Sunday, February 28, 2010

Warna. Emosi. Kau blend saja.

Dapat kawan-kawan baru lagi. Lagi-lagi bertambah ceria bila kawan-kawan baru itu lebih kurang sekongkolnya dengan kita. Maka ada lagi perjanjian temu janji untuk fotoshoot di kali ketiga. At least aku ada hobi yang boleh menceriakan orang lain. Apatah lagi untuk diri sendiri. Lebih-lebih kalau boleh menghasilkan gambar sesedap ABC paling sedap dalam kampung sendiri. Hurmmm.. aku perlukan komen-komen yang lagi membina. Bukan setakat memuji kecantikan gambar, tapi aku juga perlukan suntikan semangat. Aku perlu fight untuk membuktikan aku bukan camera-grapher. Di saat kawan-kawan sibuk hendak membeli kamera, aku tak boleh komen banyak-banyak mana satu yang bagus atau tidak. Sebab bidang ni bukan kamera kontrol kau, tapi kau yang kontrol kamera. Aku pakai d40 saja. Titik.


p/s Lokasi adalah bertempat di sekitar Gereja St. Michael dan Tokong Pu Jhi Shi daerah Sandakan.

Friday, February 26, 2010

I guess that's an Irish 'no' - Anna, Leap Year (2010)

Satu lagi filem wajib tonton untuk sepanjang tahun 2010. Seperti biasa, sebelum aku download aku akan surveying dulu kat Gedung Filem dan kemudian akan me-torrentkannya. Love story biasa-biasa saja, jalan cerita yang tak meleret dan keistimewaan utamanya kali ini adalah kita boleh tgk propose boyfriend mereka untuk berkahwin mengikut kepercayaan masyarat Irish. Anna dan bf dia, Jeremy ni dah lama kapel selama 4 tahun. Ofkoslah perempuan mana yang tidak mahu berkahwin kan. Tapi Jeremy ni jenis komited dengan kerja tp masih ada unsur romantik dalam diri dia ni. Satu malam tu, Anna ni ingat Jeremy nak propose dia untuk berkahwin. Rupa-rupanya hanya mendapat sepasang subang berlian je. Lepas tu, Jeremy terpaksa tinggalkan Anna untuk pergi outstation malam tu juga kat Berlin. Ofkoslah Anna bengang. Sambil bengang tu tetiba dia dapat satu laman web yang memaparkan tentang kepercayaan masyarakat Irish ni. Mula-mula dia cakap semua tu nonsense, tapi sah-sah dia bengang so malam tu dia buat keputusan drastik, dia nak propose bf dia yang masa tu berada kat Dublin. Anna dan Jeremy ni orang Amerika. Walaubagaimanapun, semasa nak pergi Dublin tu macam-macam halangan yang kena dia hadapi bermula dari US lagi. Flight tertangguh la, cuaca buruk la... tapi semua tu tak halang Anna berusaha akan sampai kat Dublin pada 29 Februari juga.

Yang paling mengharukan bila Anna sanggup meredah ombak lautan yang mengganas dengan menaiki sebuah bot penumpang. Mula-mula nak pergi Cork, tapi pakcik bot penumpang tu tak dapat nak teruskan lagi disebabkan cuaca buruk dan Anna diturunkan kat Dingle Peninsular. Masa dekat Dingle tu lah bermulanya jalan cerita yang sangat santai untuk dinikmati. Anna bersetuju dengan tawaran Declan dengan membayarnya Euro 500 utk perjalanan dengan teksi (Declan) dari Dingle sehingga ke Dublin. Dalam sekerat jalan, konflik cerita berlaku. Bermula dari adegan menghalau lembu, dirompak secara sopan oleh perompak tempatan dan kemudian jatuh bergolek dari sebuah bukit sebab nak kejar keretapi. Ada 2, 3 pekan yang mereka singgah sebelum sampai ke Dublin. Macam biasalah, jalan cerita boleh diteka bila Anna dan si stranger Declan masing-masing jatuh cinta semasa 'perjalanan' jauh tersebut. Tapi kedua-dua paham dengan situasi diri masing-masing. Anna, seorang wanita yang mengharapkan untuk dikahwini oleh teman lelakinya. Manakala Declan pula seorang lelaki yang telah ditinggalkan oleh kekasihnya (dirampas oleh teman baiknya sendiri). Kebetulan exgf Declan juga berada di Dublin. Konflik dalaman setiap watak memang saling berkaitan dengan jalan mood cerita ni.

Masing-masing punya komitmen dalam hal percintaan sendiri. Dan tak mustahil, perasaan asing itu boleh dipupuk dengan sang stranger (yang kebetulan baik hati tapi jahat kat luar je). Kira Anna ni perempuan dari metro, manakala Declan hanyalah lelaki desa biasa. Tapi perbezaan latar belakang mereka itu disatukan dengan CINTA. Masa dah sampai Dublin, mereka kemudian berpisah seperti asal perjanjian. Maklumlah Anna 'hanyalah' penyewa teksi Declan. Jeremy, pada masa yang sama mem-propose Anna (Anna tak jadi pun nak propose Jeremy). Tapi masa malam majlis resepsi pertunangan, Anna merasa kecewa sangat bila tahu Jeremy hanyalah melamarnya disebabkan untuk mengambil hati pengurus penjualan kondominium yang mereka tinggal tu. Anna mengharapkan sesuatu yang romantik untuk dikenang, tetapi hatinya memang frust gila. So, dia teringat soalan Declan; apa yang kau akan ambik kalau apartmen ko terbakar?. Masa tu Anna tak boleh jawap apa pun, malam tu dia dengan sengaja memasang alarm kebakaran kondominium tersebut. Dan ternyata Jeremy tidak 'menyelamatkan' Anna terlebih dulu.

Anna 'kejar' balik Declan ke pekan Dingle. Dengan tak pedulinya, dia mem-propose Declan masa kedai Declan penuh dengan pelanggan. Unsur suspen ada kat situ, sebab Declan pergi macam tu saja. Aku pun pikir Declan dah connecting balik dengan bekas tunangnya, sebab exfiance dia tu ada datang berjumpa dengan Declan semasa kat Dublin. So, macam tajuk entry aku ni, Anna pikir Declan dah reject dia pun. So, macam ala2 scene kecewa bangat, Anna pun lari la sampai ke tebing tinggi menghadap laut. Kahkahkah ini pun nak cerita ke. So, masa tu la Declan proposed Anna dengan menggunakan cincin bekas tunang dia (kan dia ada jumpa exfiance dia kat Dublin tu). Oh, memang happy ending sungguh.

MLP Result : 4.5/5. Love, love and love.

Thursday, February 25, 2010

Black & White Ais Campur.

Kadang-kadang takut menjadi diri sendiri. Ada perkara yang sangat senang diperjelaskan dan ada perkara yang hanya boleh difahami dengan bahasa fikiran. Susah sangatkah menerima seadaanya sesiapa pun? Hmm....


p/s Gambar ini mengambil masa yang agak lama dipertimbangkan. Tempat letak kereta di dalam kompaun ini selalu sahaja penuh biarpun pada cuti hujung minggu. Dan ketika sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lepas, barulah aku berpeluang untuk mengambil gambar ini. Ini salah satu dream place for my photography passion aku. It seems like 'benda biasa' saja, tetapi amat bermakna bagi aku.

p/s/s Aku mahu duit yang banyak ketika ini. Tanpa perlu ada unsur khilaf di dalamnya.

Wednesday, February 24, 2010

Pemimpi

Objek yang paling aku rasa sangat menarik dan kerapkali aku ambil ketika backpack (sejak akhir-akhir ini) adalah kanak-kanak kecil di jalanan. Ada yang mengemis, berjaja kecil-kecilan mahupun sedang bermain dengan kawan-kawan di tepi jalan. Ekpresi mereka sangat jujur dan innocent. Dan ekspresi-ekspresi seperti itu menjadikan aku sebagai seorang pemimpi. Equador, Nepal, Bhutan, India, Mesir, Thailand, Filipina, Jepun, Indonesia, China, Bangladesh, Semenanjung Gaza... antara negara-negara yang aku sangat ingin kembara-kan. Aku rasa dulu sepatutnya aku mengambil kos yang berkaitan dengan jurnalisme. Kalau tak, sekarang ini mungkin aku boleh mengembara dan menulis secara rasmi. Mungkin kamu berkata, negara kita apa kurangnya. Macam-macam boleh dapat. Namun, aku tak memikirkan benda yang sama. Aku perlukan ruang yang berwarna warni dan lagi besar cabarannya. Tetapi, apa yang aku ada sekarang ini adalah terlalu terhad. Bagaimana, ya? Boleh tak perubahan dan keinginan itu berlaku dalam tahun ini? Aku sudah mahu menjejak 30 tahun, tapi masih belum ada tanda-tanda untuk mencapai cita-cita aku yang satu ini.

Berilah aku panduan.

p/s Jangan sinis terhadap keinginan-keinginan orang lain. Biarlah aku terus bermimpi. Dan kau, tak payahlah menjadi seorang perosak.

Tuesday, February 23, 2010

Jalan baik-baik, Bro.


Orang kampung aku panggil dia, Ampal. Bukan Ampal penyanyi Abu Bakar Ellah tu. Tapi Ampal Kampung Cahaya Baru. Kampung Mangkalinau pun kenal dia. Kampung Sabah Baru pun kenal dia. Mungkin berusia awal 30-an, tiada pekerjaaan yang bagus, penagih gam (syabu aku tak pasti pulak) dan suka minum arak kampung-kampung. Hari-hari lepak depan kedai Bini Tiri Pakcik Jurus dan tempah arak kampung dengan kawan-kawan. Kadang-kadang saja lepak-lepak sambil tegur-tegur orang lalu lalang. Biarpun dia macam tu, tak pula pernah dengar dia buat hal kat kampung aku ni. Dia cuma tidak bekerja, minum arak kampung, kadang-kadang isap gam dan suka menyanyi.

Aku nak kirim salam dengan kau, boleh kan? Aku jalan lurus, no pandang-pandang. Sebab aku pun takut dengan orang macam tu.

Tak pernah la sambut salam aku, begini ke hidup berjiran? Aku hanya senyum bila dia cakap macam tu.

Kirim salam woi. Jalan elok-elok. Itu ketika dia nampak aku bawa backpack aku. Waallaikumusalam, aku jawab. Fuh, baru dia nak jawab. Tak apalah, aku simpan salam dia tu sampai ke mati. Sapa la aku nak kat dia. Sedar diri pon. Lepas tu kawan dia gelak-gelak.

Dan semalam, dia mati.

Ada kolam takungan tengah dalam percubaan baru dibina di hujung kampung. Kedalaman kolam air takungan itu mungkin setinggi 15 kaki. Dia dan budak-budak kampung, masing-masing tunjuk skill menyelam. Air bersih katakan.

Tepi..tepi.. kamu tengok aku menyelam. Sampai dasar tau. - Selam. Kemudian hampir seketika keadaan jadi senyap. Budak-budak kampung lari ke kampung meminta bantuan. Semua panik. Kemudian, ada budak-budak kampung terjun ke dasar. Ampal, tangannya tersangkut pada bongkah-bongkah di dasar. Sudah tidak bernyawa bila di bawa ke atas, di tepi kolam. Hanya darah yang keluar dari telinga dan mulut. Ampal dibawa ke hospital dan bedah siasat. Kata orang kampung, tiada air berlebihan ditemui di dalam paru-parunya. Aku syak mungkin kepalanya terhentak sesuatu dan beliau pengsan di dasar kolam. Dan, mati.

Dan tengahari tadi, bagai ada satu keraian di kampung ini. Ramai penduduk kampung datang mengiringi jenazah beliau untuk pergi dikebumikan di tanah perkuburan.

Al-Fatihah.

p/s Nasib manusia tidak sama. Tetapi apa saja kau lakukan, kau tetap sama di sisi Tuhan. Sembahyangkah engkau, bertudungkah engkau, setinggi mana pengetahuan kau tentang agama pun kau, kau juga manusia. Seperti Ampal.

Monday, February 22, 2010

Sayang.


Sayang, aku takut.
Takut? Takutkan apa?
Aku takut menjadi seorang Islam. Aku phobia.
Phobia kepada apa, sayang? Aku tak faham.
Kalau aku berkahwin dengan kau, aku tak boleh minum arak atau makan makanan kegemaran aku..
Tak apalah. Kalau kita berkahwin nanti, kau boleh minum arak seperti biasa dan makan makanan kegemaran kau seperti biasa.
Kau gila, Sayang. Bukankah bila menjadi seorang Islam kedua-dua benda itu adalah haram untuk diminum dan dimakan?
Sayang, kau sudah menjawab sendiri soalan itu. Soalan yang mungkin soalan kepada dirimu.
Sayang..
Ya? Aku mendengarmu.
Kau memang tak boleh mengikuti agamaku. Apa kata kalau kita kahwin campur, tanpa perlu menukar agama masing-masing?
Boleh, Sayang. Kalau itu boleh membahagiakan aku dan kau, aku ikut saja.
Kau gila, Sayang? Macam mana dengan anak-anak kita nanti, apa anutan mereka? Nanti mereka berpecah belah. Apatah lagi hubungan suami isteri kita.
Sayang, kau juga tahu jawapan itu...
Emm.
...............
Sayang, kalau aku meminta untuk putuskan hubungan ini, bagaimana?
Aku terima sahaja, Sayang.
Begitu mudah? Bukankah sudah sampai masanya, kita perlu berbuat keputusan.
Ya, Sayang. Aku tidak mahu memaksa keadaanmu, apatah lagi menyusahkanmu.
Kau seolah-olah tidak takut untuk ditinggalkan.
Aku takut, Sayang. Apatah lagi hubungan kita bukan setahun dua. Kau tahu cinta kita bagaimana, bukan? Tapi aku tak boleh memaksamu.
Kau gila, Sayang? Aku juga tak mahu meninggalkan semua ini. Tapi kau tahu kan halangan kita?
Sayang, aku mahu bertanya.
Ya?
Kenapa kau tak pernah mahu meniduri aku? Peluang itu sentiasa ada untuk kita.
Kemudian, mengandung? Aku jadi papa, ya Sayang?
Sayang, aku serius ni.
Aku melihatmu sebagai Perempuanku. Kau tak takut keluarga mu? Apatah lagi perkara itu tidak boleh di dalam agamamu. Aku masih waras, Sayang.
Sayang, kau sebenarnya sudah tahu jawapan-jawapan yang kau minta dariku. Aku tidak mahu meminta berlebih-lebih dari mu.
Aku tahu, Sayang. Tapi aku tak sanggup membuatkan kau terluka, Sayang. Oh Tuhanku.
Sayang, Pencipta mu adalah Pencipta diriku juga. DIA akan menjaga hatiku, Sayang. Tak mungkin DIA membiarkan aku hanyut dalam perasaan sendiri.


[Diam]

Sunday, February 21, 2010

Tanpa Tajuk Khusus - 1


"Ya, tuan. Memang saya yang buat semua tu." kata Rubena, seekor pari-pari kertas. Kertas? Dia sendiri yang mengatakan bahawa dirinya adalah seekor pari-pari kertas. Kalau dilihat dari struktur luar tubuh Rubena, memang agak kelihatan seperti kertas. Cuma kelihatan badannya seperti manusia biasa. Ketinggian 163 cm, rambut yang ikal.. ala macam manusia biasa. Terdapat 3 titik tanda di bawah dagunya, seperti tahi lalat. Tetapi tanda itu kalau dilihat betul-betul, ia boleh mengeluarkan cahaya. Rubena! Rubena! Kau dah buat angkara ni, hatiku menjerit. Aku yang bagi nama dia Rubena. Masa aku jumpa makhluk konon-konon seekor pari-pari ini, aku sedang duduk di bawah sebatang pokok ara yang besar sambil meneguk minuman Ribena. Dipendekkan cerita, aku panggil dia Rubena. Kebetulan wajah dia macam rupa orang Rusia.. er, mungkin kot macam orang Rusia. Aku pun tak pernah pergi Rusia, harap tontonan pada televisyen sahaja.

"Haih, jangan panggil aku tuan lah. Ini public. Tapi aku masih tak puas hati dengan kau." Rubena angkat kening, sambil mengelip-ngelipkan matanya. Gaya innocent.

" Tuan, eh err... Mia. Bukankah setiap pari-pari akan membantu manusia dengan kuasa magis mereka sendiri. Saya tengok dalam televisyen, dalam cerita-cerita Hollywood mesti jalan cerita macam tu. Setiap kali ada watak pari-pari, mesti ada unsur magis." Rubena memang pandai berkata-kata, straight aja dengan satu nafas. Banyaklah Hollywood kau, Rubena.

" Magis tak magis. Magis yang kau buat ni, tak kena pada tempatnya.."

"Eh saya tengok sesuai lah tempat tu, Mia." Rubena masih tidak puas hati.

"Rubena, siapa pun akan terkejut kalau tengok depan rumah dia pagi-pagi buta, tiba-tiba dikelilingi dengan bunga-bungaan. Kau tanam tepi rumah dia tu dengan bunga-bunga tu, kenapa? Dah tu, bukan sekuntum dua, tapi empat penjuru persegi. Adoyai! Tiba-tiba ada benda pelik cam tu?? Argh!" Aku ambil kotak minuman Ribena yang kedua, sedut. Nyaman.

" Semalam saya tengok dia buat sajak tentang bunga, Mia. Apa salahnya pagi ini dia melihat bunga-bunga segar di sekeliling rumah dia tu. Mesti dia suka." Rubena senyum seperti tanda tidak bersalah.

Bunga? Perempuan? Aku ke? Tak mungkin. Kami bukan seperti dulu. Aku yakin sudah tidak ada 'rasa' musim bunga di hatinya. Aku tak mampu cipta keadaan seperti dulu. Dia menjauhi aku, aku pula perempuan konservatif. Malu. Ya! Ya! Malu tapi rindu. Haih! Perempuan lain, mungkin.

"Dia sedang melalui fasa terbawah dalam kehidupannya, Mia. Tak mungkin sedang memikirkan tentang perempuan lain. Bunga juga simbolik romantika. Tetapi tidak semestinya tentang cinta. Kesepian, mungkin. Tambah-tambah lagi dengan masalah kehidupannya." Rubena menghembuskan buih-buih sabun melalui permainan buih sabun itu. Sebenarnya tidak ada air sabun di dalam botol buih itu. Buih-buih sabun bertebaran di angkasa. Dia tidak peduli orang yang lalu lalang di tepinya. Seronok bukan menjadi seekor pari-pari. Macam-macam perkara aneh boleh dilihat olehnya, yang aku dan manusia lain tidak boleh melihatnya.

Saturday, February 20, 2010

Aneh.


Tolonglah jangan buang anak kecil kamu. Aku tak tahu apa kamu fikirkan ketika kamu melempar bayi kamu ke dalam tong sampah, ke dalam sungai.. apatah lagi kamu mengambil keputusan untuk melenyapkan bukti ketewasan kamu itu dengan membakarnya. Kita sudah maju, kenapa takut digelar yang bukan-bukan? Kamu tewas pada masyarakat? Kalau teman lelaki keparat kamu membuang kamu, kalau keluarga kamu juga membuang kamu, jadi kenapa bayi itu juga kamu buang? Apalah sangat takut pada cercaan dan hinaan. Aku anggap membunuh bayi itu lagi besar impaknya kepada kehidupan kamu. Kenapalah kamu hanya berani ketika bersenggama tanpa nikah? Tetapi tidak berani untuk menjaga bayi itu..

Aku tidak mahu memaki kamu. Setiap orang ada jalan hidupnya sendiri. Jangan pernah menyesal dengan perbuatan kamu, sebab sepatutnya kamu harus memikirkan hal-hal ke depan. Takutlah pada Tuhan yang menciptakan kamu. Bukannya takut pada tomahan manusia; yang tidak kenal apa itu kesilapan. Kalau teman lelaki membuang kamu, biarkan. Kalau keluarga kamu membuang kamu, biarkan. Ataupun kawan-kawan. Jangan pernah takut, Tuhan ada sentiasa bersama kamu.

Aku aneh memikirkan keadaan kamu. Di mana diri kamu ketika mengandungkan bayi tersebut? Berjalan-jalankah kamu di mana-mana? Atau merasa takut kerana sudah 9 bulan tidak pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan ibu bapa. Ke mana diri kamu selama 9 bulan itu? Aduhai, kalau 9 bulan boleh survive tanpa masalah, kenapa tidak untuk bayi tersebut. Ataupun sebenarnya bayi itu meninggal dunia ketika kamu melahirkan. Jadi kamu takut kerana kamu sebarang kematian haruslah direkodkan. Apatah lagi perkahwinan dan kehamilan juga memang direkodkan. Em, atau selama 9 bulan itu kamu memang selalu ketakutan?

Aneh. Tapi kalau aku jumpa kamu, aku tumbuk muka kamu. Itupun kalau confirm anak yang teraniaya itu adalah milik kamu.

Thursday, February 18, 2010

Outing :Sara


Ini kawan baru saya.

p/s Which picture are 'you'?

Wednesday, February 17, 2010

My Name is Khan


Sudah lama benar aku tak menonton filem-filem Hindustan. Pagi semalam Saza, suggest kepadaku untuk menonton filem ni dari Facebook. Nak download macamana lagi, pakai torrent lah jawabnya. Sebenarnya aku malas nak pakai torrent ni, sbb aku tak pernah sukses pun. Tapi aku saja-saja nak try, mana la tau broadband celcom aku ni boleh buat keajaiban untuk mendownload movie sebesar saiz 7++mb ini. Dan ternyata, aku memang bernasib baik. Hingga saat ni aku dah download 3 buah movie terkini. Terima kasih pada Saza. Aku tak lupa juga untuk surfing Gudang IDMB yang di-suggest kan oleh Encik Facet. Dia pun memang kaki wayang juga. Tak kira baru atau lama. Setakat ni aku berjaya download Valentine's Day dan Percy Jackson and The Olympians: The Lightning Thief. Dua-dua ni aku dah pernah tengok promotion dekat Astro pun. Soal kualiti paparan aku tolak ke tepi, dah nama pun barang curi kan. Hihi!

Pelakon utama MNIK : Shah Rukh Khan (Rizwan Khan, watak seorang lelaki Islam yang mengidap autisme dan Argerer's Syndrome) & Kajol (Mandira, isteri kepada Khan yang beragama Hindu)

Latar tempat: Dimulakan flashback dari Mumbai, sebuah kota yang penuh dengan racism dan anti agama yang tinggi dan menuju ke negara Amerika Syarikat.

Part menarik:
1) Khan merupakan seorang lelaki autisme yang digambarkan sebagai 'bijak'. Hanya ibunya yang selalu mengajar beliau tentang nilai-nilai kehidupan, selain dari menghantar Khan ke seorang guru yang hampir-hampir tidak bekerja (hahaha). Dari situ Khan sudah mulai belajar bermacam-macam jenis ilmu yang tidak diajar ke sekolah biasa. Di sini dijelmakan kebijaksaan Khan selepas kejadian banjir di kawasan rumah gurunya dan Khan mencipta alat yang boleh mengepam keluar air banjir tersebut.

2)Sentimen agama; Islam dan Hindu adalah menjadi tunjang utama cerita ini. Tetapi ideologi yang diajarkan oleh Ibu Khan kepada Khan; In this world there are only two kind of people. Good People who does good things and BAD who does bad things. That's the only difference between human..nothing else.

3) Tragedi 11/9 menjadi tunggak utama ketika latar cerita di Amerika Syarikat. Ah itu kamu boleh bayangkan, kan? Apatah lagi Islam dikaitkan dengan jenayah teroris. Cerita lebih menarik ketika kali pertama Khan 'berjumpa' dengan Mandira. Khan sebenarnya bekerja sebagai Sales Marketer di syarikat abangnya sendiri. Walaupun autisme tetapi Khan berupaya menjadi marketer yang baik melalui caranya sendiri. Hari-harilah menepek kat kedai salun Mandira. Keadaan mentaliti Khan juga menarik perhatian untuk diujikaji oleh pihak universiti kakak ipar Khan. Long story short, Khan berjaya mengahwini Mandira setelah satu betting dibuat, untuk membuktikan kebijaksaan Khan. Mandira ada seorang anak lelaki.

4) Keadaan lebih teruk bila Sameer telah mati di dalam satu kejadian pergaduhan di padang sekolah. Sentimen 11/9 menggambarkan keadaan teruk di Amerika Syarikat. Sekaligus rumahtangga Khan dan Mandira mulai goyah. Ini kerana perkahwinan Khan dan Mandira adalah perkahwinan campur. Mandira bersembahyang mengikut pegangan Hindunya sendiri, begitu juga dengan Khan seorang lelaki Islam. Aku rasa ini kali pertama Shah Rukh Khan membawa seorang Muslim yang betul-betul pada landasannya.

5) Mandira (Kajol) di dalam scene bergaduh dengan Khan di tengah padang sekolah memang watak yang superb. Korang tengok scene tu pun, mesti akan marah punyalah. Sebab watak Mandira begitu menyesal sekali berkahwin dengan Khan, selepas pihak polis memberitahu Sameer dibunuh mungkin atas sebab sentimen agama. Tambah-tambah lagi pihak polis tidak dapat mencari pembunuh sebenar Sameer. Sebenarnya Sameer dibunuh secara tidak sengaja oleh watak-watak pembuli di sekolahnya. Bermula keadaan Sameer bergaduh dengan kawan baiknya semenjak kecil di padang sekolah, dan watak jahat pembuli masuk campur. Lastly Sameer terbunuh, dan budak-budak pembuli tersebut mengugut kawan baik Sameer supaya tidak membocorkan rahsia. Khan telah berpisah sementara dengan isterinya. Mandira menggila seperti tidak dapat menerima keadaan anaknya yang mati terbunuh. Lalu bermulalah pengembaraan cerita Khan untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat.

6) Khan ditikam ..........................

Korang kena tengok sendiri lah. hahahahaha. Apapun aku suka cerita Shah Rukh Khan kali ni. Apatah lagi mereka berdua telah 'dikahwinkan' di dalam filem MNIK ini. Tak ada seni tarian meleret-leret. Ternyata Karan Johar dan team berjaya menjadikan filem ini antara yang terhebat dari India di peringkat antarabangsa. Lagu-lagu pun sedap dan sesuai dengan suasana masa kini. Walaupun ada unsur-unsur tidak logik dalam cerita ni, tapi biasalah nama pun movie kan.

Result : 4/5

Sunday, February 14, 2010

Cerita Kecil - 4


Aku pernah melihat jasad seorang perempuan yang dijangkakan tidak akan hidup lama, selepas 2 minggu koma di hospital. Makanan disalurkan melalui tiub yang ditebuk ke dalam badan dan aku melihat anak gadisnya sentiasa datang menemani ibunya di hospital. Aku melihat anak gadis itu begitu tabah datang ke hospital dengan masih berbaju sekolah pada setiap hari. Dan kemudian, di satu hari aku melihat anak gadis itu menangis teresak-esak. Kelihatan ada seorang doktor dan pembantunya sedang menenangkannya.

Esok, kamu panggil semua ahli keluarga kamu datang ke sini. Saya mahu memberitahu sesuatu kepada mereka.
Kenapa doktor?
Ibu kamu dijangkakan tidak dapat bertahan lama. Laporan kesihatan yang kami terima setiap hari begitu menyusut keadaaannya. Panggil bapa kamu dan keluarga kamu, ya. Kamu bersabar saja.
.........

Pesakit di sebelahku bercerita. Suami kepada wanita itu tidak pernah datang menjenguk kerana dia bekerja agak jauh dari situ. Dengar-dengar di kawasan pedalaman yang mengambil masa 6- 8 jam untuk sampai ke tepi jalan utama Sandakan - Telupid. Anak gadis itu bersekolah di bandar, dan dialah yang selalu menemani ibunya. Kompilasi penyakit 3 serangkai membuatkan wanita itu menjadi koma tiba-tiba. Aku percaya perasaan anak gadis itu memang sangat menyeksakan apabila ibunya dijangkakan tidak dapat hidup lama.

*************************************

Marilyn, bangun. Aku sudah datang ni. Kenapa kau mahu tinggalkan aku?

Lelaki itu mengucup kening isterinya. Kemudian air mata lelakinya tumpah. Aku percaya, itu bukan air mata biasa. Siapa yang sanggup menerima kematian yang sudah dijangkakan. Anak-anaknya saling menangis berpelukan, apatah lagi ahli keluarga yang lain. Ternyata doktor bukan nujum, bukan malaikat yang boleh menjangkakan kematian. Tiba-tiba Marilyn yang sudah lama koma, tiba-tiba membuka matanya sambil mengalirkan airmatanya. Walaubagaimanapun, wanita itu masih belum dapat menggerakkan apa-apa anggota badannya. Lelaki itu bertambah sayu dan terkejut. Anak-anak segera memeluk ibu mereka. Doktor dan kumpulannya segera memeriksa tubuh Marilyn. Marilyn hanya tahu menangis.

*************************************

Aku percaya wanita itu menderita perasaannya ketika koma. Selain dari mengingatkan Tuhan, dia juga memerlukan sokongan moral dari luar. Dia tahu dia akan pergi, tetapi dia juga tahu dia mesti berusaha untuk kali yang terakhir. Bisikan dari suaminya untuk tidak mahu melihat dirinya pergi, membuatkan dia kembali bersemangat untuk melawan 'jangkaan takdirnya'. Perempuan, selalu berperang dengan emosi. Kalau mengalah, akan mati. Kalau berjuang, belum tau lagi jawapannya. Mahu tidak mahu, demi tanggungjawab dirinya dia terpaksa memaksa dirinya untuk terus hidup. Memang benar, hidup dan ajal adalah ketentuan dari Pencipta. Tetapi perjuangan hidup bukan hanya ketika sakaratulmaut tiba saja. Tetapi juga ketika hari penentuan di sana. Jadi, dalam konteks kehidupan, emosi jangan dibiarkan terhanyut. Menangis itu adalah kekurangan kita. Merayu, merintih, meminta, merindu, mencinta..dan lain-lain..itu sikap yang diberikan kepada perempuan. Perempuan, kalau tidak ada sikap-sikap itu, maka dianya bukan perempuan sejati. Tetapi dalam satu-satu fasa kehidupan, perempuan haruslah faham kenapa dia harus menjaga rahasia-rahasia perempuannya. Kalau mahu menjadi seorang perempuan yang dihormati, maka jagalah diri.

Orang lain melihat kamu. Melihat kamu sampai saat-saat akhir hidup kamu.

Sekian.

p/s Belum izinNya untuk Marilyn pergi. Marilyn sudah sihat kembali seperti biasa. Dan kini menjalani program kesihatan atas arahan doktor.

Tuesday, February 9, 2010

Perihal Rahasia-Rahasia Perempuan


Rahasia Perempuan.

Perempuan, kau jangan expose sangat diri kau pada sesiapa pun. Either lelaki atau perempuan.
Kenapa? Biasa aku dengar, jangan expose dekat lelaki saja.
Perempuan juga boleh menjadi pesaing mu.
Ok, dalam hubungan sesama manusia, maksud aku hubungan kasih sayang..perempuan? les?
Itu hubungan songsang. Kau mau bersaing dengan sesuatu yang songsang?
Jadi, apa maksud kau?
Di dalam hubungan berkasih sayang, perempuan akan sentiasa rasa tersaing. Itu kau tak boleh nafikan hak perempuan lain di dalam hidup kau.
Jadi, maksud kau expose diri?
Well, kau taulah perempuan kan dikaitkan dengan 'terlalu' mengikut emosi, boleh jadi 'gila' untuk satu-satu situasi..etc..
So?
Kalau kau mahu bermain api, kau jangan expose diri kau terlalu terdedah dengan risiko. Ada perempuan yang langsung tak takut dengan apa saja yang datang kat dia. Ada perempuan yang memang bijak. Ada perempuan yang memang takan gentar pun. Kadang-kadang kemenangan berlaku pada saat-saat terakhir dalam sesuatu permainan pada yang hampir kalah.
Aku perempuan, dia perempuan dan kau perempuan.
Aku tahu. Tapi dalam setiap diri perempuan, ada perkara asas yang menjadi rahasia-rahasia. Yang tidak boleh langsung diketahui oleh lelaki. Tetapi dikongsi dengan perempuan yang lain.
Kenapa lelaki tak boleh tahu rahasia-rahasia itu?
Mereka kan banyak akal. Biar mereka berfikir apa rahasia-rahasia itu. Kecuali mereka tidak berminat pada perempuan.
So, pondan?
Mereka tetap lelaki. Makanlah sebanyak pil hormon meningkatkan keperempuanan mereka pun, mereka takan tahu apa itu rahasia-rahasia perempuan. Lelaki akan tahu rahasia-rahasia perempuan, mungkin hanya selepas 'kehilangan'.
Kau pula? Kau banyak berahsia? Bila nak kahwin?
Dulu, aku tidak pandai menjaga rahasia-rahasia itu. Cuba menjadi seperti perempuan-perempuan lain. Tapi rupanya cara itu tidak menjadi. Dan sekarang, aku sudah belajar pasal rahasia-rahasia itu. Tidak semestinya rahasia-rahasia Perempuan A, akan menjadi rahasia-rahasia Perempuan B. Ia bertimbal dan tidak dimiliki. Walauapapun, ia tetap menjadi milik mana-mana perempuan.
Complicated sangat.
Ingatlah, perempuan harus pandai menjaga dirinya.


p/s Rahasia-Rahasia Perempuan itu diumpamakan seperti gambar-gambar di atas.

Thursday, February 4, 2010

Label baru : Berangan Memang Sedap.


Selalu sangat aku ambil gambar kandid. Dulu aku pernah fobia sekejap untuk snap gambar orang ni, selalu tak jadi pun. Angle pun stereotype. Now, i found my own chemistry. Poyoks.

Wishlist, tempat yang benar-benar nak pergi dan tangkap gambar:

1) Pulau Mabul, atau mana-mana pulau yang mempunyai komuniti Bajau Laut di dalamnya. Adoi, angle budak-budak terjun laut sambil berbogel, scene mata kanak-kanak yang ko susah nak teka suku kaum apa, scene baby baru lahir dah dibiarkan terapung kat air laut (kononnya supaya semangat laut itu sudah ada semenjak lahir, jadi dorg takan takut amaran-amaran laut), rumah-rumah 'cukup syarat' mereka..

2)Tepi laut, tempat peraih ikan. Mungkin ke Terengganu. Kawan aku Khatijah cakap, nelayan kat sana landing tepi pantai. Lepas tu, kau boleh memilih dari satu bot ke bot untuk membeli ikan segar / baru naik ah. Aku nak scene tu.

3)Scene-scene yang terdapat dalam movie Cinta Silver. Cerita ni pasal dunia modelling juga (part of la). Tepi laut, ombak tinggi, padi sawah, deretan kanak-kanak yang membawa buah epal di atas kepala masing-masing; ini semasa ada scene adik si heroin tu sedang mengambil gambar dengan menggunakan kamera filemnya.

4)Mungkin Angkor Wat. Rupanya Angkor Wat bukan semata-mata binaan di atas tanah sahaja. Ada sebatang sungai, yang mempunyai dasar berbatu seperti telah disimen. Tetapi dasar itu mempunyai ukiran-ukiran berbentuk motif-motif tertentu. Macam mana kena ukir pun, susah nak pastikan. Tu pasal jadi antara 7 wonder places kat dunia ni.

5) Pasar sihir di Mexico City. Dokumentari pasal wicked market ni tah tahun berapa aku tengok. Orang-orang di sana amat mempercayai amalan sihir dan terdapat sebuah bukit yang selalu menjadi tempat ritual sihir mereka. Dalam pasar sihir tu, macam-macam benda sihir dijual. Sampai ke anatomi manusia pun ado.

6) Israel or Palestine - aih ini mmg listed mana-mana jurugambar kat dunia ni. Oh, aku bukan jurugambar pun, tapi aku pun teringin nak pergi kedua-dua koloni tu. Aku pun nak pergi salah sebuah daerah yang terletak di hujung negara tu, di mana Israel or Palestinian tidak dibenarkan memerangi kawasan tu. Kira itu adalah kawasan berkecuali dan dikecualikan. Ini pun aku tengok dalam dokumentari. Just imagine si jewish dan si palestinian boleh berjalan-jalan bebas tanpa sebarang ketakutan perang pun. I mean dalam daerah tu la.

7) Thaipusam di Batu Caves. Serius, ini keinginan aku masa aku masih di semenanjung lagi.Tapi tak dapat-dapat pun. Sekarang ni aku jeles tengok shot2 photographers yang pergi ari tu. Memang unik.

Berangan memang sedap.

Wednesday, February 3, 2010

Konversasi sedikit suam.


*Maaf entri ini panjang sedikit. Tengah mood yang suam-suam.

Cuba kau 'renung' diri kau di dalam ruang masa di antara; semasa kau berusia 17 tahun sehingga kini. Kalau sekarang kau berusia 17 tahun pada tahun ini, kau boleh jadikan entri ni sebagai selingan mengisi lapang kau. Kalau kau berusia 23 tahun pada tahun ini, mungkin masa ini kau kurang mempercayai entri ini. Kalau kau berusia 29 pada tahun ini (seperti aku), maybe kau akan sedikit 'terasa' dengan entri ini. Tapi kalau kau lebih berusia dari aku, anggap ini junior kau sedang menulis perihal kehidupannya. No harm ok.

Semasa aku berkesempatan 'lepak' selama 3 hari 2 malam bersama pelajar-pelajar sekolah rendah ini, aku mengaut banyakkk pengalaman melalui pengamatan aku terhadap mereka ni. Aku juga meninjau perilaku guru-guru pembimbing aktiviti mereka. Aku juga melihat alam sekeliling yang berada di sekeliling mereka. Pelajar-pelajar ini berusia sekitar 10 hingga 12 tahun. Semasa aku berusia 12 tahun, aku tak pernah pun join aktiviti luar macam ini. Sekolah rendah aku terletak di atas bukit yang tinggi. Nyaman dan indah. Begitu juga mereka ini, sekolah dan rumah mereka terletak jauh dari arus pembangunan.

Semasa 17 tahun, selepas habis SPM. Aku tak tahu pun, aku boleh direct masuk ITM (semasa itu) untuk mengambil diploma. Kawan aku dapat pangkat 3 dapat offer, tapi tak mahu pergi. Alasan, tak ada duit. Padahal mak bapa kerja kerajaan. Aku dapat masuk tingkatan 6 pun, lepas dengar gosip dari kawan-kawan. Dalam hati berbunga nak dapat masuk sekolah konven St. Mary's Labuk. Tiba-tiba tercampak kat SMK Sandakan. Momen rebellicious masa sekolah menengah, tak sama masa high school. Lagi serius, bila sudah mula pakai tudung ke sekolah. Sekolah konven dulu, masa kelas agama saja pakai. Lepas kelas, kembali menjadi G.I Jane. Masa high school aku dah ramai kawan lelaki perempuan, tapi lepas form 6, aku kembali lost. Frustasi sebab tak masuk universiti awam, aku bawa sampai ke Port Dickson. Kemudian aku kembali semula ke Sabah, gamble utk ambil STPM sekali lagi. Akhirnya dapat masuk UiTM. Lesen hidup bebas dah memang aku dapat. Tapi, aku sentiasa dengar cakap mak. Walaupun masa tu, mak paling banyak buang duit untuk sapot studi aku. Padahal setiap sem, aku terima PTPTN. Sumbangan ahli keluarga lain, belum kira.

Masa dekat U lagi bertambah rebel. Tapi semasa di U, aku menemui ramai manusia-manusia baik hati. Sungguh. Tak kisahlah di kampus atau tidak. Yang alim, yang menggembirakan aku, yang menyedarkan aku, yang mengingati aku, yang mengajar aku macam-macam ilmu...haih, banyak. Manusia-manusia ini banyak memberikan aku inspirasi untuk hidup. Kadang-kadang aku rasa macam serba salah kerana meninggalkan manusia-manusia inspirasi ini. Tapi disebabkan tanggungjawab pada negeri sendiri, aku 'terpaksa' meninggalkan mereka. Walaupun masih boleh dihubungi. Bila aku balik ke sini, aku hanya ada dua ibubapa dan tanah air. Kawan-kawan lama entah ke mana, tetapi ada juga tak kurang yang sudah menyakiti hati aku. Aku diam-diam, mula-mula aku gembira berjumpa mereka. Tapi sekarang aku kembali diam-diam. Kalau terserempak di mana-mana, itu sudah cukup menjadi khabar. Aku kembali fokus pada niat asal. Siapa inspirasi aku pada masa umur sebegini?

Pengalaman. Inilah jawapannya. Momen-momen yang sangat rebel, yang dulu menyakiti aku, sekarang sudah menjadi panduan. Momen yang teruk, aku jadikan pengajaran. Semasa 6 bulan bekerja di tengah Sabah, aku lagi banyak menimba pengalaman. Dari seorang penakut gelap malam, aku hampir boleh survive sendirian. Dari seorang pasif, aku berani berbual dengan mana-mana manusia stranger yang aku jumpa. Tapi perasaan takut tu memang sentiasa ada. Cuma bila sendirian, aku ingin memberitahu kamu, berserahlah 100% kepada Allah. Rendahkan diri kamu pada alam apabila kamu menginginkan kehidupan yang baik-baik. Kosongkan fikiran untuk menerima perkara-perkara kebaikan. Jauhkan diri dari perkara yang menyedihkan. Berusaha menutup mana-mana ruang yang boleh mencacatkan jiwa kamu. Percayalah, kau akan jumpa apa yang kamu mahu.

Aku menasihati diri sendiri. Aku sendiri tidak taat pada suruhan-suruhanNya. Siapa lagi yang aku mahu jadikan inspirasi, kalau bukan diri sendiri yang kena berubah. Untuk kawan-kawan, apabila kau sudah mendapat keinginan-keinginan kau, jangan lupa untuk memberitahu kabar berita gembira untuk insan lain; yang sedang keruh hatinya. Bukan bercerita tentang butir kehidupan yang sedang kau lalui, tapi cubalah sekali sekali menjadi lilin penerang kepada mereka itu. Kau tahu, kalau kau memberi sedekah kepada kanak-kanak yang comot, lalu mereka mengucapkan 'syukur, terima kasih pada Tuhan', percayalah itu bukan ucapan sia-sia dari kanak-kanak pengemis itu. Mereka masih suci (kerana belum akil baligh) dan masih dilindungi malaikat penjaga. Doa mereka akan terus sampai kepada Pencipta mereka. InsyaAllah, kau boleh merasa rezeki berganda. Kau jangan bagi wajah berkerut benci kepada peminta sedekah berpakaian ala-ala Shaolin, mereka juga sebenarnya mendoakan keberuntungan kau kepada Tuhan. Walaupun nama Tuhan mereka lain, tapi mereka yakin Tuhan mereka itu ialah Pencipta Seluruh Alam. Doa kesejahteraan mereka juga didengar oleh Tuhan sebab itu mereka hidup. Kau boleh lihat redup mata kesyukuran pada mereka yang sudah lupa pada kehidupan (pengemis). Ada yang separuh waras dan hanya tau melihat lantai. Aku yakin mereka tu pernah melalui kehidupan, tapi tiada inspirasi yang 'disimpan' lalu mereka mula mendiamkan diri dan hanya tunggu dibantu. Bantulah biarpun sedikit. Doa dari stranger memang sangat mujarab.

Jangan anggap dunia ni so cruel. Terpulang pada diri kau macam mana mahu survive.

p/s Tolonglah jangan persoalkan siapa diri aku sekarang dan masa lepas. Aku mahu merubah diri, jangan diungkit soal yang lepas. Kau pun, jadilah manusia yang sederhana. Kau takan ke mana, kalau kau terus mencari kelemahan orang lain.

p/s/s Aku rindu pada manusia-manusia baik hati yang pernah aku kenal. Macam mana ya? Tak apa, satu masa nanti aku akan datang sendiri kepada kamu.

p/s/s/s Konversasi rahsia itu masih belum cukup.