untuk diri sendiri sempena hari guru. model merupakan pelajar kelas BM aku. hahahaha

Monday, May 10, 2010

Semalam semua bagaikan mimpi.


Semalam semua bagaikan mimpi. Perkara kecil bagi kau. Sangat sebesarnya bagi aku. Pukul 8.30 pagi, kawan aku pm kat facebook. Nak join event dekat Rumah Warga Tua Sri Harapan? Pukul 10, i pick up u up. I said, OK! .. it was a BIG OK. Aku ajak Shary pergi. Nasib baik dia mahu. Macam tak percaya, wish aku dah sampai seru. Tempat ini adalah sungguh menghibakan. Walaupun aku dan Shary sampai lewat, tapi aku rasa mcm best sgt. Dapat jumpa kawan-kawan baru, tapi emosi memang tak boleh blah.Moga-moga ada yang sudi memberi peluang kepada aku untuk perkara seperti ini. Amin.

Selamat Hari Ibu untuk semua.

Mereka ini Ibu yang ditinggalkan.

Thursday, May 6, 2010

Tertanya-tanya.

Sejak penghujung umur 17 tahun, tak kurang dari 10 jenis kerja berbayar aku dah buat. Happy enjoy. Tapi bila dengan kerja baru ni, tahap happy dan kurang happy aku adalah bernisbah 6:4. Aku rasa aku kena balance kan nisbah tu. Tak bolehlah juga happy selalu dan paling nak mengelak kurang happy. Dulu aku penah cakap, aku tak mahu jadi cikgu. Tapi aku kata, aku nak back for good untuk berbakti dengan anak bangsa. Senangkan Tuhan nak putar hidup aku. Lengkap sangat pakej tu. DIA bagi apa aku tak nak, dan DIA bagi apa yang aku nak. Cuma dia datangkan keadaan ini dalam bentuk yang sangat mencabar.

Di tempat kerja, tak kira umur aku tak panggil nama, kakak atau abang (ke). Aku panggil semuanya skali dengan gelaran Cikgu. Bagi aku, aku memandang profesyen ini begitu tinggi. Hanya orang yang benar-benar berani dan kuat saja layak dipanggil cikgu. Dan, sampai hari ini, aku selalu rasa aku tak layak. Tapi dari sudut spiritual, kalau aku tak layak kenapa Tuhan bagi kat aku? Makin lama aku hidup, aku rasa makin dekat dengan jawapan-jawapan yang sepatutnya tentang Ketuhanan.

Semalam kursus pasal Pengurusan Disiplin. Kata penceramah, ada 3 pokok penting dalam kehidupan, iaitu Agama, Budaya dan Disiplin. Kalau semua ini seiring, maka akan lahirlah seorang orang yang bergelar manusia.

Dan, sampai hari ini aku belum terima hakikat bahawa aku dah kerja dalam bidang ini. Atau apakah Tuhan sedang memberi aku jalan yang benar?

Monday, May 3, 2010

Jangan marah.

I tau Isnin you selalu birus (blues, hehehe). Tapi I suka hari Isnin. Kadang-kadang I rasa macam tak sabar nak pergi kerja (semenjak bekerja). I rasa I tak pernah bermalasan pada hari Isnin. Pagi ini I sunggu fruitful. Macam best sangat. Apatah lagi beberapa photographer idol I telah mengemaskini gambar-gambar di blog mereka. Melihatkan gambar yang sangat stunning, buat I rasa OWH, I MESTI JADI MACAM MEREKA ! Terinspirasikan dari manusia hebat yang lain, itu saja yang ada dalam diri I. I selalu perasan sendiri, rasa macam hebat.Bukan nak riak, tapi I rasa you akan faham bila you ambil gambar, you sukaaa sangat gambar tu dan ya, bonus pujian creditted by your audience. Hari Buruh lepas, I saja cuba perasan macam ada fan sendiri. I buka akaun facebook untuk kerja-kerja karya I. Sampai hari ini, dah ada 27 orang yang tekan LIKE kan page tu. Walau tak sampai 1000 orang LIKE, at least kerja I dah ada orang 'ambil tahu'. Rupanya I ni wujud juga di mata orang lain. Oh, inilah nikmat berkehidupan.

Dulu, you cakap I ni mcm band indie di Malaysia. Suka cakap besar dan sebenarnya tak ada apa pun. Kami memang suka cakap besar, tapi kami ada produk sendiri. Walau kecil-kecilan. Ini menunjukkan kami sebenarnya serius dalam bidang kami. You fikir senang ke Noh HUJAN nak cipta lagu yang mempunyai ribuan peminat yang mendengarnya. You fikir senang ke nak buat gambar mempunyai 27 orang yang tekan LIKE kat facebook you? Ceh, baru 27 orang. Belum 1000 kan. Ok tak apa. Mainstream atau tidak, pencapaian diukur dengan bahan kritikan dari audiens. You sebagai rakyat Malaysia, tak salah nak minat karya dari luar. Tapi I kesal, you menyamakan I dengan orang luar. Hebat sangatke I ni sampai you labelling I macam tu? Hehehehe.

Hari ini hari Isnin.

Nak cari audiens bukan senang. You tak faham semua itu melainkan you terjebak. Simpanlah karya you tu baik-baik dalam bilik. Biar you seorang saja tau. You kan kedekut nak berkongsi. Tak ada sejarah agung membuktikan karya disimpan di dalam bilik boleh terkenal kebaboom. Melainkan you bunuh diri, kemudian polis terjumpa kerja-kerja you tu. Hehehe. Jahatnya I. Oklah, I tak mahu kasik sakit hati you, sebagaimana you pernah sakiti hati dan malukan diri I. Tuhan itu Maha Adil, you tahu kan?

p/s entry ini sengaja dibuat untuk menyaiko diri I supaya terus menerus mencuba untuk merubah kehidupan. Kehidupan bukan boleh diubah dengan wang ringgit, tapi ianya bagaimana kita mencari jalan supaya kehidupan ini lebih bermakna. I tak mahu terlibat dalam zaman suram lagi. Ianya menyakitkan.

p/s/s please find facebook.com/KotakHitam Pictures.

Saturday, May 1, 2010

I Sindir You Ni.

I merasakan perempuan yang meng-claim perempuan single lain kepada jolokan nama yang kurang sesuai (andalusia, tak laku etc) adalah perempuan yang meletakkan akalnya sebaris garisan ke kemaluannya sendiri. Lelaki jangan cerita lah. I dah beberapa kali jumpa perempuan macam ini. Macam menjengkelkan pula sikap macam ni. I sendiri pun belum kawin tapi merasakan perempuan lain tak berhak mahu melabelkan perempuan seperti kami ini dengan gelaran-gelaran macam tu. Cuba imagine kalau perempuan akal kemaluan ini jadi macam ni pula. U ols suka ke?

"Kau tu nasib je ada orang nak kawin dengan kau. Nak kata lawa, tak juga. Dah takdir kau dan aku macam ni."

Dah tu pagi-pagi lagi dah buka pekung cerita pasal dalam kelambu. Eh, U ni gersang ke?